Pages

Friday, January 4

Nasi Lemak, Janda dan Hakikatnya


Nasi Lemak;

Bukan mudah untuk mencari nasi lemak yang benar-benar apabila memakannya akan menyentuh sanubari. Kerapnya, kita dapati nasi lemak yang dijual di pasaran, tidak kira dalam kedai mahupun di gerai-gerai sementara dipinggir jalan, rasanya tidaklah seperti yang sepatutnya berlemak. Maksud saya, nasi yang dijual tidak berlemak malah kadangkala seakan saya memakan nasi putih berlauk nasi lemak.

Nasi lemak dihidangkan dengan bermacam-macam lauk seperti telur, ayam, sotong, kerang dan lain-lain. Pilihan saya, nasi lemak lauk kerang.. yumm!! nom.. nom.. nom..

Pada masa sekarang, nasi lemak sudah tidak tertumpu untuk dimakan pada waktu pagi, sewaktu sarapan tetapi ia sekarang menjadi makanan versatile yang untuk makan tengahari, makan malam dan juga makan tengah malam. Oleh kerana itu, kita boleh dapati ia di jual oleh pelbagai penjual.

Janda;

Jika saya menonton drama atau filem melayu di pawagam atau televisyen, saya selalunya akan membuat kajian watak dan jalan cerita kerana memang begitulah saya selama ini. Saya lebih cenderung melihat dan memikirkan cerita dalam drama atau filem itu dari sudut lain. Saya juga dapati, banyak stereotype atau klise yang dipaparkan dalam kebanyakkan drama atau filem melayu kita.

Apabila sebuah cerita itu akan ada watak janda kampung, sang janda itu digambarkan seorang ratu yang amat cantik sehinggakan dia akan menjadi rebutan lelaki dalam kampung tempat janda itu tinggal. Tidak kira lelaki itu sudah beristeri beranak pinak atau pun yang lelaki yang masih teruna, semua berebut-rebut untuk mendapatkan sang janda.

Ada satu lagi yang, untuk menyara hidup, sang janda ini akan kerjanya menjual hasil air tangan untuk dijual. Apa yang menariknya, kebanyakan janda dalam filem atau drama akan menjadi pembekal nasi lemak samada dia akan menghantarkan nasi lemak bungkus ke gerai atau dia sendiri bekerja di gerai tersebut. Ada juga gambaran dalam drama dimana, sang janda ini akan bersolek serta berhias kebaya sekiranya dia sendiri adalah tuan kepada gerai atau kedai dengan tujuan untuk melariskan perniagaan nasi lemaknya. 

Hakikatnya;

Tiada satu pun gambaran dalam filem atau drama yang menyamai situasi sebenar. Tiada janda yang berhias kebaya, berdandan beriya-iya demi menarik pelanggan membeli nasi lemak. Malah janda yang merasakan dirinya cantik akan cenderung untuk melibatkan diri menjadi selebriti dengan matlamat, orang kaya atau dato' datang meminang.

Apa yang kita akan dapati adalah, hakikatnya, peniaga nasi lemak kebanyakkannya adalah dari golongan veteran, makcik-makcik yang sudah lanjut usia ataupun jika muda sekalipun, pekerja Indonesia yang diupah dengan bayaran yang tidak seberapa. Memburukkan lagi reputasinya bila nasi lemak banyak di jual dikedai mamak yang rata-rata pekerjanya datang dari belah negara lautan Hindi yang bau badan mereka menghampiri bau kari hangin. Tetapi pelanggan tidak kisah..

Nasi lemak, kalau nak sedap, masak sendirilah..