Pages

Monday, August 30

Ramai Kata Streamyx Sucks, Tapi KTM Komuter lagi Worst...


Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.
KTMB

Hebat bukan, menjamin keselesaan dan jaminan keselamatan dari gangguan seksual. Tapi, adakah ianya diambil tahu atau dikuat kuasakan dengan kadar yang sangat ketat. Tidak...



Jumaat lepas boleh dikatakan pengalaman paling buruk yang telah ku alami selama ku pernah menggunakan perkhidmatan komuter. Kali terakhir ku gunakan komuter adalah pada 11 bulan lepas. Sepanjang 11 bulan masa ku tidak menggunakan komuter, kurasakan seperti tiada perubahan ketara yang berlaku pada perkhidmatan ini melainkan pengenalan "coach khas untuk wanita".

Apa yang ku lihat, coach yang sepatutnya dikhaskan untuk kaum wanita telah dinoda juga tanpa dapat dihalang oleh wanita wanita yang tidak berupaya bersuara. buyi macam kena rogol lak... Dinoda ku maksudkan adalah, masih ada segelintir laki-laki yang tidak menghiraukan tentang peraturan pembahagian coach ini. Mereka masih dengan selamba berebut rebut menaiki coach tanpa rasa bersalah dan berasak mencari tempat dengan menolak-nolak penumpang wanita yang berada didalam. Ku hairan, bagaimana ini boleh berlaku. Shima menjelaskan, stiker yang bertampal ditingkap coach tidak dapat dilihat jelas.

Mungkin benar begitu kerana stiker yang ditampal tidak begitu jelas tetapi laki-laki tersebut patut sedia maklum pihak KTM sudah memaklumkan tentang tempat menunggu wanita yang dilekatkan dengan penanda-penanda merah jambu.. Tetapi, manusia tetap manusia, manusia lebih seronok melanggar peraturan dari mengikutnya...

Penguatkuasaan perlu diketatkan bagi memastikan mereka kaum wanita benar benar merasa selesa dan selamat. Janganlah membuat peraturan seperti seorang ayah yang sedang duduk di kerusi malas, menghambur asap dari dada sambil menasihati anak-anak yang memerhati dengan nasihat "anak anak ku, bila besar nanti, jangan hisap dadah, jangan hisap rokok, jadi orang yang berguna..." Jika begini, memang tak jadi...

Masalah kelewatan juga menjadi masalah paling utama. Masa menunggu yang teramat lama membuatkan perkhidmatan ini tidak "reliable" bagi mereka yang memang mengejar waktu. Kami terpaksa mengharung waktu menunggu dan perjalan untuk jarak 1 stesen selama 2 jam...!! Diulangi, 1 stesen 2 jam...!!

Dalam masa menunggu, beberapa kali masa berlepas yang terpampang dipapan tanda elektronik berubah. Berubah bukan semakin cepat, tetapi berubah semakin lewat. Ia membuatkan perasaan ku menyirap dan panas hati. Bagaimana mereka yang setiap hari menggunakan perkhidmatan ini boleh tahan dengan situasi begini.

Oleh kerana ketibaan train yang sangat lewat, orang ramai berasak di terminal mengambil tempat untuk menjadi orang terdahulu masuk. Dan berlaku tolak menolak yang amat dahsyat sehingga kami tak terpaksa melepaskan 2 kali train kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Jika ku dan Shima sahaja, mungkin kami gagahkan, tapi oleh kerana ada Amir dan stroller, kami mengalah. Nasib kami baik kerana Amir tidak banyak merungut walaupun seharian mengikut kami berjalan-jalan mencari barang-barang persiapan raya...


Walaupun letih, tapi tetap gembira

 Ingat lagi, Bekas Perdana Menteri kita, Pak Lah pernah merasai pengalaman ini dan beliau telah mengarahkan pihak pengurusan agar mengkaji tentang perkara ini, tapi haram... takde tindakan...!!

Ini mungkin berbau complaint, tapi ini juga pengalaman yang ku hadapi. Sungguh perkhidmatan ini perlu diperbaiki. Seperti yang Shima beritahu ku, perlu tambah kekerapan, kekerapan sahaja jalan yang mampu menyelesaikan masalah menunggu dan kesesakan dalam coach. Mungkin juga kerajaan kita perlu memikirkan perancangan untuk mewujudkan sistem perkhidmatan keretapi yang lebih menyeluruh dan integrated.

Read More! and Comments

Friday, August 20

Ku Benar-Benar Menyangkal Kenyataan Apabila Orang Berkata Bulan Ramadhan Bulan Kurang Berbelanja [Berjimat]

Ramai yang bercerita dan mengaitkan tentang perkara makanan bila menyebut tentang berjimat di bulan Ramadhan. Mereka mengandaikan bahawa, tidak mengambil makanan pagi, tengahari serta malam akan membuatkan mereka mampu mengumpul wang penuh setabung. Beriya-iya adanya mereka menegakkan kebenaran yang tidak pernah nyata yang sememangnya ku rasakan tidak pernah benar nyata. Ianya ku rasanya hanya angan-angan kosong yang amat sukar untuk dicapai. Sehinggakan mereka lupa, berjimat bukan hanya melibatkan makan tetapi ianya adalah melibatkan perbelanjaan keseluruhan harian mahupun bulanan.

Ku kerap mendengar kenyataan seperti ini,

"Save duit aku bulan ni, selalu seminggu 3, 4 kotak, tapi bulan-bulan puasa ni sekotak seminggu..."

Hebat bukan, seorang perokok tegar amat berbangga dapat mengurangkan jumlah belian belian kotak rokok pada bulan ramadhan dari memikirkan dan beriktiar mencari jalan untuk berhenti terus daripada tabiat buruk mereka itu. Apalah sangat kurang 3, 4 kotak seminggu selama sebulan ini jika mereka kembali terus terusan dengan tabiat buruk mereka itu sehingga menjelang ramadhan akan datang.



Penat lelah berkerja, lapar dan dahaga berpuasa pasti akan sekelip mata hilang sejurus selepas kaki melangkah masuk kedalam pasar ramadhan yang kemeriahan peniaganya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tapi memang ianya sudah menjadi satu trend setiap tahun dan kebetulan tahun ini, hujan setiap petang. Takziah kepada keluarga mangsa ribut yang berlaku di pasar ramadhan di Stadium Jasin. Al-Fatihah

Pasar Ramadhan adalah perangkap paling maut bagi seseorang jika nafsu gagal dikawal. Keterujaan melihat kuih muih pelbagai bentuk, bau wangian arang ayam golek serta mata rambang melihat aweks-aweks [bahasa benarnya adalah gadis-gadis] mampu meruntuhkan tembok-tembok iman yang telah dipertahankan dari mula azan Subuh pagi tadi...

Ku sangat yakin bahawasanya, perbelanjaan yang dilakukan di pasar ramadhan adalah berkemungkinan lebih banyak dari yang dibelanjakan seseorang untuk makan tengahari dan malam setiap hari. Ini belum termasuk harga barang makanan yang terjual di beberapa pasar ramadhan sekitar Lembah Klang. Mahalnya mencekik darah, tapi produknya sangat menghampakan. Pasti ada antara anda yang pernah terbeli kuih basi? lauk basi? yaa, ayah dan ibu ku punya pengalaman itu... tapi mereka tidak serik-serik. Pergilah ke pasar ramadhan Putrajaya, anda akan pasti terkejut bila mana harga makanan yang dijual disana setiap tahun akan meningkat. Adakah ini ada kena mengena dengan kenaikan harga barang dan petrol...?? atau mereka, peniaga cendawan ingin mengaut keuntungan yang berlebihan, menyimpang dari ini asal untuk mencari pendapatan lebih...!! Akhirnya, wang yang kita jangka terselamat kerana tidak perlu membayar harga makan tengahari habis disedut oleh para cendawan beracun yang racunnya tidak kelihatan secara lahiriah...

Tanpa kita sedari kita akan berbelanja lebih pada bulan ramadhan tidak seperti hari-hari lain kebiasaannya. Persiapan sambutan raya, sebagai contoh, pembelian baju baru untuk raya menjadi kewajipan pada bulan ini disamping pembelian perhiasan rumah, langsir serta lampu kelip-kelip bagi memeriahkan sambutan Syawal yang bakal tiba. Bahan-bahan mentah untuk rendang dan pelbagai juga perlu diambil kira. Makanan perlu dimasak sendiri kerana jika hendak beli dikedai, mahu beratus ratus harganya. Anda boleh rangka sendiri, berapa yang akan anda habiskan untuk perkara-perkara yang disebutkan di perenggan ini. Seorang perempuan sesungguh benarnya pasti akan menyediakan tidak banyak, satu pasang baju baru yang akan dipasangkan dengan sehelai tudung jenama terkenal yang jumlah perbelanjaannya paling sikit kurang mampu menampung perbelanjaan pergi dan balik ketempat kerja selama 2 minggu. Yang lelaki pun ada yang sama juga. Semasa bujang dahulu, 8 kali hari raya aidilfitri ku sarungkan baju melayu yang sama, tapi, sekarang, setahun sekali nak kena tukar warna*... Itu belum lagi dikira perbelanjaan seorang lelaki dan perempuan untuk anak-anak mereka. Semuanya kerana mentaliti, setahun sekali, apa salahnya...!!?

"setahun, hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini..."
- Lirik lagu Selamat Hari Raya - Saloma

Mereka mungkin terlalu menjiwai lirik lagu diatas...!!

Kita sekarang lebih cenderung untuk membeli atau membeli "Kuih Tunjuk" iaitu gelaran popular bagi kuih raya yang dibeli siap di kedai. Sebalang atau sebekas kuih biasanya "standard" berharga RM22-25 dan bagi mereka yang tidak meneruskan tradisi bersengkang mata membuat kuih raya seperti yang dilakukan oleh ibu kita lama dahulu, 1, 2 jenis pastinya tidak akan mencukupi. Ianya juga termasuklah pembelian pelbagai jenis kerepek dan makanan sampingan yang kadang-kadang tidak langsung dijamah oleh tetamu takkala bertandang kerumah kita pada pagi hari raya. Takkan nak bagi air kosong dengan biskut kering...?? Yaa... setahun sekali orang bertandang kerumah, mesti perlu sediakan jenisan makanan yang mampu mengenyangkan pengunjung walau mungkin hanya 20 peratus sahaja yang datang akan makan kuih kita itu...!! Sebab diorang pun dah ada beli kuih yang sama juga dirumah...

Saya bukan kedekut tapi tak kisah jika sesekali berbuka puasa diluar. Dahulu, ayah ku selalu bawa sekeluarga keluar membeli barangan persiapan hari raya dan seterusnya singgah untuk berbuka diluar. Saya tidak lupa setiap tahun, ayah akan bawa kami meredah kepanasan dan kepenatan menyusur kedai-kedai sepanjang Jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Tempat pilihan untuk membeli baju baru ku adalah sebuah plaza yang bernama Hankyu Jaya dan selapas itu kami akan berbuka di gerai area pasar Jalan Chow Kit. Makan malam diluar mungkin menjadi rutin bulanan bagi sesebuah keluarga bagi memupuk sifat kekeluargaan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Maka, yang membazirnya apabila keluarga dibawa berbuka di hotel atau tempat-tempat yang menawarkan pakej berbuka dengan 100 jenis lauk pauk dengan harga yang sangat berpatutan [RM80 seorang]. Banyak mana sangat seseorang tembolok perutnya yang sudah mengecil untuk makan mahupun merasa 100 jenis lauk pauk dalam satu masa. Dan ini ku rasakan perbelanjaan yang sia-sia.

Sudah berapa agaknya perbelanjaan yang kita boleh hitung berbanding penjimatan yang kita sudah sahih lakukan pada bulan Ramadhan ini...? Tunggu... ada lagi...

Tidak sah perayaan jika tidak disambut bersama ibu bapa [jika merantau], adik beradik dan saudara mara dikampung. Balik kampung juga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi bergantung pada jenis kenderaan yang digunakan. Servis, Permeriksaan dan penukaran tayar dan kadang-kala "pimping ride" juga akan dilakukan sebelum menempuh perjalanan jah pulang kekampung. Pimped ride tu biasanya saja nak "show off" pada orang kampung selain nak kasi statement pada gadis kampung yang dulu masa mengorat pakai basikal, diorang tak layan. Ku perlu menyediakan sekurang kurangnya perbelanjaan perjalanan pergi balik kerja selama sebulan jika hendak pastikan kami sekeluarga dapat beraya bersama ibu dan ayah. Anda bagaimana?

Baiklah, ada banyak lagi sebenarnya, tapi ini yang terakhir...!! Jika anda punya kerjaya dan anak anak buah, pastinya, duit raya tidak boleh dilupa. Pasti anda tidak mahu dicap "kedekut tahi hidung masin" bila tiap kali pulang ke kampung atau pun takkala ziarah menziarah kerumah saudara. RM1 sudah tak lagi, paling kurang RM1 dua keping. Itu yang ramai, jika anak buah 1, 2 orang, paling kurang RM10.. kan!? Takkan anda sanggup dicap oleh anak anak buah anda yang berfikiran cerdas tu dengan gelaran "Haji Bakhil". Disitu je dah berapa habis??

Jadi bagaimana...?? Benarkan bulan Ramadhan bukan masa atau bulan untuk kita mampu berjimat cermat. Apa lagi yang perlu dijimatkan? Belanja pergi balik kerja adalah tetap dengan minyak dan tol, bayaran bil dan installment bulan juga adalah tetap. Melainkan anda sanggup menangguhkan bayar-bayar itu untuk pastikan anda dapat beraya dengan meriah,,, Anda hakiminya sendiri...

Jika benar bulan Ramadhan adalah bulan penjimatan, maka kita tidak akan mendengar keluhan-keluhan kakitangan kerajaan yang sibuk mengusulkan duit raya [bahasa pasarnya bonus] kepada majikan mereka dan sepatutnya juga tidak berlaku ketidak cukupan wang perbelanjaan selepas sambutan aidilfitri dimana kita dengar ada yang terpaksa berjimat dan berpuasa selepas raya serta ada yang kering terpaksa layan megi dan serbuk kuih raya menjelang gaji bulan hadapan... dan pelbagai lagi yang ada kena mengena dengan ketidak cukupan wang...

Segala keputusan perbelanjaan ditangan masing-masing, berbelanja dengan berhemah dan elakkanlah dari melakukan berbelanja berlebihan...

Hari raya adalah hari untuk kita meraikan kemenangan perjuangan kita melawan nafsu, jadi sambutlah ia dengan sewajarnya...!!

Wasalam

//Yan, memang diakui ada cara, tapi selalunya, orang langgar je...
[saya sudah berFB tentang ini dengan beliau sebelum ini]


Read More! and Comments

Tuesday, August 17

Selepas Empat Tayar DiTukar, Tidak Lagi Ku Perasan Kereta DiPandu Laju

Itulah dia, bila pemanduan sudah tidak lagi belenggu oleh gegaran seperti memandu takkala bumi sedang dilanda gempa. Walaupun Dashboard masih utuh tidak seperti barang lain yang berada di salam kereta. Ia kedengaran seperti orkestra yang menghasilkan bunyian lagu yang mengikut sama tempo. Bekas air besi, duit syiling dan orange man semuanya bersama sama menari takkala kereta melunsur laju dan mengeluarkan ketukan selari sebagai bunyian latar kepada tarian. Kami juga sudah terbiasa juga terikut menari [sikik-sikit] dengan alunan tarian yang kadang kala terasa kuat dan kadang kala tidak terlalu kuat. Tidak lagi perlu buka XFM ataupun Sinar FM untuk hiburan dalam kereta kerana bunyian dan tarian sudah cukup membuatkan ku kalis mengantuk ketika memandu [tapi kadang ada gak rasa nak terlelap... hhoohoo!!].



Igauan ngeri yang sejak sekian lama dulu sudah berakhir dan terima kasih kepada abang yang ku tak tahu namanya dari kedai Sumitomo yang telah membuat setup stering dan tayar kereta ku hingga berada pada paras prestasi paling hebat. Kalau setup sikit lagi boleh jadi memukau. Apa yang hebat, ku hanya perlu menjelaskan wang pokok bunga dengan sedikit bayaran penggunaan mesin alignment dimana perkhidmatan lain untuk memastikan prestasi tayar berada dalam keadaan terhebat dilakukan percuma... Wow!! Mungkin ini adalah kesinambungan balasan dari kesetiaan yang ku berikan sejak empat tahun dulu.

Empat biji 165/55/R14 memang telah beberapa bulan ku idamkan. Demi menunggu wang kertas jatuh dari pohon kurma depan rumah mak ku, ku tahankan sahaja dan berserah pada situasi yang melanda sehinggalah masa yang ditunggu tiba.

Alhamdulillah, sekarang kami sudah tidak berasa takut-takut untuk berjalan lebih jauh dari perjalanan yang kami selalu lakukan iaitu dari serdang ke Shah Alam Seksyen 27 malah kami lebih berasa selamat untuk pulang ke Alor Setar bagi menyambut Aidilfitri pada bulan hadapan. Yaa... pohon kurma yang tumbuh dihadapan rumah mak ku sudah menggugurkan wang kertas.

Allah senantiasa menurunkan rezeki kepada hambanya dan kita hamba perlu senantiasa bersyukur pada rahmatNya.

//7 Ramadhan yang hebat


Read More! and Comments

Wednesday, August 11

Trip Ke KLCC Yang Mencemaskan...




Melihatkan tajuk, sudah tentu ada yang ingin tahu, pa yang mencemaskan sangat tentang perjalanan ke KLCC sedangkan untuk menuju dan sampai kesana, seseorang hanyalah memerlukan tahap keupayaan menahan kesabaran yang tinggi dan terpuji.

Petang isnin, beberapa hari lalu bukanlah menjadi perancangan awal untuk kesana, tetapi oleh kerana Shima sudah membuat janji dengan kawan adiknya, kami perlu juga pergi walau hakikat mengetahui, perjalanan yang perlu ditempuhi... perjalanan yang penuh dengan kereta disana sini..



Episod cemas bermula selepas ku berjaya menghadang sebuah kereta Subaru Impreza WRX dari memotong ku semasa berdekatan area bulatan Kampung Pandan. Pemandu kereta itu mungkin tidak berpuas hati sehingga selepas itu, mengekori rapat sehingga ke persimpangan menuju Bukit Bintang selepas Bangunan RHB... Mungkin pemandu kereta tu panas hati kut dan terus mengambil lorong kiri, memecut meninggalkan kereta ku yang tetap menuju terus ke terowong bawah persimpangan kelab golf. Cemas yang sebetulnya bukan datang dari kereta Impreza yang ku katakan tadi, tapi sebenarnya, semasa berada di bawah terowong, ketika kereta berasak asak keluar dari situ, ku terperasan satu benda yang belum pernah berlaku kepada kereta ku selama ini... [tapi Ben dah pernah kena.. ekeke]

Huih!! tingginya temperature...!!??

Ya.. Suhu enjin ketika itu boleh dilihat naik mendadak ketika kereta berhenti dan mendadak juga turun ketika ku berjaya mengelak dari berhenti dan tersekat dalam keadaan kereta yang masih berasak2 menuju persimpangan Ampang Park. Kami selamat masuk ke tempat letak kereta luar KLCC paling hujung bersebelahan Masjid Asy-Syakirin Sebelum Azan Maghrib berkumandang... Apa yang sedikit melegakan ketika itu adalah, ku berjaya untuk mengawal suhu enjin kereta dari mencecah naik ke zon merah walaupun selepas kami keluar dari kereta selepas azan, ku mula risau tentang bagaimana pula halangan untuk balik ke rumah selepas ini.

"Kita kena balik lembat sikit ni... bagi lega sikit jalan dari jammed"

Itu yang ku beritahu Shima, walau pada awalnya, dia mengatakan, "kita pergi sekejap je... amik barang, kemudian balik"

Ku singgah ke masjid untuk solat maghrib bagi menenangkan sedikit fikiran dari memikirkan tentang bahaya perjalanan pulang, tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Solat ku tidak khusyuk bahkan ketika solat, ku banyak pula memikirkan tentang selipar Croco yang ku tinggalkan di luar masjid takut takut dikebas orang... Celaka, syaitan memang pandai dan bijak mengganggu jiwa jiwa yang lemah dan memang ketika itu, jiwa ku sedang lemah memikirkan tentang kereta dan kemudian di ganggu pula dengan hasutan nakal syaitan dengan selipar. Harap, ibadat ku diterimaNya.

Selepas transaksi Shima, kami meraikan sedikit kedatangan Ramadhan dengan melayan permintaan Amir untuk makan di Pizza Hut. Bruupp... Menang sedap Maccaroni and Cheese dengan Cheese Crust di tepi sehinggakan kami tak dapat habiskan satu pan, bawa balik dan dibelasah habis adik lelaki ku pada keesokan sarapan paginya.

Hari ini, bermula umat Islam Berpuasa, ini pun ku taip sementara menunggu masuk waktu subuh, sat lagi nak kena minum satu lagi gelas air suam bagi mengekalkan kandungan air dalam badan. ku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas. Jangan dilupa juga niat puasa,
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



//Kereta sudah dibaik pulih petang semalam oleh adik ipar ku yang memang seorang mekanik mahir...!!

Read More! and Comments

Saturday, August 7

Gurau Pun Biar Berpada...

Pernah dulu kita digemparkan dengan kes "Ugutan Bunuh di Facebook!!". Tidak perlu ku panjangkan cerita tersebut kerana ia telah lama dikira selesai. Tapi kini;

Nor Azita Osman

Siapa?? Nama ini tiba-tiba mendapat hit yang tinggi dalam pencarian internet atas kisahnya menghina Negeri Johor kerana tiada kedai menjual biskut Famous Amos. Page bertajuk Nor Azita Osman Hina Negeri Johor (Blacklist People) yang dibuka untuk menghentam dan menyenarai hitamkan dia. Gadis biskut menjadi gelaran Nor Azita Osman dalam page ini.





Tujuan entry ini bukan untuk mencurah petrol di api yang marak, mahupun mengipas-ngipas api pembakar satay tapi ianya lebih bertujuan bagi ingatan, pesanan dan iktibar kepada pembaca tentang perkara seperti ini.

Sebagai pengguna Internet dan juga lawan web secara amnya tidak terlepas dengan kod etika kita sebagai pengguna. [maaf, saya tidak dapat untuk memberikan butiran yang sahih tentang ini..] Kita juga perlu sedar akan tertib dan batasan yang ada untuk kita walaupun ianya hanya bersifat gurauan. Gurauan bagi kita tidak semestinya boleh diterima semua.

Berhati-hati walaupun anda rasa tindakan anda tidak akan dapat dihidu oleh pihak lain. Jika tidak, padah mengundang.

Apa yang menariknya, perkara ini sudah tersebar luas ke seluruh negara melalui sebuah akhbar [yang ku tak tau korang baca atau tak]. Pergilah sini jika mahu baca.

Racist, memperkotak-katikkan orang lain, komen yang bersifat menghina tidak kira kaum, bangsa atau agama perlu dielakkan. Ini adalah bersifat sensitif dan fikirkan tentang orang lain jika mereka memperkatakan perkara sama tentang kita.

Kepada Nor Azita Osman, anda sudah meminta maaf, tetapi apa yang anda lakukan adalah satu kesilapan yang besar. Pada rakan rakan ku yang dikenali dan pembaca sekalian, sila gunakan internet dengan bijak dan jangan sekali-kali melakukan perkara "bodoh"
"bangang" "tolol" yang sama kecuali jika korang memang mengidamkan;


"One Hit Wonder"


Read More! and Comments

Monday, August 2

Satu Petang Di Kedai Menjual Permainan

Cuti hujung minggu selalunya diguna dan dihabiskan bagi tujuan untuk aktiviti bersama keluarga. oleh kerana itu, ku perlu memanfaatkan cuti hujung minggu yang biasanya hanya sekali dalam jadual sebulan yang ku perolehi dengan sebaik mungkin. Dan hujung minggu lepas adalah satu satunya cuti hujung yang ku ada bagi bulan July.

Memandangkan keputusan rancangan untuk jamming bersama rakan rakan kelihatan seperti tidak memberansangkan, dengan pantas kami, ku dan Shima membuat rancangan B. Walaupun sebenarnya banyak rancangan yang telah tercerna dari buah fikiran wife ku itu sebelum menjelang hari sabtu lagi. Salah satu dari padanya adalah, "Beriadah dan berjogging ditaman" [ini adalah acara berpeluh]. Aktiviti berpeluh ini telah terpaksa ditangguhkan dek kerana hujan pada satu petang yang sepatutnya menjadi hari riadah kepada kami.

Malam ini pula, buat dua minggu ku terlepas bermain futsal kerana malam ini kena masuk shift malam. Jadi, memang lama dah ku tak buat aktiviti luaran yang mampu membakar kalori dan bahasa biasanya, aktiviti berpeluh.



Ginilah, tak perlu untuk ku menaip banyak banyak, cukup sekadar tunjukkan beberapa snap image yang kami sempat ambil.

Ishh!! camne ni
Pertama kali, jadi dia takde idea camne nak main

Weee... yeaaa...!!
Dan datang ayahnya memberi bantuan tunjuk ajar

Iyaahh!!
Test solo... nak kena beli satu benda ni nanti...

Besar pulak ayah tutup goal post
Critical moment...

oh!! tidak
Ku ketawa tu sebab Amir tak boleh nak score... muahahah

Benda ini ayah dah patut beli lama dulu...
Test.. oh!! Ada bunyi...

Steady... Ramai orang tengok tu...
Santana pun meleleh air mata kalau tengok ni...

Huuarrghh!! Nak pergi tidur jap, malam ni nak kerja...

Read More! and Comments