KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Source: 16 Sept. Hari Malaysia cuti umum [utusan]
Other Source: Cuti 16 Sept Sempena Hari Malaysia Disambut Baik [bernama]
Satu lagi cuti umum diishtiharkan kerajaan, 16 september sempena memperingati sejarah penubuhan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 yang menggabungkan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Mengikut sejarah, penubuhan persekutuan Malaysian mendapat bantahan Filipina dan bangkangan hebat dari Indonesia. Konfrontasi ini mencetuskan slogan "Ganyang Malaysia" yang kita sedia maklum masih diguna pakai hingga hari ini... Ok, Selebihnya, korang cari sendiri, ku pun bukan pandai sangat sejarah ni, SPM pun sejarah tak masuk sijil jadi tak perlu laa ku nak cerita panjang-panjang...
Tapi apa yang best untuk diceritakan adalah tentang cuti... cuti umum, setelah dicampur tolak, cuti umum untuk tahun hadapan, 2010 seluruh Malaysia adalah sebanyak 18 hari termasuk cuti 16 September yang baru diumum. Berikut adalah senarai cuti yang terlibat:
Jan 01 Tahun Baru
Jan 30 Thaipusam
Feb 14 Tahun Baru Cina [hari 1]
Feb 15 Tahun Baru Cina [hari 2]
Feb 26 Maulidur Rasul
May 01 Hari Pekerja
May 28 Hari Wesak
Jun 05 Hari Keputeraan Agong
Aug 27 Nuzul Al-Quran
Aug 31 Hari Kebangsaan
Sep 10 Hari Raya Puasa [hari 1]
Sep 11 Hari Raya Puasa [hari 2]
Sep 16 Hari Malaysia [baru masuk list]
Nov 05 Hari Deepavali
Nov 17 Hari Raya Qurban [hari 1]
Nov 18 Hari Raya Qurban [hari 2]
Dec 07 Awal Muharam (Maal Hijrah)
Dec 11 Hari Keputeraan Sultan Selangor [merujuk pada ku yang bekerja diselangor]
Dec 25 Hari krismas
Ahha... semakin banyak la PH [public holiday] list dalam kalenda jadual kerja ku nanti, dan semakin pening laaa CEO syarikat nak bayar gaji kami... ekekeke
Jadi, anda boleh aaa ambil list diatas sebagai rujukan mana tau nak plan bercuti atau apa apa aktiviti, almaklum, tahun 2009 sudah hanpir di penghujung...
Ya saru lagi, masih ingatkah lagi anda pada AZAM yang telah dilafazkan pada awal tahun lalu...?? adakah ianya sudah terlaksana atau hampir terlaksana atau tak nampak langsung ianya akan terlaksana... huhu...
Terima kasih kerana anda sudi membaca...
**Terima kasih kepada anonymous, ku pun tak perasan 10hb bersamaan tahun baru...!!
TAHUN BARU JANUARI 10 HARIBULAN KE?
ReplyDeleteBKN 1 HARIBULAN X, MISTAKE TU