Pages

Sunday, December 29

Menyambut 2014 Tahun Cabaran

Sejak kebelakangan ini, atau lebih tepat, sejak kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya ke tiga belas, kejutan demi kejutan telah berlaku dalam Malaysia. Tidak kiralah ianya datang dari barisan kepimpinan negara mahupun datang dari kepimpinan parti yang tidak berjaya merebut tempat di pilihanraya.

Bukan itu sahaja, telah berlaku banyak kekeliruan dalam fikiran pengikut pengikut atau lebih sesuai ku katakan pengamal politik sekarang ini.

'tak suka keluar'

Ini adalah terma lama yang baru diguna pakai secara komersil sejak kebelakangan ini. terma diatas sebenarnya telah lama digunakan didalam sebuah forum yang ku telah ikut sejak berbelas tahun dulu.

Terma ini amatlah tidak sesuai digunakan pengamal politik sebagai provokasi kepada pihak lain yang tidak setuju dengan idea mahupun usul yang telah dicadang dan bakal direncanakan oleh pihak pentadbir yang mereka ikut. Ku kira ia adalah kenyataan yang dangkal, bengap serta bodoh piang.

Tahun 2014 pastinya akan menghadirkan cabaran yang sangat berat. Cabaran pastinya bakal dirasai oleh golongan pertengahan dan bawah yang tinggal dibandar.

Setelah kenaikan RM0.20 RON95, gula dan pengenalan cukai GST yang bakal diaplikasikan pada tahun 2015 yang mendapat tentangan hebat dari rakyat, kita telah di kejutkan dengan pengumuman kenaikan harga yang tidak dijangka.

Paling terbaru adalah pengumuman kenaikan pembayaran tol atas semua konsesi kecuali kosesi yang ada kena mengena dengan PLUS. Terdapat desas desus tentang harga baru tol tetapi lebih baik jika pengumuman akhir diberitahu. Ku boleh katakan, jika benar bayaran tol akan dikenakan terhadap penunggang motorsikal seperti yang diusulkan keperingkat kementerian, ku amat yakin kepimpinan hari ini bakal dilupakan untuk selama-lamanya

Selamat tahun baru kepada semua dah ku harap anda semua tabah menghadapi cabaran tahun baru..

Sekian