Pages

Thursday, October 15

Tamat Latihan



Malam kelmarin, kami mengadakan majlis makan makan dikedai sempena meraikan tamatnya latihan asas polis bantuan beberapa hari lepas. Latihan yang telah dilalui selama 6 bulan membabitkan 3 fasa iaitu
- Di Pulapol
- Pusat Latihan Malaysia Airport di Penang
- On-Job Training Di Airport Sepang [adik ku di LCCT masa latihan tu]

Hari ini, 15 October 2009, dia akan melapor diri dan seterusnya akan terus bertugas di Kuala Lumpur International Airport [KLIA]


Image ini diambil sehari sebelum hari raya... Adikku tak dapat beraya tahun ni sebab kena bertugas...

Ku rasa cukup gembira dengan pencapaian adik ku ni, mungkin naluri seorang abang tapi walaupun dia tidak punya rekod pencapaian akademi yang baik, masih mampu membuatkan ibu dan bapa merasa bangga dan senang hati. Bukan sahaja dia akan menjawat antara jawatan yang penting dalam negara [Mengawal keselamatan negara di sempadan antarabangsa... airport oleh consider sempadan antarabangsa yeaaa...] tapi dia telah menjadi pelatih terbaik kategori Kawad Terbaik dari keseluruhan 194 pelatih. Wow... memang hebat. Tak sesia masa sekolah masuk Kadet dan pengalaman masa PLKN pertama siri kedua dulu, dia sebagai ketua pelatun dan menolak untuk jadi ketua kepada semua ketua platun [ketua kem]...









Anda juga boleh baca laporan ringkas di akhbar Berita Hari, 13 Oktober 2009, bahagian Sentral muka 6. Malangnya, laporan tu tidak keluar dalam versi Internet.

Atau pergi ke website Malaysia Airports Holding Berhad [MAHB]

Untuk itu, harapan kami, hanya satu... Kerja dengan Ikhlas dan jaga etika kerja sebagai polis.

Syabas...

6 comments:

  1. woohoo...cantiknya gmbr atas sekali tu..

    ReplyDelete
  2. tu gambar dslr.. yang gambar tengah tu image dari phone je... huhu

    ReplyDelete
  3. heheh.. tahniah2 adik rizal. misti lar bangga sket kan.. bangga seorg abg ;)
    apsal ko kamu adik beradik lain yea? hihi..

    ReplyDelete
  4. yea Nora, semestinya bangga... kami adik beradik lain ke?? jarak umur 8 tahun mungkin menjadi penyebab kut..

    ReplyDelete
  5. alahai.. perkataan aku tertinggal.. rupa kamu berdua lain sgt. heheh.. ye lar, maybe sbb kamu sgt tua lar rizal. hahaha!

    ReplyDelete
  6. ya Nora... saya sudah hampir tua...!! ekeke

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks