Pages

Friday, May 3

Jom Kita Mengundi.. Jom Kita Mengundi..


Warga kota dan bandar terutamanya Kuala Lumpur telah mula meninggalkan kota dan bandar memandangkan tinggal beberapa hari lagi (2 hari kiraan bundaran paling tepat) akan berlangsungnya pilihanraya umum Malaysia yang ke-13. Pastinya yang ditunggu adalah keputusan parti manakah yang bakal menerajui negara untuk tempoh lima tahun akan datang. Seperti sebelum sebelumnya, hanya dia parti atau kumpulan besar yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Barisan National terdiri dari percantuman 3 parti, UMNO, MCA dan MIC manakala Pakatan terdiri dari Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Pertembungan antara parti kali ini boleh dikatakan agak sengit memandangkan kekuatan antara 2 kumpulan parti yang disebut diatas agak hampir sama. Tidak dilupakan juga calon dari parti bebas yang bakal memecah undi dibeberapa kawasan yang mereka daftar bertanding.

Terlalu banyak kontroversi yang ditimbulkan dari pihak yang bertanding. Tidak kira dari pihak kerajaan sekarang mahupun dari pihak pembangkang. Bukan hanya di Facebook malahan di blog, di forum-forum, pelbagai cerita yang kadangkala tidak logic atau luar dari persekitaran pemikiran manusia dapat diperoleh.

Fungsi 'sharing' yang terdapat dalam laman sosial Facebook banyak memainkan peranan dalam penyebaran cerita kontroversi. Paling baru sudah pastinya berkenaan penggunaan dakwat yang bakal dicalit ke jari setiap pengundi demi memastikan tiada pengundi berulang akan berlaku. Ia juga telah jauh tersebar ke media cetak dan elektronik dan pastinya, bakal pengundi sudah maklum tentang itu.

Diharapkan juga agar penyokong mana mana parti yang bertanding tidak membuat huru-hara pada hari pengiraan kertas undi. Pihak yang berwajib sudah cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala keperluan yang telah diminta. Juga tiada gangguan yang akan dicetuskan dengan niat yang tidak baik. In Shaa Allah, pihak berwajib akan melakukan kerja mereka dengan adil dan saksama.

Bagi pengundi,

diharapkan mereka, sudah tentu melihat pemilihan bakal pemimpin dilakukan dengan pertimbangan yang paling tinggi. 5 tahun bukanlah masa yang sekejap, jika pemimpin yang dipilih adalah dalam golongan yang kurang berkelayakkan, pengundi sendiri yang akan merasa nikmatnya.

Pertimbangan yang ku maksudkan, biarlah ianya ditimbang-tara dengan adil, bukan kerana mereka datang dari mana mana parti tetapi lebih kepada pertimbangan terhadap individu bertanding itu sendiri. Mengundilah dengan yakin dan tidak mengikut emosi. Pilihlah orang yang mampu memimpin kawasan anda agar kawasan anda dapat ditambah baik, maju dan selamat. Ku katakan kawasan kerana proses membuang undi ini melibatkan pemilihan wakil kawasan kita.

Lupakan dahulu tentang siapa yang akan menjadi menteri mahupun perdana menteri, kerana kertas undi kita tidak mampu untuk sampai hingga ke pemilihan undi untuk siapa yang akan naik menjadi perdana menteri.

Jika sekalipun yang menang dikawasan anda nanti adalah datangnya dari seorang calon parti bebas, tetapi beliau mampu menyelesaikan masalah kawasan, membantu penduduk setempat dan bersedia mendengar keluhan penduduk.. Itu adalah yang sebaiknya. Secara automatisnya, kita telah memilih calon pemimpin negara yang berwibawa.

Sekian.