KUALA LUMPUR 19 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara masih lagi mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga 'tidak masuk akal' bagi tahun 2008. Antaranya, laporan itu mengesan pembekalan dua unit komputer riba yang harga pasaran hanya RM9,000 tetapi dibeli pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk kegunaan makmal di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau, Pulau Pinang pada harga RM84,640.
Kolej itu juga dibekalkan sebanyak 15 unit pencetak laser jenama Hewlet Packard P3005X pada harga RM7,722 seunit berbanding harga pasaran RM5,000 seunit. "Jumlah yang dibayar oleh Mara adalah RM40,830 lebih tinggi daripada harga pasaran," menurut laporan itu.
sumber: hentam arkib: 20/10/2009 sini
Adoi haaii... apa sudah jadi!! berita terbaru yang mengejutkan selepas kejadian pembelian screw drive yang dulunya pernah menggemparkan kita. Tapi jumlah kali ini lebih tidak masuk akal...
Mampukah sebuah laptop boleh mencecah harga hingga RM42k sebuah... dan lebih membuatkan ku tak puas hati bila harga sebiji laptop tu berharga lebih dari kereta milikku sekarang...!! kereta ku pun harga baru RM39k...
Ku sangat hairan, bagaimana perkara ini boleh berlaku...!!?? Apa yang telah personel procument yang kendalikan transaksi ni lakukan...?? Corruption...?? Fraud...?? Apakah specifikasi yang ada dalam laptop tu sehingga harganya mencecah RM42k sebuah...??
Rakan rakan ku mentafsirkan, pasti personel yang terlibat telah merancang dengan pembekal berkenaan harga ini dan selepas pembekal menerima wang, dan wang keuntungan itu dibahagikan antara mereka. Ada juga yang mentafsir, pasti pembekal yang terlibat adalah dari kalangan saudara personel tersebut dan sebab itu negotiation mudah dilakukan...!!
Dan kemudian, adakah pihak kewangan yang mengeluarkan pembayaran tidak ambil tahu langsung tentang perkara ini...?? tidakkan mereka punya "sense of common" setelah melihat pembayaran 2 unit laptop ini mencecah hampir RM42k sebuah... Ku masih tak boleh terima tentang ini...!! atau mereka juga menerima sedikit habuan kerana membantu... mungkin ya mungkin tidak...
Dimana integriti yang selalu dilaungkan oleh penjawat awam atau hanya Pak Lah sahaja yang sibuk mengangkat perkara ini sedangkan penjawat awam yang lain tidak mengambil peduli... Maaf, mungkin bahasa ini kasar tetapi bila perkara begini selalu berlaku, rakyat akan memandang ini sebagai perkara yang besar...!! kenapa?? perbelanjaan kerajaan adalah dari wang rakyat. jadi sudah pasti rakyat mahukan ianya digunakan dengan lebih baik dari ia dibazirkan tak tentu hala...
Kredibiliti pihak pentadbiran diukur dari kredibiliti orang orang yang mentadbir. janganlah Kerana nila setitik, rosak susu sebelangan [macam En. Karam Singh Walia pula dah...!!] Mereka perlu berubah...!! Jangan rasa terlalu selesa kerana akibatnya nanti mereka yang rasa... Ku sangat "eager" untuk mengetahui, apakah kenyataan yang pihak MARA akan berikan terhadap isu ini... Adakah kenyataan mereka boleh diterima akal dan dilaporkan di media massa atau campur tangan pihak tertentu yang sudah pastinya isu ini akan lenyap begitu sahaja...!! Tungguu...
Dan ini satu lagi hal yang tak boleh diterima akal... Minyak petrol RM300 seliter!. Bacalah, ku tak larat nak komen lagi... persoalannya, bagaimana penjawat awam boleh membuat tuntutan elaun minyak antara RM100 hingga RM300 seliter...!!
Ku hairan orang kita sekarang... Makanan dicampur babi, haram, wang haram tepi, halal...!! aduss... [adakah ku akan disiasat dengan kenyataan ku ini... ku takut takut berani je nak publish benda ni... Tapi sebagai pengundi, ku perlu bersuara...]
Oh yea.. satu lagi... korang dah start bayar ke loan PTPTN, kalau tak bayar, kena blacklist, interest bertambah dan tak boleh keluar dari Malaysia...!!
ooo..klau dlm The Star diorg ada abg reason yg RM42k tu sbnrnye jmlah pembelian utk beberapa laptop yg telah dibeli. Lebih kurg cmtu la bunyinya..
ReplyDeleteItu kata mereka...hehe
macam tu la caranya nak cepat kaya, kalo kita kata bengap, cepat je nak marahnya, hakikatnya memang bengap, kan besar bezanya 9k ngan 84k...matematik mudah je takkan kene ajar gak kan..tu la..aku jadi curious patutla malaysia masih ramai orang miskin..
ReplyDeleteyaaa.. betul...!! memang kita faham situasi untuk cepat kaya tapi, mereka tak sedarkah tentang perlakuan mereka...!! harapannya ia akan menjadi pengajaran pada orang lain...
ReplyDelete