Persembahan jam 1:30 pm dan perjalanan dari SS27 Shah Alam ke PWTC yang sepatutnya mengambil masa hanya 30min menjadi 70min gara gara kesesakan luar biasa yang sepatutnya berlaku hanya pada hari bekerja sahaja. Oh!! rupanya sebab musababnya adalah kerana kemalangan yang melibatkan satu lori kontena telah merempuh sebuah hentian bas di kawasan Sungai Way. Ku jumpa image kemalangan kat sini. Elok lepas je dari kawasan kejadian, jalan raya sepi dan kereta bergerak laju seperti yang sepatutnya.
Oleh kerana ku datang kesana dengan imej yang tidak kelihatan seperti remaja, ku muda lagi, ramai exhibitor tidak berani menawarkan apa yang booth mereka tawarkan kepada ku. Dan satu lagi, Hampeh tul masuk kena bayar RM5. Menyesal tak register untuk free ticket... tapi memang tak register awal pasal tak confirm pergi. Berikut senarai yang ku peroleh sepanjang ku berada disana [barang free dan freebies];
- Air kotak cap Dutch Lady [ku ambil masa 0.05 saat je untuk habiskan]
- Paper Varsity yang ku lipat lipat dan tak baca
- Pamplet minyak lintah [ku gagah lagi siot]
- Dan beberapa lagi pamplet yang ku tak minat nak baca
perkara yang paling best, ku telah dengan tak malunya willing to take a survey question semata mata nak bawa balik sekotak pen+thumbdrive yang tak tau boleh digunakan atau tidak. Ini minta tak, bukan amoi tu panggil buat survey. Semua ini adalah kerana Halim, kalau dia tak tunjuk, takdenya ku nak terhegeh-hegeh...
Apa lagi yea... tentang aktiviti yang ada disana, baik korang baca je kat website diorang. Banyak sangat yang nak di copy nanti, lagipun, memang ku tak pergi ke semua bahagian. Perkara paling menarik sepanjang disana adalah hang out dengan rakan rakan baru.
Persembahan ahli berjaya walaupun terlewat hampir 35 min. Ia bukan kerana ahli ahli kapasitor sampai lewat kerana kesesakan luar biasa akibat kemalangan tetapi ianya disebabkan oleh over run presentation dari kelab kelab yang membuat persembahan sebelumnya.
Gelang tangan macam masuk taman air, cop macam masuk pusat hiburan malam
Adrenalin meningkat
Pentas Battle of The Band
Teknik apa tah namanya nih..!!
Ben sebagai pembuka acara
Ben, Syud dan lagu Yuna... [ku upload kemudian]
Jojo dengan ucapan aluan dan pengenalan Kapasitor.net
Kurusawa dengan rock sekali... [wartawan NSTP panggil interview lepas persembahan... syabas!!]
Macam hari keluarga P2i kan...
Album [full 10 songs] yang ku masih belum dengar lagi... Siap autograph Rizzy lagi tu gua dapat...
Ku balik 45min selepas persembahan.
[Ayat pun dah macam ayat remaja huru hara]
[Azwan, ku dah jumpa Jojo...!!]