Pages

Friday, June 26

Berjayakah Kempen...!!??

ku terpanggil untuk mengutarakan perkara atau cerita tentang kempen setelah lama berehat dari duduk dan memikirkan sesuatu untuk ditulis. Seperti yang sedia maklum, banyak kempen yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi atau mengurangkan impak buruk dari sesuatu perkara yang berlaku...

Kempen Anti Dadah, Kempen Tak Nak! - Say No To Smoking, Kempen Pandu Cermat, Kempen Keselamatan Jalanraya, Kempen Cara Hidup Sihat - Healthy Lifestyle adalah antara banyak kempen yang wujud dalam memberi kesedaran dalam menyampaikan maklumat tentang sesuatu. Persoalannya, adakah kempen yang yang dibuat dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan berhasil...!!?? adakah maklumat atau penyampaian yang dibuat dalam bentuk media cetak dan media electronic masih tidak mencukupi...??

Yang terbaru, [ini bukan kempen, tapi arahan...] Kementerian Kesihatan telah menyarankan warga agar melakukan self-quarantine bertujuan untuk mencegah dari demam selesema B*** dari menular lebih meluas. tetapi, masih ada yang "dol" masih tidak menghiraukan arahan tersebut...!! adakah ianya berpunca dari masalah penyampaian...??

Saban hari kita disogok dengan iklan tentang keselamatan jalan raya dan termasuklah kesedaran berkenaan bahaya aedes kepada kita...!! apa yang dikesalkan apabila kita mendengar keluhan tentang kegagalan kementerian dalam membasmi penyakit ini dari merebak... apa yang ku tak faham adalah, adakah peningkatan demam denggi adalah berpunca dari kerajaan...?? adakah kerajaan tidak menghantar wakil untuk memeriksa semua ceruk tanah perumahan menyebabkan penyakit ini semakin meningkat...?? yang mungkin juga...!! tetapi dimanakah peranan kita sebagai pembasmi utama dalam membantu dalam mencegah penyakit ini menular...??

Masih tidak timbulkah kesedaran dan iktibar pada kita sebagai warga hebat setelah segala kesan buruk yang telah berlaku...!! Adakah bila sudah terkena batang hidung sendiri, baru nak ambil perhatian...?? Dan sudah pasti apa bila berlaku begitu, kesalahan akan di letakkan kepada orang lain...!!?

Ingat lagi, Kempen anti dadah dan kempen tak nak...!! apa yang berlaku, jumlah penagih dan perokok meningkat. usaha meletakkan gambar penyakit kesan dari merokok nampaknya tidak memberi kesan...!! Hanya satu jalan sahaja untuk memberhentikan perokok ini dari terus merokok...!! daripada terus berkempen, baik haramkan terus penjualan barang barang yang berstatus tembakau ni, pasti yakin ramai yang akan terpaksa rela untuk berhenti merokok. cuma dilihat, kerajaan kita tak mampu untuk melakukan pengharamam jualan ni kerana, hasil yang disedut melalui cukai tembakau ini amatlah lumayan dan sehingga akhir dunia pun, kempen ini takkan berjaya....!!

banyak lagi kempen kempen yang tidak berjaya yang kita boleh rekodkan, kempen berkongsi kereta [hanya sepupu ku je yang ku tau pergi kerja berkongsi kereta dengan jirannya], Kempen satu rumah satu komputer [rumah ku ada 5 buah, tu kira tak menyahut seruan aaa tu... seruan nak 1 je...!!] dan banyak lagi. Kalau nak diingat, sure tak ingat.

Penyebab gagalnya kempen kempen ini adalah kerana tiadanya kerjasama antara pihak berkuasa dan juga warga atau rakyat. Dan ku lebih berat menyatakan, hampir semua kempen yang gagal adalah kerana tiada kerjasama dan ketidak ambilnya bahagian oleh rakyat kerana rakyatlah golongan yang menjadi penjaya kepada sesuatu kempen...!! Sebagai rakyat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang [guna lagi ke nih...!!?], disarankan berubah dari tidak mengambil tahu kepada sentiasa mengambil tahu [ini bertentangan dengan kes jaga tepi kain orang yeaa...] agar kita dapat mencipta satu masyarakat bertamadun yang paling hebat didunia....!! tidak banggakah anda bila satu hari anda keluar berjalan keluar dari Malaysia, orang menghormati anda kerana anda adalah yang terbaik...!!

**ubah... ubah... ubah... ubah... ubah... ubah... ubah... ubah... Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan... cuba fikirkan....!!

[tafsiran ku]
dol = otak beku, bebal, benak, beduk, bodoh



anda boleh rujuk tentang kempen terkini kerajaan dilaman seperti dibawah;
Kempen


1 comment:

  1. cemerlang, gemilang dan terbilang dah expired brader...

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks