Pages

Wednesday, December 26

Temuduga Jabatan Agensi Kerajaan.


Saya ingin bercerita lagi tentang kisah temuduga. Seperti terlalu banyak pengalaman temuduga yang saya nak kisahkan, tetapi kadang-kadang saya rasa seperti, lebih baik juga jika saya simpan sebahagiannya sebagai kenangan pahit manis yang pernah saya lalui.

Melalui process temuduga di syarikat swasta adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan temuduga untuk jawatan penjawat awam. Saya telah melalui agak banyak kali dan untuk mengetahui perbezaannya, anda perlu laluinya sendiri. Tidak perlulah saya ceritakan disini kerana ia akan melibatkan masa yang panjang untuk saya tuliskan.

Lucu juga bila saya ingat ingatkan semula dengan beberapa temuduga yang saya pernah hardiri. Bukan temuduga itu yang lucu tetapi kesannya selepas itu yang membuatkan ia agak lucu untuk saya.

Ada berapa ramai yang pernah hadiri temuduga jawatan Pegawai Teknologi Maklumat untuk Jabatan Agensi Kerajaan. Maksud saya temuduga bukan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awan tetapi ia diuruskan sediri oleh Jabatan tersebut. Pernah saya hadir disana [tidak mahu saya umumkan nama jabatan tersebut], dan seperti normalnya, jika anda hadir untuk temuduga untuk jawatan di Agensi Kerajaan, anda akan dapati clon yang dipanggil adalah agak ramai.

Pada hari tersebut, terdapat 12 orang calon dan saya mendapat giliran yang ke 9. Saya sengaja sampai lewat kerana saya amat sedia maklum, lambat ada salah satu budaya yang telah lama diamalkan dalam urusan yang melibatkan kerajaan. Maaf, saya hanya cuba menyesuaikan diri saya kepada budaya yang mereka amalkan sebelum saya ter'cultural shocked' jika saya diterima bekerja satu hari nanti.

Temuduga yang saya jalani boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Saya katakan lancar memandakkan ia berlangsung dengan menggunakan bahasa ibunda, bahasa utama yang saya gunakan dalam seharian saya. Keyakinan saya amat tinggi ketika itu. Tiada masalah untuk saya menjawap segala soalan tentang diri saya, apa yang saya lakukan sekarang sehinggalah masuk soalan-soalan tentang teknologi maklumat.

Saya masih ingat satu soalan yang diberi. Soalannya berbunyi hampir seperti ini.

"Apabila saya dapati sebuah computer yang digunakan menjadi perlahan, apa yang perlu saya buat??"

Saya amat yakin dengan jawapan saya iaitu,

"Sesebuah computer menjadi perlahan adalah keranan beberapa symptoms. Antaranya adalah kerana worm atau virus. Saya akan gunakan tools untuk menghapuskan ia. Ia juga mungkin berlaku kerana pengguna memasang perisian yang tidak sah. Saya juga akan mengambil langkah awal dengan memastikan saya membersih dan mengosongkan history, temporary folder dan beberapa folder lain".

3 penemuduga memandang antara mereka. Suasana menjadi sedikit senyap sebelum salah seorang penemuduga memberikan jawapan yang sebenarnya mereka mahukan dari saya.

"Bagaimana jika tambah memori?", ujar salah seorang penemuduga.

"Menambah memori hanya akan melibatkan kos dan perbelanjaan akan bertambah jika ia melibatkan banyak komputer", antara penyataan panjang saya dalam menyokong jawapan yang saya telah berikan.

Perjalanan temuduga selepas itu menjadi sejarah.

6 bulan selepas temuduga, tiada apa apa jawapan tentang keputusan temuduga tersebut. Selepas saya membuat sedikit kajian tentang perjalanan temuduga tersebut, saya amat yakin yang jawapan saya berkenaan komputer perlahan yang saya tulis diatas telah meyebabkan peluang saya tertutup terus untuk mendapatkan jawatan itu.

Saya baru terperasan yang jika saya seorang penjawat awam, saya memang perlu, perlu sangat sangat menjadi seorang yang seperti mereka, kerana di Jabatan atau Agensi Kerajaan,

"Boros itu adalah salah satu amalan budaya mereka".





Read More! and Comments

Saturday, December 22

Telur Separuh Masak dan Seluar Skinny


Suatu pagi, ketika saya dan isteri sedang bersarapan roti bersama telur separuh masak sebelum kami berangkat ke tempat kerja, saya telah mendapat satu idea paling macho untuk memulakan pagi saya dengan kecerian.

"Nak tahu, mengikut kajian, memakan telur yang dimasak separuh boleh meningkatkan bilangan penghasilan sperma bagi lelaki", kata saya dengan keyakinan paling tinggi kepada isteri.

Setelah habis menghirup telur dari sudu, isteri saya dengan gaya terkejut,

"Iya", sambil sedikit mengerutkan dahinya sambil tangan masih memegang mangkuk telur separuh masak yang dicampur dengan kicap dan lada putih.

Isteri saya menghirup satu sudu lagi sebelum menambah kata.

"Tapi.. dalam buku kesihatan yang saya baca", sambil menunjuk ke arah buku bertajuk Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden tulisan Dr. Danial Zainal Abidin.

Isteri saya terus menambah dengan yakin,

"Buku itu ada menerangkan, lelaki yang memakai skinny jean boleh mendatangkan kemandulan".

Isteri saya kemudian terus menyambung hirupan satu lagi sudu telur separuh masak.

"Huh..!!?" Saya terkedu,

"ok..!!?"

Saya terus menghabiskan baki air kopi dalam gelas dan terus keluar untuk memanaskan enjin kereta.



Read More! and Comments

Wednesday, December 19

Simpan: Versi Kedah


Ketika berada dikampung atas urusan pengkebumian atas kematian ayah mentua saya, saya telah dapat belajar satu lagi perkataan biasa yang digunakan orang utara tetapi agak pelik jika digunakan oleh orang di bandar Kuala Lumpur seperti saya.

Ceritanya begini.

Saya sedang duduk di bahagian hadapan rumah. Seorang pakcik yang saya tidak kenal talu menegur saya dalam dialek utara yang pekat.

Pakcik: Meninggal dimana? hospital ke?
Saya: Ya. petang semalam.
Pakcik: SIMPAN pukul berapa?

Saya terkedu. Masih mengawal ayu.

"Simpan?", tertanya saya dalam hati. Dalam fikiran saya hanya berlegar pada satu, apa maksud pakcik itu bertanyakan soalan sebegitu.

"Apa yang saya atau keluarga saya nak simpan?", persoalan saya semakin panjang.

Melihatkan saya sedikit dungu dan sedikit agak keliru, pakcik tadi seraya berkata.

"Pakcik masuk dululah yea", dengan dialek utara yang pekat sambil menunjuk-nunjukkan tangannya ke arah dalam rumah meninggalkan saya yang masih terpinga-pinga.

Saya yang dari tadi tidak puas hati, terus mendapatkan isteri.

"Tadi ada seorang pakcik tanya, simpan pukul berapa..!!??", bisik saya pada isteri. Saya berbisik perlahan bukan kerana malu untuk persoalan saya didengari orang berdekatan tetapi saya berbisik kerana saya menghormati mereka.

"Apa dia!?", tanya isteri saya dengan nada yang agak kuat demi untuk kepastian.

"Simpan pukul berapa.. Simpan tu apa maksudnya??", ujar saya lagi secara berbisik.

"Simpan pukul berapa tu maksudnya tanam pukul berapa", terang isteri saya sambil menambah,

"Tanam.. tanam", dengan aksi cakaran kedua tangan kebawah dihayun tunjuk kebawah.

"Oooo.. tanam", saya mula merasa lega..


Read More! and Comments

Tuesday, November 27

Hari Lahir Ke-6 Amir

Masa memotong kek sedia beli

Family potrait

Alhamdulillah. Bulan November genap usia Amir 6 tahun. Sejak 2 minggu sebelum sambutan, setiap hari Amir mengulang, repeat, untuk kami buat sambutan hari lahir untuk dia di rumah. Pada asalnya, kami memang tiada rancangan untuk buat sambutan, tapi kerana desakan Amir hampir setiap hari, kami mengalah.

Tema tahun ini adalah Ultraman. Ku pun tak pasti dari mana Amir kenal Ultraman kerana selama ini dia tak ambil port langsung dengan Ultraman walau setiap hari tayang dalam televisyen. Memandangkan kek bergambar Ultraman sudah selamat masa sambutan di Sekolah Little Caliphs, kami hanya sediakan kek sedia beli dari kedai.

Hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja, Amir dah kenal hampir semua karekter Ultra. Ku yang kaki Ultraman masa zaman kecil dulu pun hanya ingat father of Ultra je. Amir, siap kenal Nexus, Gaia, Mebius, apa lagi.. tak ingat..


Antara hadiah Ultraman yang diterima

Tak menyempat nak cuba

Berikut adalah senarai tema hari lahir sejak Amir berumur satu tahun.

Tahun satu:
Tahun dua:
Tahun tiga:
Tahun empat:
Tahun lima:

// chiss!! lupa pula.. nanti akan cari dan up gambar tema dalam post akan datang.

Kenangan bersama rakan

Untuk post ini, anda boleh lihat, ianya disambut bersama anak jiran [Azizul dan Sakinah]. Ini tak cukup corumn ni, anak Nasran si Adam takde, kalau tak, lagi meriah. Seperti biasa, bila buat makan-makan, parent, adik beradik ngan makcik pakcik pasti dijemput.


Bruupp.. Terima kasih Shima, pastry sangat sedap, spageti sedap, air paling sedap [yang ni, ku yang buat]. ekekek.


Read More! and Comments

Monday, November 26

Little Caliphs November and December Birthday Bash


Amir bersama Pengetua Tadika Little Caliphs Seri Serdang

Kebetulan, minggu sambutan hari lahir anjuran bulanan sekolah Little Caliphs Seri Serdang adalah minggu dimana ku berada di shift kerja sebelah malam. Dapatlah ku hadirkan diri sebagai wakil memandangkan wife ku tidak dapat bercuti pada hari sambutan ini.

Beberapa hari sebelumnya, kami bertungkus lumus menyediakan 83 pax goodies untuk diedarkan kepada semua pelajar yang bersekolah di Little Caliphs Seri Serdang. Cerita banyak tak guna, lihat gambar sahaja.


Inilah goodies yang dikatakan tadi


November dan December birthday boy and girl


Otanjyoby omedetou!  UltrAmir..!!


Kenangan Bersama rakan










Read More! and Comments

Perlawanan Pertama Malaysia dan Singapura Piala AFF Suzuki 2012

Kekalahan tiga berbalas kosong Malaysia kepada Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012 malam tadi [November 25, 2012] betul-betul membuatkan seluruh peminat dan penyokong berasa agak sentap.

Ramai yang menunding jari kepada pengendali pasukan Mr. K. Rajagopal atas kekalahan tersebut. Ada segelintir yang telah awal-awal meramalkan peluang pasukan negara tipis memandangkan pengendali pasukan sendiri tidak meletakkan pasukan kali ini sebagai juara pertandingan.

Tetapi ada juga segelintir yang yakin. Mereka amat yakni pasukan Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan. Tak tahu dari mana semangat mereka datang tetapi mereka patut diberi kredit atas keyakinan mereka.

Bagi ku, menang atau kalah, ia adalah lumrah pertandingan. Pemain sudah memberikan komitmen tetapi masih tidak mampu menyaingi kelebihan pihak lawan. Kita masih ada perlawanan dengan Laos [November 28, 2012] dan Indonesia [December 01, 2012] yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan kita perlu menang dalam kedua pelawanan yang tinggal.

Table ni ada sebab ku tengah rajin, lepas ni tak tau ada atau tidak.

[Ini sudah masuk fasa mengarut]

Pada pertandingan Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia telah kecundang lima berbalas satu pada pasukan Indonesia dimana kemudian berjaya melangkah ke perlawanan akhir dimana kita menjadi juara dengan mengalahkan Indonesia. Tahun ini, Malaysia kecundang dengan jaringan tiga berbalas kosong dengan pasukan Singapura dan adakah kita akan mampu bersaing dan melangkah ke perlawanan akhir dan seterusnya menjadi juara dengan mengalahkan Singapura pada perlawanan akhir tersebut??

Tidak Mustahil...

Read More! and Comments

Saturday, November 24

November 04, 2012 - Little Caliphs Mini Concert and Convocation

Cuti sekolah pun sudah lama bermula. Ketika zaman ku bersekolah dulu, cuti akhir tahunlah yang paling ditunggu kerana ketika ini, tidak perlu pergi sekolah, hanya duduk rumah main game dan bermain bole pada belah petangnya.

Ianya mungkin akan agak serupa kitaranya terhadap anak ku. Musim cuti ini, masa dihabiskan dengan menonton kartun di saluran Astro Ceria. oh!! ku dah agak merepek.
Tahun hadapan, Amir akan menjengah ke alam persekolahan darjah satu. Masa bersekolah di tadika sudah tamat.

Little Caliphs Seri Serdang telah bergabung bersama Little Caliph Bandar Seri Putra dan Little Caliph Puncak Utama telah menganjurkan majlis meraikan pelajar yang tamat program bertempat di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang pada November 04, 2012 lepas.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan Amir memberitahu kami yang "Bestlah kat dewan tadi". Ikutkan, ia reaksi biasa Amir terhadap aktiviti yang dia ikuti ketika berada dalam program Little Caliphs.
Cukup.. Berikut antara image yang sempat diambil sebagai kenangan.  

 Event Booklet

Ucapan aluan dari Pengasas Program Little Caliphs

Persembahan Amir dan rakan rakan


Bersama Pengetua Little Caliphs Seri Serdang

Read More! and Comments

Thursday, November 8

Porak Peranda - Azroy the Dashingmen [ATD]



Kau Inginkan Sang Kilauan
Tak Berlegar Dihatiku
Ku Inginkan Kepastian
Tak Bermakna Dihatimu

Kau Mahukan Oh Berlian
Tak Bermakna Dihatiku
Kau Mahukan Sang Impian
Tak Berlegar Dihatimu

Peranda Kau Bikin Porak Peranda
Hidup Segan Mati Tak Mahu
Petanda Kau Datang Tanpa Petanda
Kau Jadilah Pemangkin Hidup Ku





Read More! and Comments

Tuesday, October 2

Kalau Ada Kawan Atau Saudara Mara Nak Sewa Rumah 2 Tingkat Murah Area Alor Setar

Ambil aa nombor orang ni..

sos celup

Read More! and Comments

Thursday, September 27

Weezer Blue Album Memories Show, Live in Indonesia

Weezer poster

Huh!? Indonesia lagi..!!

Dah berapa banyak artis atau band yang perform disana dan kali selepas ini giliran Weezer pula..!!

"Memang aa.. berapa ramai sangat peminat Weezer kat sini. Cuba banding dengan Justin Beiber yang datang haritu, budak budak pun pergi tengok", ujar wife ku yang mematikan terus ayat yang ku ingin sambung selepas persoalan ku tentang kenapa banyak band luar pergi Indonesia atau Singapura tetapi tidak ke Malaysia.

Kepada peminat Weezer seperti ku dan beberapa rakan lagi, [ada lagi ke yang kenal Weezer kat Malaysia ni...?? barangkali ada, tapi tidak ramai..] merasakan ini adalah opportunity / peluang untuk melihat Rivers Cuomo, Patrick Wilson, Brian Bell dan Scott Shriner beraksi dengan lebih dekat lagi. Dan seperti kebiasaan, mahu sing along lagu-lagu mereka juga ..!!

Mana pembaca yang masih belum mengenali, boleh klik pada link ke site Weezer atau baca informasi tentang mereka di Wiki Page.

Acara masih jauh dari tarikhnya, masa masih panjang untuk anda siap-siap menghantar borang cuti kepada majikan. Masih juga sempat untuk yang berminat untuk mengumpul wang perbelanjaan makan minum dan penginapan untuk di sana termasuk juga wang tiket kapal terbang mahupun tiket untuk masuk ke acara persembahan. Kepada yang memperoleh gratuity atau bonus akhir tahun ini, alhamdulillah, Allah mepermudahkan urusan anda.

Tarikh: January 08, 2013
Hari: Selasa
Masa: 7pm hingga 10pm
Tempat: Lapangan D Senayan, Jakarta

Masih ada banyak masa lagi untuk anda menghafal lagu-lagu dari album mereka jika ada antara anda ingin membuat perancangan untuk pergi. Ini kerana, ku amat yakin, kebanyakan Malaysian mengenali Weezer hanya pada beberapa lagu seperti "Island in the Sun" [Green Album] dan "Perfect Situation" dari album "Make Believe". Itu pun sebab masuk radio dan masuk channel TV Malaysia.



Read More! and Comments

Saturday, September 22

Little Caliph: Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011


Pada Sabtu, September 15, 2012 yang lepas berlangsungnya satu sambutan meraikan hari raya oleh sekolah Little Caliph dimana ia telah berlangsung didewan Institut Pertanian Serdang, Universiti Putra Malaysia. Acara Melibatkan 3 sekolah bergabung, Little Caliph Seri Serdang, Little Caliph Bandar Seri Putra dan Little Caliph Puncak Utama. Alhamdulillah, kehadiran keluarga amat menggalakkan. Ia Barangkali faktor demi untuk melihat dan memberi sokongan kepada anak mereka yang beraksi dipentas mini konsert pada acara yang sama.

Hiasan pentas yang menarik pada pandangan ku.

Amir: Alaaa.. Amir nak pergi sekolah bu. Amir tak nak cuti. Amir nak buat persembahan dengan kawan-kawan.

Itu rengekkan Amir beberapa hari sebelum hari sambutan berlangsung. Ini kerana pada beberapa hari sebelum hari sabtu, atas sebab yang tidak dapat dielakkan pulang ke Alor Setar dengan mengejut.

Kami bersyukur kerana segala urusan di Alor Setar selesai dengan mudah dan tenang dan kami dapat pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum hari acara Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011 ini berlangsung.

Amir ketika persembahan.

Amir dan rakan-rakan tahun 6 telah menyampaikan persembahan bacaan Yassin 10 ayat pada pagi itu... Walaupun telah terlepas menghadiri acara raptai tetapi Amir tetap"outstanding" pada hari persembahan. Sebagai bapa, pastilah bangga.

Tak banyak gambar yang ku ambil [banyak tak cantik sebenarnya] dan ini sahaja yang dapat ku tunjukkan.

Mana satu anak anda..!!?? ya.. kita patut berbangga..!!

Tak ingat pula ini persembahan tetang apa. 



Cat untuk kucing.. meoww.. meoww..!! Lagu tentang Binatang. Amir kata Animal. 

Ini persembahan tentang kerjaya. Occupation bak kata Amir. 

 Islam Is Way Of Life.

Ini persembahan tentang Bumi/Earth.

 Sekali costum macam dalam movie P. Ramlee.

 Serious lucu budak 2 orang ni. Boleh ketawa kalau ada video.

Ini gang tahun 6 Little Caliph Seri Serdang.

Barisan "teacher" dibelakang.

Dan terdapat beberapa lagi persembahan pelajar yang tidak ku sertakan dalam blog ini kerana masalah shot yang kurang memuaskan. Syabas kepada adik-adik kita dan selamat hari raya...


Read More! and Comments

Friday, September 21

Semasa: Bahagian Ke-Lapan



Semasa dalam perjalanan pulang kerumah

Ibu: Amir nak buat apa benda ni.

Ibu merujuk pada freebie yang telah diterima dari rumah kenduri kahwin yang telah dihadiri. 

Amir: Amir nak simpanlah
Ibu: Amir nak simpan buat apa?
Amir: Iyalah. Amir nak simpanlah. nanti Amir nak guna.
Ibu: Guna?
Amir: Nanti ayah dengan ibu lah kahwin.
Ibu: Laaa.. Tak payahlah, ibu dengan ayah dah kawin pun.
Amir: Takpelah.. Ayah dengan ibu kawinlah lagi..

Ayah: Ibu perempuanlah amir. Perempuan boleh kawin satu kali je. Tapi kalau ayah lelaki, bolehlah nak kawin lagi..
Ibu: E'eh..!!




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Tuesday, September 18

Temuduga Mencetus Ketegangan


Sukar juga nak mencari pengganti kata "Stress" untuk di Melayukan yang akhirnya ku rasakan perkataan yang paling dekat dan sesuai untuk kata ganti nama stress itu adalah ketegangan. Ia kedengaran agak kelucahan tapi itulah hakikat yang perlu ditelan. Hakikat bahawa ketegangan adalah perkataan yang paling sesuai untuk kugunakan.

Ketegangan yang terhasil dari rasa sebelum temmuduga adalah sesuatu yang mampu membuat seseorang merasa tidak tentu hala serta tidak keruan. Rasa kesakitan pada perut, rasa kesakitan dalam dada [sebut ala-ala melodi lagu Tengku Adil] dan rasa sejuk yang membawa kepada rasa ingin terkucil adalah rasa-rasa yang kerapkali timbul bagi kebanyakan calon-calon yang hadir untuk menjalani temuduga.

Temuduga juga tidak semestinya tertumpu pada jenis temuduga untuk pekerjaaan sahaja, malah temuduga punya banyak jenis. Ia termasuklah temuduga untuk mendapatkan tender, temuduga untuk permohonan biasiswa pelajaran dan juga temuduga penempatan belajar. Ada satu temuduga tidak rasmi kita kelaskan yang boleh membuatkan calonnya tidak tidur malam. Ianya adalah temuduga bersama bakal keluarga mentua dan ia adalah temuduga paling mendebar dan menegangkan pada calon menantu, serius, ini memang benar.

Sepanjang sembilan tahun selepas hari terakhir ku menamatkan pengajian tahap Sarjana Muda, sudah banyak juga pengalaman menghadiri temuduga yang telah ku lalui. Tidak kira ianya untuk jawatan paling rendah dalam syarikat hingga ke jawatan seorang pengurus, ku telah tempuhi tetapi kebanyakkannya tidak menyebelahi ku malah, pengalaman cubaan ku untuk memikat hati penemuduga yang bergelar Dato' dan Datin agar memilih ku untuk mengisi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik juga tidak gagal. Mungkin ku lupa untuk mengenyit mata ketika didalam bilik sesi temuduga.

Tetapi, itu bukan kisahnya kerana apa yang ingin ku angkat dalam tulisan kali ini adalah ketegangan sebelum temuduga. Walaupun telah banyak jenis temuduga yang telah ku hadiri, perasaan ketegangan sebelum temuduga masih tidak dapat disisihkan. Banyak nasihat yang ku peroleh dari pakar psychology tentang pentingnya ketenangan sebelum memasuki bilik temuduga, tetapi memikirkan apa yang penemuduga jangkakan dari ku mampu buat ketenangan menjadi ketegangan. Ku seorang lelaki, jadi jangan anda salah tafsirkan perkataan yang ku tulis disini, bukan ketegangan kelakian yang dimaksudkan tetapi ketegangan fikiran yang sebenarnya.

Kadangkala, kita merasakan untuk keluar dari zon selesa yang kita ada sekarang adalah sesuatu yang amat sukar, dan sememangnya, melakukan perubahan pastinya agak sukar. Dari rumah sudah merasakan seperti malas untuk tempat temuduga, badan rasa seperti mahu demam, tandas dilawat beberapa kali tetapi itulah yang perlu dilalui demi perubahan masa hadapan. Setiap perubahan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan pasti ada ganjaranya.

Hari ini ku baru menamatkan satu lagi sesi temuduga jawatan yang keputusannya "terima kasih sahaja yea.."  Ia adalah sesi temuduga yang ku sudah hilang kira bilangannya. Walaupun gaji yang ditawar menghampiri kenaikan separuh gaji yang ku peroleh sekarang, atas beberapa faktor yang tidak menepati jangkakan, ku terpaksa tidak menerima jawatan itu. Fuyoh!! Ini pertama kali ku tolak jawatan yang ditawarkan.. Hebat.. Hebat..!! Apa yang pasti, ketegangan yang ku rasai sebelum temuduga mengecut selepas sesi temuduga tamat.

Lega.. Jom TT, ku sudah tiada ketegangan lagi..!!


Read More! and Comments

Wednesday, September 12

Semasa: Bahagian Ke-Tujuh



Semasa sedang di dalam perjalanan ke satu destinasi di Seri Serdang..

Amir: Ayah.. tengok..!! Jamek Maju tutup lagi..!!

Jamek Maju adalah sebuah kedai makan berkonsep mamak yang hanya sempat dibuka dalam satu atau satu bulan setengah sahaja sebelum ia diserbu pihak Majlis Perbandaran dan menyitar keseluruhan kedai.

Ayah: Memanglah.. Kedai tu kena denda sebab buka tiada lesen..
Amir: Ooo.. denda tu tu apa ayah..!!??

Ku dah sedikit cemas disini...

Ayah: Denda tu maksudnya, balasan kalau kita melakukan kesalahan.
Amir: Oooo.. Balasan tu apa ayah..!!??

Adoi..

Ayah: Balasan tu perkara yang kita dapat daripada apa yang kita buat. Jadi, orang kedai tu buat salah, dia kena dendalah.. Faham..!!?
Amir: Denda tu apa ayah..!?/

Hoho..

Ayah: Macam ni. Di school, kalau Amir buat bising, teacher akan denda Amir dengan rotan. Jadi, kena rotan tu balasan kepada Amir sebab buat bising.
Amir: Oooo.. orang kedai Jamek Maju tu kena denda rotanlah yea..!!??
Ayah: huh...!??




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Thursday, September 6

Rekod masakan makanan laut <-- Kosmo Online


Sosej Bunga-Bunga Kosmo Online

WTF Kosmo Online.. Sebagai seorang yang berada dalam posisi kerja-kerja mengemaskini status dan isi kandungan laman web [ku memang cari makan dengan kerja macam ni...], daku sangat/amat dukacita bila lihat berlakunya perkara-perkara atau kesalahan remeh seperti ini terutama pada website yang sedia maklum menjadi tumpuan umum.

Demmit.. Copy "content" lambat 2 hari pun boleh salah ke?? Mana QC woi...??

Sosej Bunga-Bunga USA Today Online


Read More! and Comments

Wednesday, September 5

Semasa: Bahagian Ke-Enam



Semasa sedang berhenti disebuah persimpangan lampu isyarat di Cyberjaya, ketika pagi mahu pulang kerumah selepas kerja, tiba-tiba berhenti sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu. Selepas ku menoleh kearah kereta tersebut, pemandunya membuka tingkap. Seorang lelaki Cina mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta sambil melontarkan pertanyaan "Bagaimana mahu ke Hospital Putrajaya dari sini" dalam perkataan dialek bahasa Cina..

Lelaki Cina: Chong cheng.. piap piap... hiapp!! [Maaf, ku memang tak tahu langsung apa yang lelaki itu katakan semasa itu]
Ayah: Huh..!?
Lelaki Cina: Saya mau tau, macamana mau pergi Hospital Putrajaya..??
Ayah: Awak turun depan, exit depan Putrajaya. Hospital sebelah kiri.

Lelaki Cina itu bertanya lagi untuk kepastian sambil menunjukkan kearah simpang yang perlu dimasuk

Lelaki Cina: Oh!! ok ok.. turun sini aa..
Ayah: Yaa.. ya.. turun sini, nanti depan, naik kiri..

Lampu isyarat hijau.

Lelaki Cina: Oh!! ok.. Terima kasih aaa..

Lelaki Cina itu mengangkat tangan sambil berlalu..

Perkara ini yang paling menghantui ku sepanjang perjalanan, "muka ku ni ada muka Chinese man ke!!??"




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Friday, August 31

Semasa: Bahagian Ke-Lima


Semasa sedang bersiap-siap untuk ke pejabat satu pagi, ku dengan niat suci murni telah mencuba membuat 'try and match' sehelai baju kemeja yang dikenakan dengan sehelai seluar jeans dimana baju dimasukkan ke dalam seluar demi menampak atau kelihatan kemas.

Ibu yang dari tadi sama-sama bersiap terus menarik muka pahit.

Ibu: Iieee...!! macam bangla..
Ayah: Huh!!

Seraya itu, baju ku tarik, butang dibuka dan hati berkata, "pakai t-shirt je aa pergi kerja.."




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Monday, August 27

Dikedai Pakaian Terpakai @ Bundle


Sebagai peminat pakaian-pakaian lusuh, sudah semestinya ku memang tak boleh terserempak dengan peniaga-peniaga pakaian terpakai [atau bahasa pasar kita panggil pakaian bundle] di sekitar pasar malam mahupun di kedai-kedai yang ter'label dengan perkataan bundle sekitar tempat dimana ku berjalan-jalan. Kadang kala, ku rasa seronok untuk melihat baru-baru yang terpamer walau tidak mempunyai rancangan untuk membeli. Macam 'window shopping' bunyinya.

Seperti baru tadi, ku telah terserempak dengan sebuah kedai bundle terletak bersebelahan dengan Terminal Bas Jalan Reko setelah melakukan urusan bertanya serta 'slow talk' berkenaan pembayaran taksiran cukai di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri bahagian Ulu Langat. Tiada tujuan untuk membeli, sekadar untuk membuang masa sementara tiada lagi kemana-mana selepas itu.

Sedang ku membelek-belek baju terletak dibahgian luar kedai bundle, ku telah ditegur oleh seorang pakcik. Tidak tahu dari mana pakcik itu datang tetapi beliau bukan seorang pekerja 'Kedai Pizza Dominos' walaupun memakai topi pekerja Pizza Dominos. Beliau juga bukan seorang penjawat awam walaupun memakai baju sponsor satu aktiviti kemasyarakatan yang dianjur sebuah badan kerajaan dan kepastiannya, pakcik itu tadi dalam perjalanan menuju ke arah motornya yang terletak betul betul dihadapan kedai bundle tadi sambil menjinjing penyapu dan pongkes.

Sambil duduk diatas motor, pakcik tadi menegur ku..

Pakcik: Hai!! Cari baju bundle?
Ku: Takdelah pakcik, saya saja tengok-tengok.

Pakcik tadi dengan pedasnya menyambung ayat.

Pakcik: Takkan awal lagi dah habis duit. Terpaksa cari baju raya kat bundle je. Tu ada seluar cantik bergantung kat atas tu. Lan!! [merujuk pada penjaga kedai], mana seluar yang semalam tu??

Ku tetap terus membelek baju yang terpamer sambil pakcik tadi berkomunikasi dengan pejaga kedai dari atas motornya.

Pakcik: Hah!! Rugi aa kau. Seluar tu dah ada orang beli.

Perrgghh!! Pakcik ni memang selamba. Selepas dari itu, pakcik tadi berlalu menolak motornya kearah jalan raya dan peerrgghh!! oleh kerana cabaran pakcik itu tadi, ku membawa balik 3 helai baju berwarna biru, merah dan coklat dari kedai bundle itu tadi

Perrgghh!! Terima kasih pakcik, kerana memberi perangsang kepada saya..


Read More! and Comments

Sunday, August 26

Semasa: Bahagian Ke-Empat


Semasa sedang duduk di dalam keramaian hadirin ibu bapa pada satu temasya sekolah, ibu telah terdengan berberapa perbualan yang agak menarik.

Lelaki A: Rasanya ku nak tukarkan sekolah anak ku ke sekolah yang lain
Lelaki B: Oh!! mengapa ya..?
Lelaki A: Sekolah ni macam tak jaga disiplin budak-budak. Lagipun anak ku macam lambat je nak membaca dan menulis.
Lelaki B: Ahha..!! Ada juga ku terperasan tentang tu. Anak ku pun macam tu juga. Nak tukarkan ke sekolah mana lepas ni..??
Lelaki A: Mungkin ke sekolah tuuuttt [censored]... Orang yang pernah hantar anak ke sekolah tu kata bagus, anak cepat pandai menulis membaca.
Lelaki B: Mmmm.. Sekolah tu memang bagus. Cuma disana tiada subjek belajar agama islam macam kat sini. Aaahh..!! Tak mengapa tukar, yang penting budak tu cepat menulis membaca.

Lelaki B menyambung lagi perbualan dengan 'statement' mautnya..

Lelaki B: Setakat nak mengajar bab agama, alif ba ta.. kita boleh ajar sendiri...!!

Ibu yang mendengar.

Ibu: Fuuuu [dalam hati]

//ABC pun nak nak harap sekolah yang ajar, inikan nak mengajar alif ba ta...!!







//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Thursday, August 23

Semasa: Bahagian Ke-Tiga


Semasa memikirkan tentang apa yang kami akan makan untuk tengahari..

Ayah: Amir, lapar?
Amir: Amir lapar aaa..
Ayah: Ok, kalau amir lapar, kita pergi makan..
Amir: mmm
Ayah: Amir nak makan apa?
Amir: Ntah
Ayah: Laaa.. Tadi kata lapar, mesti kena makan..
Amir: Takpelah, pergilah kedai dulu..
Ayah: Tapi amir nak makan apa? baru tahu nak pergi kedai mana..
Amir: Takpe, kita pergi kedai dulu, nanti amir pilis..
Ayah: Huh!? Pilis??




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Friday, August 17

Hot FM - Panggilan Hangit [Baju Melayu dan Track Bottom Oren]

Beb!! Ini memang wajib dengar.. Memang cool abang Adzaman ni...!! first time ku dengar dalam kereta, terus hilang mengantuk balik pagi dari opis. Kemudian perbualan ni di ulang ulang dan walaupun diulang-ulang, ku tetap tak boleh tahan ketawa..

 

Abang ni bila start ketawa.. terus tak berhenti. Sehinggakan abang Amy pun tak boleh tahan...

"Hilang akal. baju melayu setiap tahun, nanti dianya sesedara kata apa pasal pakai track bottom pula kau pakai.. waaahahahaha.. waaahahahaha.. itu buang tebiat namanya.. wahahahah.. waaahahahaha.. kenapa abang..!!?? waaahahahaha.. waaahahahaha.."

ok.. enjoice...!!

Read More! and Comments

Thursday, August 16

Salam Syawal 1433 H


Read More! and Comments

Semasa: Bahagian Ke-Dua


Semasa didalam kereta dalam perjalanan mengambil ibu di LRT..

Ayah: Kita nak pergi mana ni amir?
Amir: Nak ambil ibu kat LRT
Ayah: Good.. Amir sebut macam ni. Saya mahu pergi mengambil ibu di LRT
Amir: Saya mahu pergi mengambil ibu di LRT
Ayah: Ok.. Good. Kalau dalam English Amir nak cakap macamana?
Amir: aaaa.. Amir tak tahulah ayah.
Ayah: Takpe, Amir ikut ayah sebut.
Ayah: Ok sebut.. I..
Amir: I..
Ayah: Want
Amir: Want

Belum sempat ayah sambung, Amir dah dapat tangkap dulu.

Amir: I one, two, three, four, five
Ayah: laa..

Read More! and Comments

Monday, August 13

Semasa: Bahagian Ke-Satu


Semasa menonton 'Dora The Explorer' dan Dora menyebut 'lobak merah' dan perbualan berterusan begini..

Amir: Bukanlah, itu carrot.
Ayah: Betullah, itu lobak merah.
Amir: Bukan.. Carrot.
Ayah: Betullah. Carrot dalam bahasa melayu lobak merah..
Amir: Tak.. bukan.. itu lobak oren.. [sambil menunjuk ke lobak color oren diTV]
Ayah: aaa.. iyalahhh..




Read More! and Comments