Saturday, July 5
Dua kebodohan melampau...
Kuala Lumpur - Kalau korang seorang pemandu kereta atau sekurang kurangnya menunggang motorsikal, pasti korang akan faham kenapa ku nak ceritakan perkara ni kepada umum... Walaupun ianya takde aaa serius sangat dulu tapi makin lama kejadian ni boleh di kategorikan dalam kejadian yang tak masuk akan...
Ramai tahu jalan raya di Malaysia ni telah diiktiraf sebagai antara terbaik didunia [ku tak faham sebab selalunya 5 kilometer ku memandu, 2 1/2 kilometer mesti jalan berlubang...] dan kita sangat bangga dengan pengiktirafan tersebut tak kisah lah kalau suspensi atau tayar kereta kita bocor tengah jalan langgar lubang... rasanya kalau nak jalan yang baik lagi lancar, kita kena masuk highway aaa...!! Dan subject ku harini pastinya berkenaan kejadian di highway..!! ceritanya gini...
Ianya lebih berkisar pada sikap pemandu...
Masa ku lepas balik dari ofis, dalam area jam 630pm dan masa tu memang jalan penuh dengan kerata lepas orang lain pun balik dari kerja... kalau korang selalu memandu keKL hari jumaat, korang akan tau aaa macamana... hari jumaat adalah hari jam seKualaLumpur... ku pun pelik kenapa...?? Jadi masa nak nak sampai tol dari jauh kita akan budget lorong mana kita nak masuk... samada lorong tunai, touch and go atau smart tag. ku dari jauh dah nampak 2 lorong t&g yang satunya berlampu merah dan satu berlampu hijau...!!
Dua kebodohan melampau dalam satu masa
Secara common sense nya, apabila pemandu melihat keadaan begitu... pasti akan memilih lorang yang berlampu hijau kerana peraturannya, lampu hijau buka [jalan] dan lampu merah tutup [berhenti]...!!
Apa yang menghairankan ku, ada juga pemandu yang cuba cuba juga untuk masuk kelorong t&g yang berlampu merah dan yang menambahkan peliknya, ada juga kereta belakang yang mengikut kereta depan yang sedang cuba cuba masuk lorang tol yang di tutup... akibatnya, hanya menyusahkan petugas tol untuk memastikan kereta kereta tu keluar mengundur dari lorang tol dengan selamat...
Dan yang yang kedua hairannya, lorang t&g kedua yang berlampu merah... 200 meter sebelum kita sampai ke pintu tol, kita akan lihat lampu dan sign board yang besar terpampang untuk memudahkan pemandu mengenal pasti lorong lorong mana yang mereka patut masuk dan 2 kereta depan kereta ku, pemandunya telah menyerlahkan kebangangan dia sebagai seorang pemandu dari Malaysia...
Orang lain sibuk beratur nak masuk lorong, dia pun nak beratur juga... tapi bila dah sampai turn dia, baru dia realise yang kat pondok t&g tu takde orang nak ambil bayaran cash dia... dan yang membuatkan ku hangin bila nak tunggu petugas tol untuk keluar dan kemudiannya nak kena reverse kebelakang [ko bayang berapa banyak kereta yang beratur masa jammed]
Kedua kejadian serentak tu memang menunjukkan kebodohan driver tu sendiri... kita tak boleh salahkan jalan yang lurus atau jalan bengkang bengkok sekiranya kita terlibat dalam kemalangan... kemalangan berlaku akibat sikap kita sendiri... kebodohan kita sendiri...!! kalau dah jalan bengkang bengkok, jangan aa nak speed umpama pelesit...
Labels:
Ceritera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lagi satu kalau ko perasan etika pemanduan di Malaysia yang paling popular:
ReplyDeleteMEMANDU PERLAHAN DISEBELAH KANAN!
kalo la seven eleven ade jual pistol...
aku rasa pemandu tu x tau "Touch N Go" tu menatang hape... kuikuikui!
ReplyDeleteaku paling nyampah kalo org yg potong Q time nk bayo tol nih. jgnkan kata sbb jln x lurus, tp mmg ade je samseng yg kuang ajar suke potong line org.. huh!
ermm..berdasarkan essay anda yg lebih 300 patah perkataan itu, dpt dibuat kesimpulan bahawasanya pemandu di Malaysia perlu lebih peka/alert & tidak mementingkan diri sendiri. Klau ALERT...takkan ada perkara seumpamanya berlaku. ;)
ReplyDeleteYa.. puan Shima sedia maklum dengan apa yang selalu terpacul dari mulut saya ketika memandu kerana puan Shima selalu bersama saya diatas jalan raya...!!
ReplyDeleteya,
ReplyDeletejalan kat malaysia nie ada yang ok, ada yang tak ok.. kat shah alam tu, nama ja bandaraya, tapi ada jugak jalannya yang berlubang-lubang.. kalau lalu subuh2 tu, tak perasan, kedebuk langgaq lubang.. naya oooooooooooooo
hari nie kita tgk elok, tetiba ja, esok pagi, dah lain plak...
jalan kat kampung pon lagi comey la...