Pages

Sunday, February 7

Saya Kalah Dengan Sunita...



Seperti posting saya yang terdahulu, acara Putrajaya Night Marathon 2010 yang berlangsung malam tadi, Sabtu, February 06 2010 menjadi acara paling dinanti bulan ini. Dan semangat untuk berlari juga sangat berada dipuncak walaupun pada sebelah paginya saya perlu berada 8 jam di office atas tuntutan kerja. Hanya tiga sahaja wakil dari p2i setelah ashraf terpaksa menarik diri pada saat akhir atas masalah kesihatan.

Acara kami, larian 7.7km dilepaskan pada jam 9pm dan bilangan peserta sungguh menakjubkan. saya, Calvin, Jackie, Sunita dan dua rakannya bersedia dari pertengahan gerombolan peserta. Shima dan Amir ku tinggalkan ditepi kerana mereka tidak memasuki acara walaupun pada awalannya Shima akan berlari bersama Dayah, Nasiah dan berkemungkinan Lob dan Ima, tapi, keempat empat yang disebutkan tadi juga menarik diri atas sebab sebab peribadi dan keluarga.

Larian ku sangat consistent pada 2Km pertama, dan pada mungkin kilometer pertama, Calvin dan Jackie sudah hilang dari pandangan. Pada pendakian pertama, jambatan sebelum sampai ke PICC, memang selamba je larian ku lagipun selepas jambatan, ada air...!! ku rembat 2 gelas.

Larian diteruskan hingga simpang masuk kekanan di PICC yang mengejutkan. Sampai sini, segala larian, segala semangat dan segala tenaga hilang. Perkara pertama yang ku fikirkan masa tu adalah "Gila, Tingginya Bukit..." Dengan latihan larian yang dilakukan hanya 2 hari, masakan ku dapat menempuh dakian yang macam tu. Larian petang2 pun hanya mendatar je.

Dari bawah sampai keatas, memang berjalan aje walau ada sikit2 larian kononnya nak cover amoi cun potong selamba... larian menurun bukit memang best, masa ni tak tau aa dah kilometer keberapa, tapi memang laju sikit aaa dari larian mendatar yang kemudiannya, kami perlu melencong ke belah kanan untuk minuman yang kedua. Disini aa ku berjumpa dengan Sunita. Pada mula, kami berlari beriringan sehingga panjatan terakhir pada jambatan pertama tadi yang menjarakkan jarak ku ngan dia. Ku berenti, tapi dia terus berlari anak... jarak kami semakin lama semakin jauh, hingga kelibat dia hilang dalam keramaian... Syabas...

2 Km terakir, memang tenaga habis, lutut dan angkle kaki kanan rasa macam nak tercabut, Kaki kanan rasa tak selesa, kedua tangan terasa kebas. Takkala ni, walaupun badan masih mampu, kepala otak kata 'sudah'... mula aa teringatkan isteri dan anak di garisan penamat, ianya perasaan seperti seorang askar yang berjuang dimedan perang yang sedang berdepan dengan musuh. Dan apa yang diharapkan, askar itu akan pulang dengan selamat dan membanggakan seluruh isi keluarga.. Ya!! begitulah perasaannya...!!

Sehingga kilometer terakhir, selepas susur masuk ke kiri, memang jelas nampak garisan penamat dan kedengaran bunyi koir yang memainkan lagu pembangkit semangat. Ramai juga Paparazzi yang kelihatan yang sibuk snap gambar gadis gadis dan amoi yang kepenatan. Hairan, saya tak jelous tapi seperti tiada ethic bila mereka lebih tertumpu pada gadis dan amoi. Oh!! rasanya, kebanyakan jurukamera sekarang lebih kepada arah begitu.

Ku berjaya menghabiskan 7.7km dama masa 1 jam 10 min [estimated] dan pertemuan dengan isteri dan anak yang menunggu memeng menggebirakan. Sempat bergambar sekeping dua, bergambar bersama Calvin sebelum beberapa minit selepas itu, tersedar, sijil larian yang ku peroleh telah dicicirkan oleh Shima ntah mana mana. Sijil hilang, mood pun hilang, dari nak pergi restaurant makan, ku hanya decided untuk singgah beli burger ditepi jalan. Ikutkan, isi kandungan sijil tu pun ku tak sempat baca. Ku tak marah pun, dah takde rezeki, kerana yang pentingnya, ku dapat mencabar mental dan fizikal sendiri dalam menghabiskan cabaran 7.7km walaupn ada terfikir, "BALIK NAIK AMBULAN PUN KACIP NIH...!!"

9 comments:

  1. Anonymous7/2/10 18:48

    Pehhhh 10 km.... Pastu ko gi timbang x berat badan... Brpa kg turunnnn?

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/2/10 18:50

    Eh pembetulannn 7.7 km... Huhuhu - makyong !

    ReplyDelete
  3. yong.. 7.7km pun macam dah satu penyiksaan...

    calvin.. 10km is still under consideration...

    ReplyDelete
  4. Anonymous8/2/10 06:15

    wehhh, laju sgt ke aku pecut! hahahaha... title menarik betul ;p

    ReplyDelete
  5. perghh.. ayat yang 'terbayangkan anak isteri kat garis penamat' tu aku teringat pulak dengan cerita RUN FAT BOY RUN. tapi untuk versi kau, jadi RUN TALL MAN RUN.
    Apapun, syabas dehh..

    ReplyDelete
  6. syabas! yg penting kepuasan dlm ape yg ko buat :)

    ReplyDelete
  7. hahaha! mana pi pendaftar2 yang len?? haha! nway tahniah2!!

    ReplyDelete
  8. anonymous@sunita anda memang pelari yang punya kelajuan...
    yan betul aa... masa badan letih mental berkecamuk, 'terfikir, betul ke apa yang ku buat hari ni...'
    cik daisy puas memang puas, jom, calvin dah ajak cyberjaya energizer run, min 10km...
    isha pendaftar lain punya komitment lain yang lebih penting...

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks