Huh!!? Sumaiyah...
perkara pertama yang bermain dalam fikiran ku adalah anak buah yang baru berusia 3 bulan... Sumayya...
Adakah ku seorang kawan yang tak ttuuuttt [censored atas sebab sebab keselamatan] kerana telah melupakan kawan lama tetapi ianya bukan menjadi salah ku, jarak masa sekolah sehingga sekarang adalah sesuatu yang teramat lama...!! hampir 13 tahun...!! mungkin ku akan ingat semula kalau jikalau ku melihat semula gambar gambar sekolah lama...!!
Sebagai menjawab pertanyaan, yaa... ada juga ku berjumpa ngan xbebudak 5p2 dahulu walau hakikatnya, selepas sekolah, ku lebih banyak bergaul dengan klik yang terbentuk dari zaman persekolah lagi...!! Yus, Cikam, urin dan Picang memang selalu aaa jumpa termasuk Dr. Syawal, Halim [dah fly ke Australia], Amat Faizal, Enjol, Khafif... eerrkk!! mereka semua tu bebudak kelas sains... ekeke!!
Last ku jumpa Zahid [pelajar yang kira top pandai dalam kelas] adalah beberapa tahun lepas masa kami berkumpul untuk cari staff ajk reunion, tapi atas sebab habitat yang jauh dari kawasan berkumpul, kami relakan dia untuk keluar dari hitlist ajk dan hingga sekarang tidak lagi berjumpa dengan dia, almaklum, reunion tu pun tak berapa nak jadi...
kawan kawan perempuan sekelas 5p2 memang tak pernah nak jumpa... nadia yang rumah mak dia belakang umah mak ku pun memang tak pernah nak jumpa... mungkin dia tak duduk situ lepas dia kawin...!!? sama laa gak ngan kawan nadia tu, siot... tak ingat nama, yang bapa dia kontraktor pakai merc biru menjalar depan umah ku... tu pun dah tak pernah nampak, mungkin dia pun dah tak duduk kat umah mak ayah dia selepas kawin atau dia tak pernah keluar rumah walaupun tiap tiap hari ku bawa anak ku round round makan angin lepas amik dia dari rumah pengasuh...!!
Zool Fazlee, ingat tak dia ni...!!? tak sengaja terjumpa dia beberapa tahun lepas masa kami sama sama amik exam ptd kat bangunan ufo atau kerajaan namakan sebagai PICC... masa tu dia kerja di bank muamalat tapi sekarang, ntah!! Ajeetpal Singh...!! rakan sebelah bangku ku... ni lagi hampeh!! bersusah payah ku beriya iya berhentikan kereta, cari park sesuai tepi jalan semata nak p tegur dia yang sedang mendail telefon pacak telekom, apa yang ku dapat hanyalah... dia tak layan langsung...!! lepas dari tu... bubbye...!!
Shashi de Don...!! ingat...? Shashi Kumar yang selalu ajak ku lepak kat gerai capati ayah dia masa zaman sekolah dulu... dari gerai kecil sampai ke gerai yang lebih teratur, situlah tempat ku makan tak kala mengidam roti canai kuah kari ikan... tapi dia tak meneruskan legacy ayahnya kerana dia punya cita cita sendiri...
fikir jap...
masa kat sekolah siapa duduk belakang ku ekk...!! tik tok.. tik tok... teeettt...!! tak ingat langsung...!!
ok... yang duduk depan memang ku ingat sangat... sepasang merpati sejoli...!! lalala... tapi lelaki dan lelaki...!! pasangan ni selalu menjadi mangsa sumber maklumat kerja sekolah yang selalu ku copy setiap pagi sebelum loceng pertama sekolah berbunyi...!! cakap aaa subject apa yang ku tak pernah tiru... prinsip akaun, matematik [sebelum gerak gempur, ku tak pandai], perdagangan, sejarah dan beberapa lagi...!! tapi mereka ni ku tak jumpa secara fizikal... kami berhubung secara maya sahaja...!!
Enjol dan Abun... nama samaran yang digunakan keatas mereka. andai kata nak cari ku, cari aaa www.facebook.com, tiap tiap hari ku online dan dapat aa kita ber message sepuasnya...!! ramai lagi bekas pelajar SMSS yang boleh dijumpaai disana [5p2 tak berapa ramai], dalam masa yang sama, mungkin ku boleh tgk gambar ku untuk ingat semula, siapa Sumaiyah ni yang ku dah terlupa ni...!! ku ada scroll post lama dalam blog, tapi tak jumpa gambar yang mampu membuatkan ku ingat semula...!!
dan gunakan greendazey@hotmail.com untuk email serta pencarian dalam facebook, friendster [jarang guna] atau myspace...!!
yang benar,
anak ku baru seorang
Haa.. yang khafif tu memang aku kenal sangatla.. abang kepada kawan sekelas. Pastu kalau majalah BERNAS dipublish, artikel dia memang best.
ReplyDeleteSorila rizal, zaman tu kau kurang glamer. aku x kenal kau masa tu. hihi.
weh! kok dijadikan nama aku sebagai tajuk.
ReplyDeleteko ni mmg la raja. sampai ati xkenal aku. dulu masa 5p2 aku ddk sebelah meja ko je. aku ddk sama ngan nadia. shawira ddk dgn tini [yg ko bwk anak ko jln2 amek angin depan umah dia tu].
zahid ddk dengan adi.
ko lak cam biasa duduk dgn ajeet pal tu. blakang ko x silap aku zurena ngan farah. ha tgk bertapa aku mengingati budak2 5p2. tapi budak cina aku mmg x ingatla. klu tgk muka ingat lagi la.
si zool fadzli tu aku kenal. Ejoi selalu gak aku nampak dia menapak dr umah menuju ke bustop. Abun aku mmg xpernah terserempak.
xpe la raja. nnt klu aku selisih bahu ngan ko kat pasar malam aku tepuk ko ye.
masa tu jgn la ko terkejut atau buat2 x kenal lak.
aku seligi ko kang hehehe
oowww... anak ko baru sorang. bila nak tambah lagi 1 heeeeeee.