Pages

Thursday, September 27

Weezer Blue Album Memories Show, Live in Indonesia

Weezer poster

Huh!? Indonesia lagi..!!

Dah berapa banyak artis atau band yang perform disana dan kali selepas ini giliran Weezer pula..!!

"Memang aa.. berapa ramai sangat peminat Weezer kat sini. Cuba banding dengan Justin Beiber yang datang haritu, budak budak pun pergi tengok", ujar wife ku yang mematikan terus ayat yang ku ingin sambung selepas persoalan ku tentang kenapa banyak band luar pergi Indonesia atau Singapura tetapi tidak ke Malaysia.

Kepada peminat Weezer seperti ku dan beberapa rakan lagi, [ada lagi ke yang kenal Weezer kat Malaysia ni...?? barangkali ada, tapi tidak ramai..] merasakan ini adalah opportunity / peluang untuk melihat Rivers Cuomo, Patrick Wilson, Brian Bell dan Scott Shriner beraksi dengan lebih dekat lagi. Dan seperti kebiasaan, mahu sing along lagu-lagu mereka juga ..!!

Mana pembaca yang masih belum mengenali, boleh klik pada link ke site Weezer atau baca informasi tentang mereka di Wiki Page.

Acara masih jauh dari tarikhnya, masa masih panjang untuk anda siap-siap menghantar borang cuti kepada majikan. Masih juga sempat untuk yang berminat untuk mengumpul wang perbelanjaan makan minum dan penginapan untuk di sana termasuk juga wang tiket kapal terbang mahupun tiket untuk masuk ke acara persembahan. Kepada yang memperoleh gratuity atau bonus akhir tahun ini, alhamdulillah, Allah mepermudahkan urusan anda.

Tarikh: January 08, 2013
Hari: Selasa
Masa: 7pm hingga 10pm
Tempat: Lapangan D Senayan, Jakarta

Masih ada banyak masa lagi untuk anda menghafal lagu-lagu dari album mereka jika ada antara anda ingin membuat perancangan untuk pergi. Ini kerana, ku amat yakin, kebanyakan Malaysian mengenali Weezer hanya pada beberapa lagu seperti "Island in the Sun" [Green Album] dan "Perfect Situation" dari album "Make Believe". Itu pun sebab masuk radio dan masuk channel TV Malaysia.



Read More! and Comments

Saturday, September 22

Little Caliph: Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011


Pada Sabtu, September 15, 2012 yang lepas berlangsungnya satu sambutan meraikan hari raya oleh sekolah Little Caliph dimana ia telah berlangsung didewan Institut Pertanian Serdang, Universiti Putra Malaysia. Acara Melibatkan 3 sekolah bergabung, Little Caliph Seri Serdang, Little Caliph Bandar Seri Putra dan Little Caliph Puncak Utama. Alhamdulillah, kehadiran keluarga amat menggalakkan. Ia Barangkali faktor demi untuk melihat dan memberi sokongan kepada anak mereka yang beraksi dipentas mini konsert pada acara yang sama.

Hiasan pentas yang menarik pada pandangan ku.

Amir: Alaaa.. Amir nak pergi sekolah bu. Amir tak nak cuti. Amir nak buat persembahan dengan kawan-kawan.

Itu rengekkan Amir beberapa hari sebelum hari sambutan berlangsung. Ini kerana pada beberapa hari sebelum hari sabtu, atas sebab yang tidak dapat dielakkan pulang ke Alor Setar dengan mengejut.

Kami bersyukur kerana segala urusan di Alor Setar selesai dengan mudah dan tenang dan kami dapat pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum hari acara Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011 ini berlangsung.

Amir ketika persembahan.

Amir dan rakan-rakan tahun 6 telah menyampaikan persembahan bacaan Yassin 10 ayat pada pagi itu... Walaupun telah terlepas menghadiri acara raptai tetapi Amir tetap"outstanding" pada hari persembahan. Sebagai bapa, pastilah bangga.

Tak banyak gambar yang ku ambil [banyak tak cantik sebenarnya] dan ini sahaja yang dapat ku tunjukkan.

Mana satu anak anda..!!?? ya.. kita patut berbangga..!!

Tak ingat pula ini persembahan tetang apa. 



Cat untuk kucing.. meoww.. meoww..!! Lagu tentang Binatang. Amir kata Animal. 

Ini persembahan tentang kerjaya. Occupation bak kata Amir. 

 Islam Is Way Of Life.

Ini persembahan tentang Bumi/Earth.

 Sekali costum macam dalam movie P. Ramlee.

 Serious lucu budak 2 orang ni. Boleh ketawa kalau ada video.

Ini gang tahun 6 Little Caliph Seri Serdang.

Barisan "teacher" dibelakang.

Dan terdapat beberapa lagi persembahan pelajar yang tidak ku sertakan dalam blog ini kerana masalah shot yang kurang memuaskan. Syabas kepada adik-adik kita dan selamat hari raya...


Read More! and Comments

Friday, September 21

Semasa: Bahagian Ke-Lapan



Semasa dalam perjalanan pulang kerumah

Ibu: Amir nak buat apa benda ni.

Ibu merujuk pada freebie yang telah diterima dari rumah kenduri kahwin yang telah dihadiri. 

Amir: Amir nak simpanlah
Ibu: Amir nak simpan buat apa?
Amir: Iyalah. Amir nak simpanlah. nanti Amir nak guna.
Ibu: Guna?
Amir: Nanti ayah dengan ibu lah kahwin.
Ibu: Laaa.. Tak payahlah, ibu dengan ayah dah kawin pun.
Amir: Takpelah.. Ayah dengan ibu kawinlah lagi..

Ayah: Ibu perempuanlah amir. Perempuan boleh kawin satu kali je. Tapi kalau ayah lelaki, bolehlah nak kawin lagi..
Ibu: E'eh..!!




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Tuesday, September 18

Temuduga Mencetus Ketegangan


Sukar juga nak mencari pengganti kata "Stress" untuk di Melayukan yang akhirnya ku rasakan perkataan yang paling dekat dan sesuai untuk kata ganti nama stress itu adalah ketegangan. Ia kedengaran agak kelucahan tapi itulah hakikat yang perlu ditelan. Hakikat bahawa ketegangan adalah perkataan yang paling sesuai untuk kugunakan.

Ketegangan yang terhasil dari rasa sebelum temmuduga adalah sesuatu yang mampu membuat seseorang merasa tidak tentu hala serta tidak keruan. Rasa kesakitan pada perut, rasa kesakitan dalam dada [sebut ala-ala melodi lagu Tengku Adil] dan rasa sejuk yang membawa kepada rasa ingin terkucil adalah rasa-rasa yang kerapkali timbul bagi kebanyakan calon-calon yang hadir untuk menjalani temuduga.

Temuduga juga tidak semestinya tertumpu pada jenis temuduga untuk pekerjaaan sahaja, malah temuduga punya banyak jenis. Ia termasuklah temuduga untuk mendapatkan tender, temuduga untuk permohonan biasiswa pelajaran dan juga temuduga penempatan belajar. Ada satu temuduga tidak rasmi kita kelaskan yang boleh membuatkan calonnya tidak tidur malam. Ianya adalah temuduga bersama bakal keluarga mentua dan ia adalah temuduga paling mendebar dan menegangkan pada calon menantu, serius, ini memang benar.

Sepanjang sembilan tahun selepas hari terakhir ku menamatkan pengajian tahap Sarjana Muda, sudah banyak juga pengalaman menghadiri temuduga yang telah ku lalui. Tidak kira ianya untuk jawatan paling rendah dalam syarikat hingga ke jawatan seorang pengurus, ku telah tempuhi tetapi kebanyakkannya tidak menyebelahi ku malah, pengalaman cubaan ku untuk memikat hati penemuduga yang bergelar Dato' dan Datin agar memilih ku untuk mengisi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik juga tidak gagal. Mungkin ku lupa untuk mengenyit mata ketika didalam bilik sesi temuduga.

Tetapi, itu bukan kisahnya kerana apa yang ingin ku angkat dalam tulisan kali ini adalah ketegangan sebelum temuduga. Walaupun telah banyak jenis temuduga yang telah ku hadiri, perasaan ketegangan sebelum temuduga masih tidak dapat disisihkan. Banyak nasihat yang ku peroleh dari pakar psychology tentang pentingnya ketenangan sebelum memasuki bilik temuduga, tetapi memikirkan apa yang penemuduga jangkakan dari ku mampu buat ketenangan menjadi ketegangan. Ku seorang lelaki, jadi jangan anda salah tafsirkan perkataan yang ku tulis disini, bukan ketegangan kelakian yang dimaksudkan tetapi ketegangan fikiran yang sebenarnya.

Kadangkala, kita merasakan untuk keluar dari zon selesa yang kita ada sekarang adalah sesuatu yang amat sukar, dan sememangnya, melakukan perubahan pastinya agak sukar. Dari rumah sudah merasakan seperti malas untuk tempat temuduga, badan rasa seperti mahu demam, tandas dilawat beberapa kali tetapi itulah yang perlu dilalui demi perubahan masa hadapan. Setiap perubahan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan pasti ada ganjaranya.

Hari ini ku baru menamatkan satu lagi sesi temuduga jawatan yang keputusannya "terima kasih sahaja yea.."  Ia adalah sesi temuduga yang ku sudah hilang kira bilangannya. Walaupun gaji yang ditawar menghampiri kenaikan separuh gaji yang ku peroleh sekarang, atas beberapa faktor yang tidak menepati jangkakan, ku terpaksa tidak menerima jawatan itu. Fuyoh!! Ini pertama kali ku tolak jawatan yang ditawarkan.. Hebat.. Hebat..!! Apa yang pasti, ketegangan yang ku rasai sebelum temuduga mengecut selepas sesi temuduga tamat.

Lega.. Jom TT, ku sudah tiada ketegangan lagi..!!


Read More! and Comments

Wednesday, September 12

Semasa: Bahagian Ke-Tujuh



Semasa sedang di dalam perjalanan ke satu destinasi di Seri Serdang..

Amir: Ayah.. tengok..!! Jamek Maju tutup lagi..!!

Jamek Maju adalah sebuah kedai makan berkonsep mamak yang hanya sempat dibuka dalam satu atau satu bulan setengah sahaja sebelum ia diserbu pihak Majlis Perbandaran dan menyitar keseluruhan kedai.

Ayah: Memanglah.. Kedai tu kena denda sebab buka tiada lesen..
Amir: Ooo.. denda tu tu apa ayah..!!??

Ku dah sedikit cemas disini...

Ayah: Denda tu maksudnya, balasan kalau kita melakukan kesalahan.
Amir: Oooo.. Balasan tu apa ayah..!!??

Adoi..

Ayah: Balasan tu perkara yang kita dapat daripada apa yang kita buat. Jadi, orang kedai tu buat salah, dia kena dendalah.. Faham..!!?
Amir: Denda tu apa ayah..!?/

Hoho..

Ayah: Macam ni. Di school, kalau Amir buat bising, teacher akan denda Amir dengan rotan. Jadi, kena rotan tu balasan kepada Amir sebab buat bising.
Amir: Oooo.. orang kedai Jamek Maju tu kena denda rotanlah yea..!!??
Ayah: huh...!??




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Thursday, September 6

Rekod masakan makanan laut <-- Kosmo Online


Sosej Bunga-Bunga Kosmo Online

WTF Kosmo Online.. Sebagai seorang yang berada dalam posisi kerja-kerja mengemaskini status dan isi kandungan laman web [ku memang cari makan dengan kerja macam ni...], daku sangat/amat dukacita bila lihat berlakunya perkara-perkara atau kesalahan remeh seperti ini terutama pada website yang sedia maklum menjadi tumpuan umum.

Demmit.. Copy "content" lambat 2 hari pun boleh salah ke?? Mana QC woi...??

Sosej Bunga-Bunga USA Today Online


Read More! and Comments

Wednesday, September 5

Semasa: Bahagian Ke-Enam



Semasa sedang berhenti disebuah persimpangan lampu isyarat di Cyberjaya, ketika pagi mahu pulang kerumah selepas kerja, tiba-tiba berhenti sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu. Selepas ku menoleh kearah kereta tersebut, pemandunya membuka tingkap. Seorang lelaki Cina mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta sambil melontarkan pertanyaan "Bagaimana mahu ke Hospital Putrajaya dari sini" dalam perkataan dialek bahasa Cina..

Lelaki Cina: Chong cheng.. piap piap... hiapp!! [Maaf, ku memang tak tahu langsung apa yang lelaki itu katakan semasa itu]
Ayah: Huh..!?
Lelaki Cina: Saya mau tau, macamana mau pergi Hospital Putrajaya..??
Ayah: Awak turun depan, exit depan Putrajaya. Hospital sebelah kiri.

Lelaki Cina itu bertanya lagi untuk kepastian sambil menunjukkan kearah simpang yang perlu dimasuk

Lelaki Cina: Oh!! ok ok.. turun sini aa..
Ayah: Yaa.. ya.. turun sini, nanti depan, naik kiri..

Lampu isyarat hijau.

Lelaki Cina: Oh!! ok.. Terima kasih aaa..

Lelaki Cina itu mengangkat tangan sambil berlalu..

Perkara ini yang paling menghantui ku sepanjang perjalanan, "muka ku ni ada muka Chinese man ke!!??"




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments