Pages

Monday, July 27

Cerita saja saja... P1

Punk Rock kembali...

Itu antara kenyataan yang telah ku baca setelah menyaksikan kemenagan hatrick yang telah dicapai oleh band baru, Bunkface acara Shout! Award 2009 yang berlangsung baru baru ni...!! Dalam radio pun, banyak memutarkan lagu lagu dari band ni tu pun lepas pendengar dah tepu dengan lagu lagu Hujan dan Meet Uncle Hussin [diorang ni ke keluar album baru dengan kadar segera rasanya ni...!!]

Pasti ada antara korang yang sempat mengikuti acara shout! award hari dah merasa kehebatan persembahan dari artis yang terlibat. Ku tak sempat laa, kerja, sampai rumah Sean Kingston dah nak naik pentas iaitu semasa penyampaian award untuk Joe Too Phat. Apa pun tahniah kepada yang menang dan ku harapkan, dengan perkembangan Band dan artis yang pesat sekarang, tahun tahun depan, tak perlulah nak jemput artis luar buat special appearance seperti yang kita dah selalu buat...!! Special appearance bagi aaa kat artist kita pula...!!

Pertama kali ku mengenali genre muzik ni masa tahun 1991, masa ku tingkatan 1... Green Day. Masa tu Hitz FM banyak putarkan lagu English dan salah satu lagu yang menarik minat ku adalah bertajuk "When I come around"... dan sejak dari tu, ku tinggalkan dengar lagu lagu rock melayu yang sangat mendayu dayu...!! Kota Raya dan Campbell Complex adalah tempat wajib di pergi untuk mendapatkan record record artist antarabangsa yang tidak dijual dikedai kedai record biasa dalam Malaysia... Pada yang tau... kita pergi ke kedai yang sama la ekk...!!

Ingat lagi masa tu, kat sekolah, dalam click, ku sorang je yang dengar Punk Rock sebab kami terpecah fahaman kepada beberapa termasuk fahaman metal dan alternative...!! Alternative maksud ku adalah sub pop dan band sub pop yang terpaling laris masa tu adalah Nirvana... 1991, Metal Metallica dengan Black Album dan grunge Nirvana dengan Nevermind tapi ku tetap layan Dookie...!!

Sehingga tingkatan 4, baru local act berkembang dengan music baru... dulu kami panggil DIY sekarang diorang panggil Indie...!! walau berbeza sebutan dan ejaannya, apa pun maksud kedua dua DIY dan Indie adalah sama... iaitu, perjuangkan muzik secara ikhlas dan mengikut kehendak sendiri...!! Oh yea... time 1994-96, perkembangan Alternative sangat pesat... Sapa tak kenal OAG dengan 60's TV nya? [soalan ni merujuk pada tahun yang diatas, bukan sekarang yea...] Album warna coklat ada samar samar gambar teddy bear...!! Kemudian surfing dengan Subculture, Goyang pinggang dengan The Pilgrims... Fuh!! best...!!

1995 adalah tahun di mana ku start belajar main gitar dan Abang Budin, jiran ku adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan ku dengan skill permainan yang tak lah banyak sangat pun...!! Selebihnya, belajar sendiri...!! Nirvana, Green Day adalah lagu lagu wajib main tak kala bermain secara solo dan lagu rock kapak adalah lagu wajib dimainkan takkala berkumpul dipadang selepas solat Isya' hingga membawa ke solat subuh... [masa ni lepas habis SPM]

ada sikit lagi... nanti ku sambung ek!!

No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks