Ku sangat bernasib baik, kerana pandai memetik dan mengalunkan lagu permintaan, ku telah dikecualikan dari terkena ragging ringan, acara wajib untuk pelajar baru jurusan Diploma Perakaunan ITM Cawangan Jengka... dan di Semester 1, ku berkenalan dengan Ahmad Zakri, tu pun selepas kami mengikuti acara wajib "Minggu Wawasan Siswa" yang dianjurkan fakulti...
Setiap kelas, A-F part 1 perlu melakukan 1 jenis persembahan pada penghujung minggu acara dan kelas ku, DIA 1F melakukan persembahan berbentuk lakonan dan nyanyian...!! kami sampaikan cerita tentang bomoh sesat dan pada akhir persembahan kami lakukan nyanyian dengan 3 gitar tong... Lagu...!!?? kami bawa lagu OAG...!! Spastic Youth...!!
Esoknya, Shah Gonjeng aa yang bertanggungjawab membawa ku berjumpa Zakri tu dan start dari situ, kami rapat dan selalu aa jamm dengan gitar tong dalam bilik ku tak pun kat bilik dia...!! Kami jamm dan study banyak jenis lagi dan pendedahan pada muzik pun semakin luas...!! Kat Jengka ni juga aaa ku berkenalan dengan Ash dan Weezer yang sekarang jadi antara favourite tempat rujukan.
Semester 2, 1997, Kami berkenalan dengan seorang pelajar baru, Pre-Acc [Pra Akaun]. Salihin. Dari perkenalan ni la tertubuhnya band kedua yang pernah ku join. Band pertama dulu masa tingkatan 4, ku main drum masa tu sebab kat sekolah takde drummer... Azrul Shah gitar, Syed Fahmi Bass dan Zarul Hisyam [sekarang komposer] gitar utama dan penyanyi, takde... kami main je janji bunyi sedap kami dengar...!!
Berbalik pada band Jengka, kami kelihatan serious ketika itu...!! sering berkumpul berlatih gitar, selalu keluar bandar untuk ke studio jamming [masa kami dulu, ada 2 studio jamming yang dibuka kat Bandar Pusat Jengka] dan lagu yang kami bawa...!!? sudah semestinya Punk Rock dari Green Day... All the way selama sejam atau dua, kami mainkan lagu Green Day, ada juga kami selitkan lagu dari GNR mahu pun dari Butterfingers...!!
Tapi, memandangkan kami 3 piece, Green Day adalah yang paling sesuai untuk kami bawa sehinggalah kami berjaya membuat satu demo record yang kami rasa terlalu rushing...!! Demo CD tu masih selamat dalam simpanan ku tapi cuma ku tak sure pada yang lain lain...!! kalau tak silap Haidi pun ada simpan 1 copy sebab dia ada sumbangkan lirik dalam 1 lagu yang kami record...
Selepas tu, kami jamming macam biasa sampai pada 1 tahap kami terpaksa berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada career...!! Sepanjang masa tu, muzik Green Day pun dah semakin berubah, menjadi semakin kurang distortion dan semakin kurang punk rock nya...!! sehinggakan kemunculan Bunkface, muzik ni menjadi siulan semula...!!
Kepada yang pernah berada dalam zaman punk rock dulu, kemunculan Bunkface ni macam dapat mengembalikan nostalgia zaman muda muda dulu, macam orang kata rock kapak, cuma pusingan roda rock kapak lambat sikit dan punk rock mendahului rock kapak walaupun dahulunya, rock kapak yang naik dulu...!! tapi tak kisah lah, selagi muzik tu ikhlas, pasti akan menjadi...!!
Last ku tonton Bunkface masa diorang jadi opening untuk Butterfingers last live showcase kat istana budaya...!! tapi tak berapa best sebab guna gitar tong...!! Haiii... pasti ramai yang dah rindu dengan Butterfingers...!!
Sekarang... kami kembali aktif berjamming...!! banyak lagu baru yang telah dikarang, menunggu masa untuk diterjemahkan... cuma kami kekurangan dari segi persediaan masa sahaja memandangkan ahli band yang baru semuanya sudah berkeluarga sendiri...!! tu belum campur ku yang punya "Schedule Maut" yang membuatkan masa berkumpul amatlah terhad...!! apapun, hendak seribu daya, tak mau banyak alasannya...!!
No comments:
Post a Comment
You may leave your wise comments here... Thanks