Hari ini Shima MC, dan tak semena mena ku pun terpaksa turut EL kerana perlu untuk menghantarnya ke klinik untuk pemeriksaan... 2 hari lepas dia baru je MC kerana tak sihat dan selepas pergi kerja semalam, hari ini MC lagi...
Berlaku situasi pening pening, muntah muntah yang tak tau aaa apa yang keluar, tapi amir tetap tidur nyenyak walaupun kami kocoh kocoh bangun jam 5 am sebab perkara tersebut... oouupp...!! pening pening dan muntah muntah bukan kerana berbadan dua tapi putus ubat kata doctor. Ubat yang diberi doctor hari tu tidak dihabiskan dan perasaan rasa sihat semalam rupanya meleset hari ini...
Maaflah kepada rakan TL, kerana perlu cover tempat ku dan kesian staff jam 7am dan 8am yang terkontang kanting menunggu pemberi kerja yang tak muncul tiba... tapi kalau staff, ku tak rasa susah, mereka pandai cari sendiri... tapi kalau intern... lalala..
Oleh kerana menjaga orang sakit, ku terpaksa menurut perintah kepada permintaan pemintaan yang timbul dan request yang paling ku tak pernah nak buat adalah, "tolong masak bubur...". Huh..!! seumur hidup ku, tak pernah sekali pun ku bercita cita atau pun terlintas dalam fikiran untuk membuat bubur dan bubur mungkin masakan terakhir yang ku akan fikirkan seandainya kehabisan stok megi dalam gobok. Stok megi adalah sangat penting takkala keadaan darurat gaji bagi ku dan segelintir rakan rakan sekerja...!!
Oleh kerana tiada langsung pengalaman dan dengan eksyennya tak mahu bertanya, ku teruskan je dengan process memasak bubur. Bahan pun macam mudah je nak campur, ku potong ubi kentang secara dadu dan isi ayam pun ku potong dadu agar ia nampak sekata [tapi lepas masak, ayam tu dah tak bentuk dadu pula...] Bahan yang paling vital dalam masakan ni adalah beras. Ku tak pasti berapa banyak beras yang perlu digunakan dan dengan mengikut naluri, kuletakkan je ia sebanyak rasa...
Dengan nasihat ayahku, yang dari tadi memerhati, [Soalan pertama masa ku sedang racik racik kulit ubi kentang "Long, ko nak masak apa ni"...] periuk sederhana besar yang ku guna terpaksa digantikan ke periuk besar agar katanya, "ko masak tu kang tak cukup, melimpah lak bubur tu, dah masak kang beras tu kembang"... Oh!! iya ke...?? biasa selama ni ku masak nasi ok je, tak pernah melimpah ruah pun...!! Sambil bubur ditanak, ku pakat goreng ikan bilis sikit untuk penambah lauk [request gak ni sebenarnya...]
Selepas beberapa lama, ku terasa macam nak godek je bubur tu sebab nampak macam dan nak masak je dan air pun cam nak kering sikit... tapi...!! uihh...!! apasal berat ke isi kandungan bubur ku ni, adakah kerana ayam atau ubi kentang tu... tidak... rupanya, hampir bahagian bawah periuk tu dah hampir jadi nasi... Sebab tu bila ku ceduk je, beratnya lain macam... terpaksalah ku duduk depan mengadap periuk dan tiga kali juga aaa ku terpaksa tambah air untuk mendapatkan struktur bubur yang sepatutnya... Ekeke...
Bila bubur dah macam menampakkan structurnya, satu lagi dilemma timbul bila ku tak pasti pula berapa banyak garam, stok ayam dan sesame oil yang perlu ditambah... hasilnya, 1 kiub ayam larut dalam bubur tu setelah, letak sikit, rasa... letak sikit, rasa... lama lama, habis... lalala...!! nasib sesame oil letak sikit je, asal ada bau cam bubur mek di cukup aaa...!!
Bubur yang menjadi nasi...
skang ni bubur dah siap atas dapur, belum ada lagi orang usik, Shima pun sedang berehat dan tidur dan ku menantikan feedback dari siapa siapa yang makan kejap lagi... ku rasa laaa, mungkin ku antara orang orang yang berjaya menterbalikkan pepatah melayu yang sekian lama diterima pakai iaitu... nak buat camna "Bubur dah terjadi nasi"... fiieeewww...!!
Enam Jam Selepas Posting Ini
Kahkahkah... rupanya settle gak bubur yang ku buat tak jadi nih...!! mungkin penangan makan dengan ikan bilis garing yang ku masak se garing yang mampu.
Seperti biasa, ayah ku mengajukan soalan maut selepas dia merasa masakan ku... "Eh!! Long...!! ko nak masak nasi impit ke bubur...??"... gulp...!! ku cuma jawab bubur tak jadi je...!! "apa tak goreng ikan masin atas para tu...??"... ku memang dah nampak botol ikan tenggiri masin jeruk kat atas para dapur tu, tapi malas aaa... ni pun sedang bersiap nak pergi jamuan makan dirumah saudara kat Bangi...
Dah terbanyang satay dah ni... dan kepada semua, terima kasih kerana meluangkan masa membaca entry tak seberapa ni...!! Esok, ada mission lain... nak pergi exam PTD... masuk ni dah berapa kali tah ku pergi, kerjanya tak dapat dapat juga...!!
baru je aku nak ucapkan tahniah, nasib baik baca sampai habis..hehehe
ReplyDeleteKAH KAH KAH.. BELUM LAGI REQUEST MASAK LEMAK, ASAM PEDAS DLL!
ReplyDeletehohoho...baca 1st paragraf igt si amir nak dpt adik la, upernye kisah bubur jd nasi, aku kalu demam mmg nak bubur nasi tp xde la soh laki ku masak, tau mmg xkn jd bubur plak nnt.
ReplyDelete'bang, bubur ayam mc d 1 yer' ayar standard tiap kali demam melanda
muahahahaha! klako lar ko masak rizal. tp ade usaha ke arah tu, patut dipuji. cian kat shima x sihat. mmg lembik kalo dah kene muntah2. cepat sembuh yea ;)
ReplyDeletehahhaa, pak raja nie memang org yang sempoi dan serba buleh....
ReplyDeleteBen - patut ku sorokkan sebab sebab muntah tu kat perenggan lain... baru lagi thrill kut...
ReplyDeleteYan - Masak lomak den serender...!!
Nurul - bukan tak leh nak beli tapi dah wife ku ni nak rasa bubur yang ku buat, jeng.. jeng... jadi camtu aaa...!!
Nora - terima kasih
Nan - ko jangan puji lebih, tak tidur malam ku fikirkannya... [tapi memang ku kerja malam minggu ni... ekekkee!!]
Alaa..masak bubur pun nk kecoh. kikiki..sajaje suruh Mr Rizal masak drpd dia dok goyang kaki layan psp ...haha
ReplyDeletehehehe. tu la jgn anggap masak bubur tu sesenang yg mudah. skali mujur x jadi nasik impit heuheuheuheu
ReplyDelete