Pages

Tuesday, February 23

Kisah Punch Card

Okay... kali ni ku post sumber dari email yang ku terima lama dulu. Terima kasih yea kepada Ashraf, sekurang-kurangnya ia menjadi pengajaran kepada orang orang yang membacanya termasuk laa ku sendiri. Memang ramai yang kurang setuju dan ramai juga yang rasa ia mampu mewujudkan disiplin [ini adalah sebab utama Dr. Mahathir memperkenalkan sistem ini] tetapi dalam ramai itu, ada juga yang cuba memanipulasikannya. Baca la dan jadikan ia satu pengajaran... selamat membaca...!!

Subject: Kisah Punch Card - MESTI BACA!!

PUNCH CARD --- korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis..

TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..

Kawan aku -- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje... then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so smpi skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah..

kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume..

jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. .. tapi org yg idup.. mcm keluarga kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?.. jangan la main kuar suka2 ati je..

p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm tuh lg.. sbb sebelom ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat lawat arwah sebelum dikebumikan. . terasa macam.. ish ape yg dah aku buat.. rasa bersyukur sangat sbb sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat ngan pape accident dan org yg aku tlg tuh selamat sampai.. kalo aku pon kena mcm tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi...

++ Article ini tidak diubah/non-edited [diambil bulat bulat dari email] dan ia adalah masih dari format yang asal.

Read More! and Comments

Tuesday, February 16

Anda Pilih Radio Mana...!?

Satu masa dulu, tak dulu sangat tapi adalah dalam awal bulan lepas ku terbaca keluhan pendengar radio Malaysia yang menyebut tentang kecenderungan radio radio popular Malaysia untuk memutarkan lagu lagu retro sebagai santapan pendengar. Masa itu, ku hanya baca dan tak ambil pusing sangat tentang itu sehingga pada masa sekarang, tak sekarang sangat ada dalam satu atau dua hari lepas, ku terbaca tentang perkara yang sama, keluhan sama pembaca sebuah surat kabar popular Malaysia yang meluahkan rasa tidak kepuasanan hati pada radio radio popular Malaysia memutarkan lagu lagu retro sebagai santapan pendengar.

Ku tidak berapa mendengar radio radio popular Malaysia yang kita sedia maklum sibuk mengejar rating hingga lupa tentang dimana bumi dipijak [kadang ku terpaksa dengar sekiranya radio umum dipasangkan di ofis]... Maksud yang lebih jelas, mereka sibuk dan kerap memutar dan mempromosi lagu lagu luar berbanding lagu dari penyanyi atau band tempatan. Dari sebab itulah, ku hanya mendengar dua stesen radio iaitu Sinar FM pada waktu pagi dan XFM pada waktu waktu selepas pagi hingga ke malam. Radio bahasa Inggeris lagilah tak dengar.

Orang ada kata, Sinar FM untuk didengar oleh orang tua dan XFM untuk budak budak sekolah atau orang orang belum baligh. Tapi mereka punya hala tuju penyiaran yang sangat nyata dan kuat. Sinar FM punya fungsi untuk memutarkan lagu lagu lama dan XFM berfungsi dalam mengangkat martabat muzik dan pemuzik muda dan bebas tempatan yang kita tahu tidak punya peluang untuk diketengahkan di radio radio lain.

Lain pula dengan radio radio popular yang sibuk mengejar rating nombor satu, paling popular dan sebagainya satu. Tapi tiada hala tuju, caca marba [Caca Raja Lawak pun buat lawak lagi Real...!!] Mereka menolak untuk memutarkan lagu lagu dari artis tempatan yang baru, yang tidak terkenal atas alasan, mereka tidak punya kualiti tapi dalam masa sama, mereka sibuk berulang kali memutarkan lagu dari kumpulan anak kecil yang sama tidak pernah dikenali sehingga mereka dibawa kesini walau pendengar hanya tau lagu superman tu sahaja...!! Yang pasti, radio radio popular ini akan melakukan apa sahaja untuk mereka mendapatkan rating nombor satu dan salah satu langkah mereka sekarang, memutarkan lagu lagu retro. Kenapa!!? Mereka sudah goyang akan peningkatan pendengar pada radio yang berkonsepkan retro dan kalau ada wartawan yang bertanya nanti, jawapan scepticalnya adalah, "ia pilihan pendengar..."

Ada sesiapa yang sempat ikuti 100 Rock di Sinar... Gila... banyak lagu lama zaman sekolah dulu yang dah lama tak dengar keluar semula dan terimbau kenangan lama bila dengar. Ia aaa, masa penghujung zaman rock kapak tu, zaman ku sekolah, zaman start jamming [dulu start dengan drum, masa tingkatan 2 dan end up, front line...!! yeazzz...] Masa ni, rancangan radio paling popular adalah, "Pilihan Bersama" di radio KLFM... Masa tu, sanggup berjam jam depan radio [masa tu mak ku beli radio minicompo jenama JVC] dengan cassette kosong demi untuk record lagu favorite. Itu dulu, skang, orang download je... huhu...!! Teknologi...!!

Rasa macam ku dah merapu je. Penulisan yang tak tetap, tiada hala tuju. Tapi, lantak laa... Mungkin ada yang setuju tentang apa yang ditulis dan ada yang tidak berapa setuju, tapi itulah idea ku yang ada sekarang. Ikut ada lagi ni [tu belum masuk bab iklan lagi ni atau pun lagu yang dipotong hingga menggangu feel...], tapi tak bolehlah terlalu panjang, nanti korang macam baca cerpen pula. Kalau nak baca cerpen, pergi cari dalam surat kabar...

Kat opis ku ni pun sedang pasang radio popular nombor satu Malaysia, dan dari tadi banyaknya ku dengar lagu popular Indonesia dari lagu lagu popular Malaysia...!!

;-)

Read More! and Comments

Monday, February 8

Saya sokong Pengadil Malaysia


Although our football team still cant achieve the World Cup level, Subkhiddin Mohd Salleh selection as one of the 30 referees to adjudicate major championship matches at this coming World Cup should be proud of.

World Cup will be held in South Africa and kick off began on June 11 2010. Opening match will hosted by home team against Mexico and what is the most awaited, the match refereed by Malaysia [game?? not sure yet...]

Syabas... Saya sokong Pengadil Malaysia...

----------------------------------

Four Asian referee trios appointed for FWC

The FIFA Referees Committee met on Friday to announce the appointments. A total of 30 referees representing 28 different countries will be in action for the world showcase of football.

The group of 30 trios of referees selected will participate in a training seminar next month.

In May, a final assessment will be conducted and a decision made regarding the acting and support referees prior to the first match appointments being made for the 2010 FIFA World Cup South Africa.

Read More! and Comments

Sunday, February 7

Saya Kalah Dengan Sunita...



Seperti posting saya yang terdahulu, acara Putrajaya Night Marathon 2010 yang berlangsung malam tadi, Sabtu, February 06 2010 menjadi acara paling dinanti bulan ini. Dan semangat untuk berlari juga sangat berada dipuncak walaupun pada sebelah paginya saya perlu berada 8 jam di office atas tuntutan kerja. Hanya tiga sahaja wakil dari p2i setelah ashraf terpaksa menarik diri pada saat akhir atas masalah kesihatan.

Acara kami, larian 7.7km dilepaskan pada jam 9pm dan bilangan peserta sungguh menakjubkan. saya, Calvin, Jackie, Sunita dan dua rakannya bersedia dari pertengahan gerombolan peserta. Shima dan Amir ku tinggalkan ditepi kerana mereka tidak memasuki acara walaupun pada awalannya Shima akan berlari bersama Dayah, Nasiah dan berkemungkinan Lob dan Ima, tapi, keempat empat yang disebutkan tadi juga menarik diri atas sebab sebab peribadi dan keluarga.

Larian ku sangat consistent pada 2Km pertama, dan pada mungkin kilometer pertama, Calvin dan Jackie sudah hilang dari pandangan. Pada pendakian pertama, jambatan sebelum sampai ke PICC, memang selamba je larian ku lagipun selepas jambatan, ada air...!! ku rembat 2 gelas.

Larian diteruskan hingga simpang masuk kekanan di PICC yang mengejutkan. Sampai sini, segala larian, segala semangat dan segala tenaga hilang. Perkara pertama yang ku fikirkan masa tu adalah "Gila, Tingginya Bukit..." Dengan latihan larian yang dilakukan hanya 2 hari, masakan ku dapat menempuh dakian yang macam tu. Larian petang2 pun hanya mendatar je.

Dari bawah sampai keatas, memang berjalan aje walau ada sikit2 larian kononnya nak cover amoi cun potong selamba... larian menurun bukit memang best, masa ni tak tau aa dah kilometer keberapa, tapi memang laju sikit aaa dari larian mendatar yang kemudiannya, kami perlu melencong ke belah kanan untuk minuman yang kedua. Disini aa ku berjumpa dengan Sunita. Pada mula, kami berlari beriringan sehingga panjatan terakhir pada jambatan pertama tadi yang menjarakkan jarak ku ngan dia. Ku berenti, tapi dia terus berlari anak... jarak kami semakin lama semakin jauh, hingga kelibat dia hilang dalam keramaian... Syabas...

2 Km terakir, memang tenaga habis, lutut dan angkle kaki kanan rasa macam nak tercabut, Kaki kanan rasa tak selesa, kedua tangan terasa kebas. Takkala ni, walaupun badan masih mampu, kepala otak kata 'sudah'... mula aa teringatkan isteri dan anak di garisan penamat, ianya perasaan seperti seorang askar yang berjuang dimedan perang yang sedang berdepan dengan musuh. Dan apa yang diharapkan, askar itu akan pulang dengan selamat dan membanggakan seluruh isi keluarga.. Ya!! begitulah perasaannya...!!

Sehingga kilometer terakhir, selepas susur masuk ke kiri, memang jelas nampak garisan penamat dan kedengaran bunyi koir yang memainkan lagu pembangkit semangat. Ramai juga Paparazzi yang kelihatan yang sibuk snap gambar gadis gadis dan amoi yang kepenatan. Hairan, saya tak jelous tapi seperti tiada ethic bila mereka lebih tertumpu pada gadis dan amoi. Oh!! rasanya, kebanyakan jurukamera sekarang lebih kepada arah begitu.

Ku berjaya menghabiskan 7.7km dama masa 1 jam 10 min [estimated] dan pertemuan dengan isteri dan anak yang menunggu memeng menggebirakan. Sempat bergambar sekeping dua, bergambar bersama Calvin sebelum beberapa minit selepas itu, tersedar, sijil larian yang ku peroleh telah dicicirkan oleh Shima ntah mana mana. Sijil hilang, mood pun hilang, dari nak pergi restaurant makan, ku hanya decided untuk singgah beli burger ditepi jalan. Ikutkan, isi kandungan sijil tu pun ku tak sempat baca. Ku tak marah pun, dah takde rezeki, kerana yang pentingnya, ku dapat mencabar mental dan fizikal sendiri dalam menghabiskan cabaran 7.7km walaupn ada terfikir, "BALIK NAIK AMBULAN PUN KACIP NIH...!!"

Read More! and Comments

Friday, February 5

Oh!! My Dinner

As the most recent post, Busy is the subject of why i'm not post any new update. No time for typing even though i've got many stories and events happen in a few weeks past...

So, the simplest i can post today is story about dinner...



See image below ...






Nasi Goreng Morocco
Nasi Goreng Franch
Nasi Sharifah
Warm water
Blended Mocha
Blended Chocolate
All for RM33.20

Interestingly, fried rice has giving us a biggest shock. See the image, Nasi Goreng was served with Chicken Chop, something that we didn't expect while making an order [no intention to ask actually...], We just order and hoping that the food will satisfy us. Thanks God, Alhamdulillah, the food delighted us...

[Free Promotion] They have a lot of selection of food and if you are searching for place to dine with family or bringing your 'orang kampung', this restaurant should be suitable. Go to Section Seven in Bandar Baru Bangi and look for Restaurant Sharifah [or Syarifah - not sure the spelling]...

------------------------------------

[Announcement] Theres new restaurant will be open this Monday, January 8, 2010. It name is Restaurant RMF Family Dine. It situated in section nine Bandar Baru bangi [Behind Ambank Islamic Bank and beside JM Briani...] If you have time, please stop by. I will give my thought later when i come and dine in there.



Read More! and Comments

Monday, February 1

Sibuk Macam Menteri

Dari 21 jan: Kerja 2 hari, kemudian apply Half Day untuk ke Melaka, kemudian, esoknya kerja dua hari, cuti satu hari, kerja 5 hari dan hari terakhir January cuti 1 hari. Pada Jan 27 Amir start dijangkiti sakit mata dan matanya sekarang sudah beransur pulih

Masuk bulan dua: kerja 4 hari, cuti 1 hari, kemudian kerja 1 hari pada 6 Feb dan cuti sehari pada keesokan hari dan terus kena masuk 4 hari kerja sebelum cuti panjang selama 4 hari pada Chinese New Year...!!

Jan 23 - Halfday untuk BBQ di D'Nelayan Beach Resort, Kg. Tuang Melaka
Feb 06 - Night Marathon Putrajaya [check category]

Dan ku mengambil beberapa hari untuk menyiapkan karangan yang tak seberapa ni...

Read More! and Comments