Pages

Tuesday, September 26

selamat menyambut ramadhan

fuh.. lama lama sungguh cuti yang ku ambil hujung minggu lepas.. 4 hari (jumaat sampai isnin [kerja ku tak cuti weekend]), dapat aaa bawa shima balik kampung, berpuasa dan berbuka puasa kat umah mentua! bukan apa, nanti kalau nak balik alor setar semula pun mesti masa nak raya..

sempat juga aa kat sama p jalan2 kat pasar ramadhan stadium alor setar.. bukan main ramai umat tapi yang tak sedapnya sempit macam pasar pagi.. ekekeke!! dahlah lecak tambah pula nak buat pilihan pun sudah.. sempat ku ngan shima beli mutabak (mintak 3, dapat 4) pasal juru juah dah confius ramai sangat..

tapi yang paling best sekali bila malam ramadhan tu, ku ngan shima dekat2 30-40 min melilau mencari kedai mamak kat bandar alor setar yang ada teh tarik ngan roti canai.. bayangkan kalau kat kl tak payah nak susah2 cari.. bila dah jumpa, roti liat, teh cair.. "kecewa sungguh!!" malam ramadhan ke 2, shima buatkan ku teh susu yang jauh lagi sedap dari teh yang ku minum masa kat kedai yang ku jumpa tadi..

Sampai sudah bulan mulia,
Bulan Ramadhan untuk berpuasa.
Waktu sahur beratnya mata,
Waktu buka terbeliak semua.

Waktu sahur bersantaplah kita,
Untuk tenaga waktu berpuasa.
Waktu berbuka mesti berjaga,
Jgn cam Jin asyik badok aje.

Akan ditempuh selama sebulan
Dari minum dan juga makan
Walau semua setan dah ditahan
Janganlah anda jadi gantian

Bersabar adalah kunci puasa
Amalan baik menghapusi dosa
Kalau asyik mengamuk saja
Puas hati buka,tak nak posa

Selepas berbuka bersolatlah kita
Berterawih beramai bersama-sama
Janganlah malas nak berlengkar aje
Serupa tak ubah cam ular sawa
Bulan Ramadhan bulan mulia
Bulan yang penuh berkah dariNYA
Ada orang sebulan tak posa
Bila raya..fuuuyoooh dia yang tera
Alangkah indah bulan Ramadhan
Berpuasa, beramal bermacam dikerjakan
Wahai kawan,teman dan rakan
Selamat berposa & menyambut Ramadhan.


terima kasih.. jumpa lagi..

greendazey

16 comments:

  1. ya... sudah la tiba ramadhan, maknanya.. dah la tiba bulan nak raya...

    raya raya raya

    ReplyDelete
  2. hehe..xpa..nnti kita p kedai mamak lain lak yea. thanks sbb dpt cuti utk balik kpg..hehe

    ReplyDelete
  3. fuh!! lepas ni dapat cuti raya je.. pastu hujung minggu kalau aada open house ke, memang payah aa nak hadir.. so sapa2 yang nak bikin open house, atau makan2 kena bagi tau awal2.. takut tak boleh nak join..

    mr. rizal

    ReplyDelete
  4. hangpa dua org bule la mai singgah umah aku...
    sambil2 tengah jalan tu... hahahaa

    taiping, menunggu kedatangan kalian...

    mari mari mari

    ReplyDelete
  5. boleh.. as long as umah ko tu dekat ngan exit highway.. susah kalau jauh sangat.. shima pun dah 6 bulan ++, nak ke KL lagi tu berapa jam lagi nak jalan.. tapi kalau ko betul2 jemput, insyaAllah!! tapi tak janji..

    ekekekeke

    mr_rizal

    ReplyDelete
  6. hehe..taiping aa? InsyaAllah. Hang kena sedia duit raya naaa ;)

    ReplyDelete
  7. betul tu.. paling kurang pun kalau dapat cover duit tol balik KL ngan duit raya yang kitorang dapat tu pun dah kira ok apa..

    kalau camtu comform aaa kitorang datang..

    mr_rizal

    ReplyDelete
  8. amboi...

    umah aku dekat ja dgn exit highway tu...
    kalau hangpa dar utara, silah keluaq ikut Exit taiping Utara iaitu selepas exit Bukit Merah ja... pastu jalan sikit, sampai ja umah aku..

    amboi, dah menikah camnie pon mau duit raya lagi nie.. amboi budak2 nie....

    ReplyDelete
  9. mr rizal,

    ko raya kat mana tahun nih? aku raya kat Gannue lerr..

    ReplyDelete
  10. ku ngan wife, shima akan beraya kat alor setar. picang, kalau ko sempat jemput datang umah.. dekat je! kat anak bukit bertentangan dengan pintu pagar masuk istana sultan..

    kalau tak sempat, kita jumpa kat serdang je..

    nan, insyaAllah, kalau ko kata dekat, nanti ku bawa berbincang ngan orang kanan ku.. ekekekee

    mr_rizal

    ReplyDelete
  11. ermm..cara nan ckp tu mcm dekat ja. Blh..InsyaAllah. hehe

    ReplyDelete
  12. duit raya sekali ekk...!!!

    mr_rizal

    ReplyDelete
  13. hahahaha bule bule.. no problem... ruzki anak2 kan gitu...

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks