Pages

Tuesday, September 28

Julung Kalinya Ada Jamuan Hari Raya Di Opis Khamis Ni...

Sudah hendak masuk lima tahun ku bekerja disini dan selama itulah, pada hari khamis 30 September 2010, tempat ku bekerja ini akan mengadakan jamuan makan makan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. mmm.. mungkin sebelum ni ada, tapi ku tak ingat.. pernah ke ada?? Ya, ku tidak nafikan yang sebelum sebelum ini kami kerap mengadakan jamuan makan makan bulanan, tetapi itu duluuuuu... dan duluuuu mereka kami lebih terarah kepada sambutan parti birthday...!! Dan sambutan tidak disertakan dengan pemeragaan baju raya dari staff.

Satu masa dahulu, pernah pihak pengurusan mengadakan jamuan parti Birthday dan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Semua staff serta internship student digalakkan untuk berpakaian kebangsaan pada hari itu. Malangnya, tidak ramai yang memberi respond kepada acara itu. Hanya tidak sampai separuh staff dan internship student yang mengambil bahagian. Seperti tahun tersebut, tahun ini juga telah diuar-uarkan bahawa pemenang pakaian terbaik akan dipilih oleh pihak juri yang tidak dapat ku pastikan siapa.. Makanan?? Jamuan Hari Raya.. apa yang ku boleh expect lagi kan...

Apa yang diharapkan, acara kali ini mendapat sambutan yang lebih baik dari yang pernah diperolehi pada acara yang sebelumnya. Diharapkan juga ramai staff dan internship student akan datang berpakaian sesuai [baju raya masing masing mengikut kaum] dengan tema acara demi memastikan mood hari itu umpama mood berhari raya...!!

Minggu ni ku kerja shift malam, kebarangkalian untuk menghadiri acara ini adalah 10% pergi : 90% tidur... Nak pergi ke tak?? Nak pergi ke tak??

Read More! and Comments

Monday, September 27

Ku Baru Balik Dari Makan Makan Di Restoran Terbuka

Bruupp... Kenyang... Alhamdulillah!!

Ku baru balik dari menghadiri acara rumah terbuka [pada hari isnin] yang bertempat di Restaurant Hajah Sungai Ramal Kajang. Banyak sungguh makanan yang dihidang dan kebanyakannya adalah untuk lauk makan tengahari.

Restaurant ini adalah milik rakan mak ku, jadi kebetulan hari ni kerja shift malam, ku pergi je aa sekali. Ikan bakar menjadi rebutan pengunjung yang semakin padat selepas jam 1pm. Ramai orang bekerja yang keluar lunch sedang kami yang tidak bekerja sudah terpacak disana sejak jam 1230pm.

Gambar tak sempat snap sebab teruja melihat makanan. Ku juga terjumpa rakan lama di RHB dulu, nama dia Zainal, CSO sama ngan ku dulu, skang dia Penolong Pegawai kat LHDN yang gajinya lebih tinggi dari gaji supervisor ditempat ku bekerja sekarang...!!

Bruupp.. sendawa lagi dan aroma rasa teh tarik yang ku minum tadi terasa lagi... ok aa..!!

Jika ada yang teringin nak mengubah selera makan tengahari, boleh aa cuba ke restoran ni.. terletak bersebelahan Sekolah Leftenan Adnan dan alamat boleh diperolehi di sini...
Hajah Restoran

Brruppp...

Read More! and Comments

Wednesday, September 22

Nombor Phone Ku Sangat Laris Sejak Kebelakangan Ini

Sejak kebelakangan ni, nombor phone ku [012-#####88] sangat panas dengan panggilan. Hampir setiap hari, pasti akan ada panggilan masuk yang ku rasa sangat tidak pernah berlaku sejak ku mula menggunakan phone bimbit sepuluh tahun lepas. Tidak, ku bukan seorang peserta rancangan tivi yang baru memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak satu juta ringgit mahupun bukan personal yang menguruskan kes pembunuhan Sosilawati jutawan kosmetik.

Ku juga selalu ingin berharap bahawa panggilan yang masuk itu adalah berita terhebat, berbest atau terbaik berupa tawaran kerja baru yang dahulunya pernah ku hadir temuduga. Ku juga selalu berharap panggilan yang masuk itu adalah panggilan yang memaklumkan bahawa ku telah berjaya memenangi hadiah berupa sebuah kereta atau pun wang tunai sebanyak tiga puluh ribu ringgit dari peraduan yang tak pernah ku lepas yang dianjurkan oleh syarikat minyak buatan Malaysia...

Haram... Semua tu hanya harapan..!!



chriitt...!! chriitt...!!
Diri ku: Halo
Dia itu: Hi... selamat tengahari
Diri ku: Selamat tengahari
Dia itu: Saya ingin bercakap dengan
Diri ku: Saya bercakap
Dia itu: Hi..
Diri ku: Yaa..
Dia itu: Saya , agen hartanah dari realty...
Diri ku: Ohhh!!
Dia itu: Ini berkenaan tentang properti yang encik beli di Bayu Parkville..
Diri ku: Ahha...
Dia itu: Saya ingin bertanya, adakah encik mahu menjual atau menyewakan properti tersebut
Dia itu: Diri ku: Tidak. Saya mahu menggunakannya sendiri
Dia itu: Oh!! jika begitu tidak apa. Saya cuma bertanya.
Dia itu: Mungkin encik ada mempunyai preperti lain
Diri ku: Oh!! itu belum lagi.
Dia itu: Mmm... baiklah, jika encik punya kawan untuk menjual atau menyewakan rumah, boleh beritahu saya... saya sebagai agen akan bantu dalam process itu.
Diri ku: Oh!! Tiada masalah
Dia itu: Baiklah.. terima kasih
Diri ku: Sama-sama

Demm... Ku sudah menerima berbelas atau mungkin 20++ panggilan dari agen hartanah menanyakan perihal status rumah yang ku beli. Apa yang tertulis diatas ku rangkumkan menjadi satu memandangkan bait bait perkataan adalah hampir sama antara setiap panggilan.


Read More! and Comments

Saturday, September 11

Kesesakan Malam Raya Dan Seluar Jeans 4 Helai RM100

Selamat menyambut Aidilfitri... Pasti semua masih sibuk menyambut hari raya dengan menziarahi rumah kaum keluarga dan rakan rakan.

Kami selamat sampai ke Anak Bukit pada hari Khamis pada jam lebih kurang satu lima puluh petang selapas mengharungi perjalanan selama enam jam tiga puluh minit dari rumah. Perjalanan kami juga tidak diganggu oleh kesesakan tahap dewa yang sinonim berlaku dikala musim musm perayaan. Hanya kesesakan tahap kritikal berlaku di kilometer 330 bila mana sebuah treler sarat membawa muatan sayur telah terbalik di lorong jalan menghala ke selatan. Mujur ia terbalik di jalan arah selatan, jika arah utara, ku suspect masa perjalanan kami akan bertambah sekurang kurangnya dua jam. Seperti selalu, selepas memandu dan sampai, ku akan zzzzz... almaklum, ditambahkan lagi dengan kekurangan tenaga kesan dari berpuasa.



Rancangan malam raya lebih terarah kepada berjalan jalan mencari pakaian raya di bandar Alor Setar. Memang ia telah dirancang awal memandangkan jarak perjalanan antara rumah dan bandar kurang dari tiga minit [jika ditolak masa berhenti dilampu isyarat]. Awal awal ku dah minta adik ipar untuk survey harga seluar Jean yang dijual di pasar larut malam sekitar bandar Alor Setar.

kami, Ku ngan Shima berdua keluar dari rumah pada jam 12 tengah malam dan berjaya mendapat parking yang kosong pada kadang yang agak mudah. Mungkin parking di lorong kurang mendapat perhatian memandangkan kebanyakan pemandu lebih cenderung mencari parking di hadapan kedai atau jarak yang lebih dekat.

Ini adalah pengalaman pertama ku berjalan jalan ke bandar Alor Setar pada malam hari raya walaupun pada tahun tahun sebelum ku kahwin, kerap juga ku berkunjung ke pasar larut malam Jalan Tunku Abdul Rahman mahupun bandar Kuantan pada malam hari raya.

"Gerai tu betul betul kat depan Pekan Rabu... Murah, empat helai rm100"

Itu yang Adik ipar ku katakan selepas di pulang dari berjalan jalan dikawasan itu kira kira dua tiga lepas. Ku tidak terus ke gerai seluar tetapi bercadang menyusur sambil memerhatikan harga seluar Jeans Levis cap Thailand yang banyak di jual di sana. Perbezaan harga antara yang terjual di Kuala Lumpur adalah kira kira -rm15 sehelai dan mungkin boleh nego lagi jika serious. Seluar yang dijual juga punya pelbagai Variety.

Ku memang sangat terkejut bila sampai ke gerai yang diberitahu adik ipar ku, original Lois empat helai rm100... gila aaa... original bai...!! ada juga seluar berjenama BMW sehelai rm60 dua helai rm100... Selepas puas membelek, menanya dan berjalan, rupanya, nasib ku sangat malam. Semua size dalam lingkungan 34 keatas sudah sold out. Tiada stock lagi pada semua gerai yang menjual seluar jeans sekitar Pekan Rabu. Memang kecewa, tapi apa boleh buat, dah nasib. Keadaan kesesakan di bandar Alor Setar menjadi semakin teruk dan kami sampai ke rumah pada jam dua pagi selepas hampir empat puluh minit merangkak dalam kesesakan...

Nasib baik takde size, kalau tak, tahun ni ku beraya dengan empat helai seluar jeans baru...!!



Read More! and Comments

Monday, September 6

Post Terakhir Sebelum Aidilfitri Dengan Ucapannya Sekali



Banyak juga perkara yang ku nak post sebelum menjelang Aidilfitri ni, tapi, ku tangguhkanlah.

Di Live Feed FB ku sudah penuh dengan rakan rakan ku ramai yang mengeluh "malas nak kerja", "bos! bila nak bagi saya cuti" dan macam-macam lagi yang ku rasa tidak sepatutnya berlaku. Ku yakin, jika bos korang baca status macam tu, sure beliau akan rasa kecil hati dan mungkin akan terdetik rasa menyesal kerana mengagihkan wang ehsan raya beberapa minggu lepas... Jadi rakan-rakan ku sekalian, fikir-fikirkanlah...!!

Cadangnya, ku hendak mencipta ["design" dalam bahasa orang putih] satu atau lebih kad ucapan raya elektronic untuk tahun ini, tetapi, kerana masalah teknikal, perkara itu terpaksa ditangguhkan sehingga raya akan datang. Shima dah suspect ku beriya-iya cakap tapi tiada action, tapi, masalahnya, segala tutorial dan plugins yang ku download beberapa minggu yang lalu tidak compatible dengan photoshop yang ada terpasang di PC opis ku. Kat opis photoshop 6.0 dan requirement untuk plugins adalah CS2 dan keatas... Jadi ku cilok je mana mana kad yang ada kat FB dan ku selitkan di atas itu buat ubat...



Apa kes video iklan TV3 yang hangat diperkatakan sekarang. Semua yang menonton jadi kaget. Terus terang, ku tak pernah lagi menonton iklan itu [dan tidak akan dapat menontonnya di tivi kerana penarikan tanyangan], sehinggalah ku dapat menontonnya dari URL yang telah diberikan. Memang ada banyak unsur bukan islam didalam clip iklan tersebut seperti yang telah dikupas dalam satu blog yang ku tak ingat URL nya. Ada ramai yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju clip iklan itu berunsur iluminati... Ku juga merasakan tiada unsur unsur sambutan hari raya langsung dalam iklan tersebut sehinggakan mengacau dodol pun bukan dibuat didalam kuali, tetapi dikacau didalam bunga teratai...!!

Bagi mengibau kenangan clip iklan raya yang hebat, yang lebih membawa erti Aidilfitri kepada kita, ku embed clip dibawah untuk tontonan korang. Banyak lagi yang ada, tapi yang ini ku rasa yang mampu menggambarkan tentang Aidilfitri... [iklan yang terbaik untuk Aidilfitri biasanya adalah ber"genre" sedih-sedih]





ada satu lagi iklan petronas yang best:
//satu, ada dialog "Aiman, kalau pokok cempedak ayah berdaun emas, jangan kata kereta kayuh, kereta kebal pun ayah beli"... [jenis kelakal]
//satu lagi, "Abah dengan mak makan sini, kakak dan adik makan kat dalam" [sangat menginsafkan story iklan ini...]

Jadi, pada semua pembaca dan penulis blog bebas yang beragama islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Semoga keajaiban Aidilfitri kali ini membawa makna dan lebih kebahagiaan dalam hidup dan nikmatilah keajaiban dengan seadanya. Bagi yang akan memandu, semoga selamat dalam perjalanan pulang dan selamat juga kembali. Untuk semua, Happy Holidays!!

Berjumpa lagi kita diminggu hadapan...!!

Maaf Zahir dan Batin
Rizal


Read More! and Comments

Friday, September 3

Persiapan Raya

Pagi semalam [khamis Sept 02, 2010], kereta kelisa warna kelabu bergerak menyusur jalan Persiaran Utara menuju ke arah Serdang. Didalamnya, seorang pemandu yang kelihatan sedikit mamai, menahan mengantuk sambil sedaya upaya menggagahkan diri untuk sampai ke rumah selepas 8 jam shift kerja yang memenatkan. Ketika itu jam digital yang tersemat di dashboard kereta menunjukkan waktu sekitar 7:15 pagi. Baru beberapa minit tadi, kereta bergerak dari hadapan Pipit Block, Cyberjaya. Bekerja shift malam selalunya tidak terlalu berada didalam stress seperti yang berlaku pada shift pada belah siang kecuali jika tiba-tiba, kami dihujani dengan email request ataupun segala macam masalah yang dihantar oleh pihak pelanggan [betulkan bahasa melayu untuk client].

Didalam kereta, Disk Jockey, Najman, KE dan SY sedang rancak memulakan pagi di Sinar Pagi sambil berkumandang beberapa buah lagu termasuk lagi hari raya yang membuatkan ku sedikit bersemangat. 3 jam sebelumnya, ku, Mesa, Jamil dan Apat terpaksa menebalkan tahi telinga dalam usaha untuk membendung bunyi-bunyian lagu tamil dari yang disiarkan dari saluran Astro disebuah kedai makan sekitar Cyberjaya. Kami bertiga, tidak termasuk Mesa keluar bagi menunaikan amalan bersahur yang disarankan seperti dalam ajaran. Mesa bukan seorang muslim tetapi beliau sangat aktiv mengikuti kami dalam acara-acara keagamaan termasuklah "Solat Jumaat". Tapi, itu dahulu, sebelum beliau bertukar ke "permenant night shift". Kecuali Apat, kami bertiga hanya mengalas perut dengan segelas teh tarik gelas besar dan sekeping roti canai berkuahkan kari ikan. Apat makan lebih dari apa yang kami bertiga yang lain ambil. Mungkin sedikit berselera kerana jarang dia keluar sejak dua menjak ini.



Setelah sebuah lagi yang ku tidak ingat tajuk dan penyanyinya selesai, kedengaran bunyi tapak kaki kuda yang menandakan kemasukan "Wak" [nama samaran disk jockey] bagi memberikan tajuk perbincangan pagi di Sinar Pagi untuk pagi itu. Apa yang menarik adalah, perbincangan pagi itu berkisar tentang PERSIAPAN RAYA...

Sebuah lagi lagu raya malar segar berkumandang... lagu bertajuk Suasana Riang Di Hari Raya oleh Junainah M Amin [sila google untuk lirik] membuatkan suasana dalam kereta semakin semerbak raya...

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

Seraya selepas lagu ini habis, terus disk jockey memutarkan rakaman perbualan mereka dengan seorang pemanggil perempuan [nama tak ingat dan jika ingat, memang tidak ku reveal]. Ku katakan rakaman adalah kerana, kebanyakan radio digital sekarang di "on air" kan berdasarkan rakaman yang disk jockey telah rakamkan sebelum atau beberapa minit sebelum rakaman yang sedang mereka main hampir tamat.

Salah satu cara untuk detect siaran radio "on air" secara rakaman adalah dengan tiadanya seruan azan atau takzirah takkala masuk waktu solat seperti yang pernah kita dengar pada radio zaman dahulu. Mereka lebih cenderung mengumumkan masuk waktu lebih awal kerana kesukaran untuk "edit" rakaman yang telah dibuat...!! Radio bukan macam tivi, tengah sedap tgk movie tetiba potong iklan atau azan...!!

Jadi berbalik pada pemanggil tadi, dengan senang hati dan bersemangat menceritakan tentang persiapan raya yang telah beliau sediakan. Langsir baru antara yang ku ingat beliau katakan sedangkan tahun ini beliau dan keluarga tidak beraya dirumah tetapi akan pergi beraya dikampung di Negeri Sembilan. 6 pasang baju untuk anak tunggal, 5 pasang baju untuk beliau dan 3 pasang baju untuk suami disediakan untuk sambutan tahun ini membuatkan mulut dan mata ku terbuntang sedikit. Nasib baik stereng masih tidak gagal dikawal. Mungkin ada benarnya apa yang telah ku katakan pada post sebelum ini [klik untuk baca] Perbualan telepon tadi diakhir dengan lawak dari SY yang memang ternyata merapu tetapi lawak...

Perjalanan pagi yang lancar jauh dari kesesakan membuatkan fikiran ku sedikit melayang-layang mengingat kembali, apakah PERSIAPAN RAYA yang telah ku dan Shima sediakan tahun ini. Apa yang ku boleh katakan, Ianya menepati piawaian dan jauh kurang dari kemampuan yang kami ada.

Jadi, bagaimana persiapan raya anda...!!??


Read More! and Comments

Wednesday, September 1

Let Your Dim Light Shine



Setelah hampir setahun ku surfing dan cari, akhirnya, ku berjumpa juga dengan album seperti dalam gambar. Album yang berbentuk CD ini adalah bagi menggantikan albim berbentuk cassette yang ku ada dahulu yang ku tak tau mana pergi tah. Album ini dikeluarkan pada tahum 1995 dan jika dikira, dah 15 tahun usia album ini... Mungkin ada yang tak mengenali, tetapi grup ini mula dikenali di Malaysia dengan album mereka yang memperdengarkan single meletup album sebelum ini, Runaway Train [tak boleh embed pula sebab copyright] Album ini ku beli compilation dan album ini juga sudah hilang...

Ku jumpa juga orang yang telah sudi menjualkan CD ini dan dengan harga RM10, ia sangat berbaloi [untuk ku aaa...] Ku malas aa nak ceritakan tentang grup ni, tapi jika mahu tahu lebih lanjut, sila klik sini. Sebenarnya, ku cari untuk download pun takde, hanya kalau ada pun, sekadar lagu yang popular, tetapi tidak satu album.

Lagu paling best dalam ni bagi ku adalah "Promises Broken" dan huh!! memang mengimbau kenangan sekolah menengah hingga ke universiti bila mendengar semula lagu dalam album ni. Sama macam jika ku main semula track dalam Nirvana Nevermind, Metallica Black dan Green Day Dookie... Semua album tu release semasa ku masih berada dibangku sekolah... semasa tu, OAG, Flop Poppy mahupun Subculture masih berada dibawah tanah lagi...

Cukup aa tu... nak review pun tak guna, album lama tapi ku puas hari dapat juga. Lepas ni nak cari apa pula yea... Oh!! mungkin "Ugly Kid Joe America's Least Wanted"

Read More! and Comments