Pages

Friday, January 15

Saya Sudah Ada Space Gambus Experimental



Space Gambus Experiment adalah CD terbaru dalam koleksi ku. CD ini ku terima didalam tray bersama dengan slip gaji bulan December tahun lepas yang duitnya tidak dapat dipastikan bila akan ku peroleh dan CD ini adalah CD pertama yang untuk tahun 2010 yang ku beli.

Tilisan ni ditulis atas dasar ku sebagai seorang pendengar muzik dan dari deria rasa yang tak seberapa hebat. Cukup untuk memberikan gambaran tentang isi kandungan rilisan ini.

Lagu pertama memang lagu pembukaan pengenalan yang tepat...!! Ia seakan membawa pendengar menyusur ke satu pengembaraan. Sepantas dalam kepala ku terbayang, jikalau lagu pengenalan ni dipersembahkan dengan visual cahaya atau laser berserta asap pentas yang menimbulkan effect yang hebat, pasti ramai yang agaknya akan terpukau dengan kombinasi keduanya...!! Itu sekadar imaginasi ku...!! Yang menariknya, selepas separuh perjalanan lagu diputar, baru ku sedar, tajuk lagu pertama ni adalah Pengembaraan Cahaya...

Track lagu seterusnya membawa ku melayari, berkhayal dan berimaginasi.

Mendengar intro trak tiga, membuatkan ku terasa seperti tak tau dimana. Ohh!! Mungkin seorang bidadari yang berpakaian serba cantik, berambut panjang dan menutup separuh mukanya sedang memberikan tarian dengan lintuk bahasa badan yang lembut dan mempersonakan...!! Adakah khayalan ku sudah terlampau...!!? tidak...!! mungkin anda lain yang mendengar punya imaginasi yang berlainan dari ku.

Bunyian gamelan dalam Trak nombor tujuh mengingatkan ku pada satu peristiwa dimana satu masa dulu pernah ku dihalau pengawal Perpustakaan Universiti Sains Malaysia menunjukkan bakat mengetuk caklempong diruang pameran yang telah bertag dibawahnya "sila jangan sentuh". Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1998.

Ada pula bahagian riff dalam 7 Ruang Kosong yang mengingatkan ku pada lagi Kiss By The Rose, lagu tema filem Batman Forever. Ia mungkin secara kebetulan dan tidak ketara langsung dan ia hanya dapat dikesan bila sampai pada note tu dimainkan...!!

Keseluruhannya boleh disimpulkan, CD ini tidak akan dapat diperoleh dimana mana kedai munjual CD dan Cassette seluruh negara dan juga sudah pasti tiada lagu lagu yang tersenarai didalam album ini akan diputarkan dicorong corong radio popular yang mentafsirkan sendiri mereka nombor satu Malaysia. Alasannya, artis ini bukan dari Indonesia [lagu takde standard] ataupun mereka mampu menggunakan alasan fakta yang tiada vocal dalam lagu [walau ada sedikit bait-bait percakapan dalam beberapa lagu]. Itulah lumrah artis Malaysia terutama yang bersifat DIY.

Kepada anda yang sedang mencari cari album atau lagu lagu diluar kebiasaan halwa pendengaran, saya sarankan album ini. Explorasi kombinasi bunyian alatan moden yang digarapkan dengan alatan muzik traditional mampu mencetuskan perasaan tenang dan jauh, seakan jauh berada di space.

Dapatkan CD Space Gambus Experimental disini

Juga boleh dapatkan bonus tracks secara percuma [B side]

Terima kasih Space Gambus Experiment
Selamat Maju Jaya

2 comments:

  1. bro,
    terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan untuk review ini. kami dari SGE sangat terhutang budi.

    stay in touch

    kamal sabran
    SGE

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks