Apa yang ku banyak baca dalam website, ramai kakitangan yang merungut tentang bonus. Mereka minta agar pihak kerajaan memberikan menaikkan elaun dan berikan bonus kepada mereka dengan alasan kos sara hidup...!! Hairan, orang lain yang bekerja di sektor swasta yang punya pendapat lebih kecil dari mereka pun tidak ramai merungut bahkan mereka bersyukur atas apa yang mereka miliki dan mereka sentiasa bekerja keras memperbaiki hidup. Dan yang penting, renung renungkan tentang apakah sumbangan kita sebelum kita meminta minta...!!
Ku ni 4 tahun, tak dapat bonus, gaji pun lebih kalau compare, penolong pegawai dalam penjawat awal lagi tinggi dari gaji ku, tapi dengan perancangan perbelanjaan yang teratur, segala masalah berkenaan kewangan pasti dapat diatasi. ku yakin, masalah kebanyakan penjawat awam yang meminta minta ini adalah kerana mereka tidak punya perancangan kewangan dan baik dan sistematik.
Apa yang perlu juga dilihat adalah pengawalan harga barangan yang consistent. Pada masa harga minyak naik mendadak dulu, semua harga barangan turut naik secara mendadak, sehingga kuih besar ibu jari pun dijual dengan harga RM0.50 sebiji di Pasar Ramadhan Putrajaya... Dan harga barang ini tidak pernah turun walaupun harga minyak sudah turun ke paras minimum RM1.80 seliter.
Semestinya, ramai orang ramailah komplainnya, tetapi itu semua normal... setiap kali belanjawan pasti ada yang berpuas hari dan ada yang tidak... dan pada pertama kali ku baca article belanjawan ni di surat kabar, terus terlintas dalam fikiran,
"Loh!! Sekeping kad plastic pun nak dicukaikan...!!??"
"perancangan kewangan dan baik dan sistematik."
ReplyDeleteko kena tulis pasal benda ni...benda yg takde dlm silibus sekolah menengah