Pages

Wednesday, July 8

Hilang kawan...

Rizal, kau tau tak pasal kak Ina...??
Huh...!?? ku terpinga sebentar bila diajukan soalan macam tu. Pula tu ianya diajukan dengan nada yang serius yang tak macam ada sesuatu yang serius telah berlaku...!!
Betul ke kau tak tau ni...!!
Ahh...!! Soalan susulan tadi tu telah membuatkan ku makin kaget...!! Cashier di counter terus melakukan kerja mereka tanpa menghiraukan perbualan kami...!!
Tak tau aaa kak, kenapa...??
Kak Ina dah takde...
Dalam pemikiran ku, oh!! kak Ina dah kena trasfer ke branch lain kut...!!

Melihatkan ku yang seakan terpinga dan keliru...
Kak Ina dah takde... Dia dah meninggal...!!
Innalillah wa inna ilaihi roji'un [betulkan sekiranya ejaan ini ada kesalahannya...]
Beberapa tahun lalu, Kak Ina pernah keguguran semasa mengandungkan anak yang pertama...!! Selepas beberapa tahun, Kak Ina mencuba lagi, tetapi kali ini bukan sahaja meragut nyawa anak kandungannya, tetapi percubaannya kali ini telah meragut nyawanya...!!

Tergambar lagi wajah senyuman gembira yang tidak menampakkan kegelisahan tentang kesihatannya semasa kali terakhir ku berjumpa kak Ina 2 bulan lepas...!!
Dah lama dah... adalah dalam 1 bulan setengah...!!
Huh!! 1 bulan setengah...?? Maknanya hanya beberapa hari sahaja selepas ku berjumpa kak Ina, dia dah takde...!!
Tak sempat ku nak bertanya, 1 lagi soalan menyusul... Nak tau apa sebab dia meninggal...!!??
ahhh...!! Seperti tahu je soalan tu yang akan ku ajukan...!!

Kan dia pragnent... dia... [ku tak dapat nak tangkap jelas butir butir yang di ceritakan kerana ku seakan bergegas setelah cashier memulangkan voucher transaction yang di proses tadi...] Apa yang mampu ku fahami adalah...!! Terdapat darah beku yang telah menghalang darah dari bergerak masuk ke jantung...!! Dan ku andaikan yang punca kematian adalah kerana kegagalan jantung untuk berfungsi...!!

Jom... Panggil ku kearah Shima dan Amir yang tadinya menunggu ku selesai urusan...!!
Aiikk...!! kejapnya...!! kata tadi nak berborak...!!??
Sebelum kami sampai, ku telah beritahu Shima yang ku nak jumpa abang Wan atau kak Ina dibank dan dalam perjalanan balik kerumah, ku beritahu tentang kenapa urusan tadi lebih cepat dari yang disangka...!!

Terima kasih banyak banyak... Kak Inalah antara staff yang banyak membantu ku semasa ku dalam latihan perbankan atau Englishnya adalah banking training selama 6 bulan...!! Banyak ilmu dan nasihat yang ku peroleh dari dia...!! Banyak juga kegembiraan yang telah dikongsi. Ku masih ingat lagi, betapa dia dan staff lain sangat gembira bila ku bawa album gambar gambar majlis kahwin ku satu ketika dulu dan kak Ina jugalah orang yang paling teruja nak lihat gambar untuk kali pertama selepas kelahiran Amir. Tapi, ku tak sempat nak berkongsi kegembiraan menyambut anak pertama buat kak Ina...!!

Apa yang ku terkilan, ku tak dapat nak mengotakan kata ku pada kak Ina yang ku nak tambah akan apply loan baru atas nama dia kerana gara gara, GAJI KU MASUK LAMBAT NAK MAMPUS...!!

Semoga kak Ina tenang dalam persemadian dan rohnya dicucuri rahmat...!!

Al-fatihah

No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks