Pages

Tuesday, February 16

Anda Pilih Radio Mana...!?

Satu masa dulu, tak dulu sangat tapi adalah dalam awal bulan lepas ku terbaca keluhan pendengar radio Malaysia yang menyebut tentang kecenderungan radio radio popular Malaysia untuk memutarkan lagu lagu retro sebagai santapan pendengar. Masa itu, ku hanya baca dan tak ambil pusing sangat tentang itu sehingga pada masa sekarang, tak sekarang sangat ada dalam satu atau dua hari lepas, ku terbaca tentang perkara yang sama, keluhan sama pembaca sebuah surat kabar popular Malaysia yang meluahkan rasa tidak kepuasanan hati pada radio radio popular Malaysia memutarkan lagu lagu retro sebagai santapan pendengar.

Ku tidak berapa mendengar radio radio popular Malaysia yang kita sedia maklum sibuk mengejar rating hingga lupa tentang dimana bumi dipijak [kadang ku terpaksa dengar sekiranya radio umum dipasangkan di ofis]... Maksud yang lebih jelas, mereka sibuk dan kerap memutar dan mempromosi lagu lagu luar berbanding lagu dari penyanyi atau band tempatan. Dari sebab itulah, ku hanya mendengar dua stesen radio iaitu Sinar FM pada waktu pagi dan XFM pada waktu waktu selepas pagi hingga ke malam. Radio bahasa Inggeris lagilah tak dengar.

Orang ada kata, Sinar FM untuk didengar oleh orang tua dan XFM untuk budak budak sekolah atau orang orang belum baligh. Tapi mereka punya hala tuju penyiaran yang sangat nyata dan kuat. Sinar FM punya fungsi untuk memutarkan lagu lagu lama dan XFM berfungsi dalam mengangkat martabat muzik dan pemuzik muda dan bebas tempatan yang kita tahu tidak punya peluang untuk diketengahkan di radio radio lain.

Lain pula dengan radio radio popular yang sibuk mengejar rating nombor satu, paling popular dan sebagainya satu. Tapi tiada hala tuju, caca marba [Caca Raja Lawak pun buat lawak lagi Real...!!] Mereka menolak untuk memutarkan lagu lagu dari artis tempatan yang baru, yang tidak terkenal atas alasan, mereka tidak punya kualiti tapi dalam masa sama, mereka sibuk berulang kali memutarkan lagu dari kumpulan anak kecil yang sama tidak pernah dikenali sehingga mereka dibawa kesini walau pendengar hanya tau lagu superman tu sahaja...!! Yang pasti, radio radio popular ini akan melakukan apa sahaja untuk mereka mendapatkan rating nombor satu dan salah satu langkah mereka sekarang, memutarkan lagu lagu retro. Kenapa!!? Mereka sudah goyang akan peningkatan pendengar pada radio yang berkonsepkan retro dan kalau ada wartawan yang bertanya nanti, jawapan scepticalnya adalah, "ia pilihan pendengar..."

Ada sesiapa yang sempat ikuti 100 Rock di Sinar... Gila... banyak lagu lama zaman sekolah dulu yang dah lama tak dengar keluar semula dan terimbau kenangan lama bila dengar. Ia aaa, masa penghujung zaman rock kapak tu, zaman ku sekolah, zaman start jamming [dulu start dengan drum, masa tingkatan 2 dan end up, front line...!! yeazzz...] Masa ni, rancangan radio paling popular adalah, "Pilihan Bersama" di radio KLFM... Masa tu, sanggup berjam jam depan radio [masa tu mak ku beli radio minicompo jenama JVC] dengan cassette kosong demi untuk record lagu favorite. Itu dulu, skang, orang download je... huhu...!! Teknologi...!!

Rasa macam ku dah merapu je. Penulisan yang tak tetap, tiada hala tuju. Tapi, lantak laa... Mungkin ada yang setuju tentang apa yang ditulis dan ada yang tidak berapa setuju, tapi itulah idea ku yang ada sekarang. Ikut ada lagi ni [tu belum masuk bab iklan lagi ni atau pun lagu yang dipotong hingga menggangu feel...], tapi tak bolehlah terlalu panjang, nanti korang macam baca cerpen pula. Kalau nak baca cerpen, pergi cari dalam surat kabar...

Kat opis ku ni pun sedang pasang radio popular nombor satu Malaysia, dan dari tadi banyaknya ku dengar lagu popular Indonesia dari lagu lagu popular Malaysia...!!

;-)

6 comments:

  1. gua memang dari dulu folo sinar...dpt2 plak skang ni ada abg jem...mmg 'i folo' aaa hehehe

    ReplyDelete
  2. aku suka:

    1. Sinar FM
    2. Klasik Nasional
    3. Radio ITM 93.6
    4. Radio Malaysia Perak
    5. Lite n Easy
    6. IKIM FM

    ReplyDelete
  3. aku dah lama tak dengar radio..lagi2 semenjak radio dgn acc. manager tak ngam..haha

    ReplyDelete
  4. bogus... bagus...!!
    nan.. banyak tul radio ko dengar..
    Arda... ku sarankan, ko masuk kerja malam sesekali, sure boleh dengar radio sepanjang shift...

    ++Tak leh lupa aaa kejadian acc. manager muncul pagi sabtu takkala radio Din sedang kuat berkumandang... ketar satu badan...

    ReplyDelete
  5. aku dah tua.. aku layan sinar. tingat zaman2 skolah rock kapak dulu. hehe!

    ReplyDelete
  6. Layan pelbagai Radio Malaysia Online sama anda Frekuensi Radio @ Underground Radio hanya di XY RADIO ONLINE

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks