Pages

Monday, December 11

Serdang - Alor Setar - Serdang

Esok genap 1 bulan usia amir... alhamdulillah, dia sihat dan ibunya pun sihat juga. ku baru je sampai dari alor setar pagi tadi dalam jam 730am dengan bas durian burung... syiok gak naik bas tu, comfort habis... dapatlah ku tidur nyenyak all the way dari alor setar ke kajang... bukan apa jam 11am ku kena masuk keja, sebab tu kena tidur tu!

dua hari cuti macm tak cukup lak nak jumpa wife ngan anak ku kat alor setar... maklum faktor kerja dan cuti yang buat ku tak balik lama... ku harap mereka berdua gembira aaa dengan kedatangan ku walau cuma sekejap jeee... lagi pun nanti diorang tu ku angkut balik KL juga nanti bile shima dah nak start masuk keja... ehh!! kamu gembira ke saya datang?? hehehhee... harap amir pun gembira juga.. takde kata yang dia boleh ucap lagi melainkan expressi muka yang dia boleh buat...

Gambar dia yang baru...









ku dan shima ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sama2 merasai kegembiraan menyambut kedatangan amir niee.. tak kira lah yang memberi ucapan tahniah atau memberikan hadiah kepada dia atau pun menghulurkan angpau penuh kepada ayah nyaa... terima kasih banyak-banyak...

oh!! sori aaa.. gambar ibu takde...




greendazey

Read More! and Comments

Tuesday, November 14

Kelahiran Yang Tak Disangka

Dalam jam 7 am, ahad, 12 Nov 2006, ku yang memang ingat nak tidur lagi sebab keja masuk jam 11am telah dikejutkan oleh wife ku yang dalam keadaan cemas. Dia tak perlu kata banyak-banyak sekadar “keluar air ngan darah” je dah cukup mencemas ku walaupun sepatutnya ku mamai dulu! Pantas ku bangkit bersiap hantar dia ke hospital serdang.

Lama gak menunggu keputusan hasil pemeriksaan hospital dan dalam jam 1030 am baru ku dimaklum yang wife ku akan dihantar ke wad untuk pemeriksaan lanjut… masa proses menunggu tu, mak ku buka aa cerita sikit-sikit pasal pengalaman dia dulu. Dia suspect air “ketumban” atau “ketuban”? ku tak tau yang mana, korang pilih aa… air wife ku dah pecah.. Maybe tak lama wife ku akan deliver!!

Dalam hati macam tak mau percaya bukan apa, tarikh dan bulan yang sepatutnya wife ku deliver baby ni dalam belas-belas hari bulan pada bulan 12 nanti.. jadi ku cuba bertenang gak pujuk hati, maybe tak kut!! Maklum aaa, persediaan yang ku dan wife buat untuk sambut baby ni sangat lah sikit.. maklum ada masa lagi untuk kami mencari barang yang belum ada.. huhu!!

Ku ke office juga lepas wife ku dah masuk ke wad.. sempat aa siapkan power1 special section 16 page sebelum ku keluar lunch sekejap.. tengahari tu ku makan lunch kat open house urin… dua kali tambah juga nasi dia walaupun wife dah masuk wad… urin ada kata gak, kalau air tu pecah, makna tak lama aaa.. ku tetap buat-buat tak percaya gak.. huhu..

Allah Maha Kaya.. on the way balik ke ofis tu, dalam jam 4 pm, ku terima call dari cik, dia kata shima dah masuk dewan bersalin, nurse dah izin suami untuk masuk sekali.. bila dah dengar camtu, cepat2 ku buat u turn balik ke hospital walau ofis lagi beberapa kilometer je lagi nak sampai… sampai hospital call heri dulu kata tak balik ofis simpankan beg..

Masuk je dewan bersalin, tengok wife ku sedang sorang-sorang menahan sakit… sebagai suami, tugas ku masa tu adalah untuk bagi comfortable pada dia. Walau ku tau dia dalam sakit tapi ku cuba bercerita, berlawak sikit untuk dia lupa kejap pada sakit dia tu.. hingga satu tahap bila dia mengerang dan kata “macam nak keluar”… melompat lagi ku panggil nurse bidan masuk check dah start saat tu… tengok kesakitan, kepala keluar sikit, kata-kata semangat ku dan kata-semangat bidan, memang pengalaman yang sangat berharga pada ku dan wife ku…

Alhamdulillah, selepas berjuang dalam rasanya tak sampai 15 minit, tepat jam 5.06 pm, ahad, 12 Nov 2006, baby ku selamat dilahirkan.. hilang semua rasa sakit, cemas takut tadi… hanya air mata kegembiraan bila ku menyaksikan “eh! tu baby ku”... ku tak sangka walau belum cukup bulan dalam kandungan, dia dah beriya-iya nak keluar cepat-cepat berjumpa ibu dan ayahnya. Bersoraklah juga seluruh ahli keluarga ku dan keluarga acik yang setia menunggu di bilik menunggu bila ku keluar dan sampaikan berita gembira ni… tak lupa juga berita ku sampaikan ke mentua ku di alor setar dan hingga ke Negara jepun..

Ta’kala ku menaip cebisan ni, wife ku sedang mengharung malam pertamanya bersama baby di hospital... Alhamdulillah, wife ku pun sihat sahaja, baby pun kelihatan sempurna dan ku harapkan tak berlaku apa-apa yang buruk memandangkan baby ku lahir tak cukup bulan… Ku rasa dah cukup aa kut… skang ku nak pergi cari ilham nak letak nama yang terbaik untuk dia pula… Syukur…!!

ni yang ku baru upload

- Kegembiraan selepas kelahiran

- 1 jam selepas dia sampai ke dunia




Nama Penuh: Raja Muhammad Amir Bin Raja Shahrizal

Read More! and Comments

Thursday, November 9

aaddoooiiiii.....


korang kenal tak binatang yang seekor ni.. binatang nilah yang telah membuatkan kesihatan ku terjejas selama seminggu ni! dah dua kali ku MC dlm dua minggu ni.. nak menaip banyak pun tak berdaya, otak beku.. suhu luaran badan panas tapi dalaman sejuk, selubung dalam toto pun tak dapat nak panaskan badan ni.. kepala pening, telinga berdesing dan banyak lagi yang simptom yang telah terkena.. ni balik ni pun ingat nak singgah jumpa doctor lagi pasal sakit perut pulak.. perut memulas-mulas tapi tak pici-kici pun..

greendazey

Read More! and Comments

Saturday, October 28

Selepas Raya... Kerjaa!!!

Ku dan shima beraya di Alor Setar4 pm ku sampai Alor Setar 23/10 dan, jam 10 pm 27/10 ku sampai serdang semula.. puas juga aa dapat beraya kat umah mentua tahun ni walaupun jauh nak baliknya, tapi rasa letih dahaga puasa tu tak berapa rasa pun (perjalanan jauh tak ku rasa..)! Shima pun kuat juga boleh tahan puasa sampai maghrib..

pada ku, aidilfitri tahun ni dah cukup baik kerana lain dari yang selalu ku rayakan kat kampung bersama mak ayah sendiri.. iya aa bila ada kelainan tu baru tak berapa jemu.. insyaAllah, tahun depan ku akan bawa shima balik kuantan dan akan ada 1 lagi kelainan aidilfitri yang akan dapat ku rasa..

tak banyak rumah yang kami kunjung tahun ni.. umah mak angkat ku kat kuala nerang, dan rumah saudara mara belah shima.. ku tunggu gak kawan2 yang ada kat alor setar call, yang ada kata nak datang rumah tapi hampeh tak call.. takpe aaa, datang aaa beraya kat serdang!

masa balik dari alor setar, kami rasa kami dah cipta record baru perjalanan paling banyak berhenti.. bayangkan 6 kali berhenti baru sampai dari alor setar ke serdang... berenti minum cappuchino kat r&r tapah dan yang paling syiok, singgah taiping umah Adnan Rizal Haris... macam2 bekalan yang kami terima dari mak nan, naik segan ku rasa.. terima kasih makcik (mee kari tu tak usik lagi ada dalam peti ais..). sapa2 yang lalu kat area taiping memang patut aaa singgah umah dia ni.. tu pun mujur ku cepat2 minta diri nak balik, kalau tak, silap2 nasi lauk ayam, kari ikan atas meja tu pun kami kena bawa balik kut...!!

Nan pakai kain pelikat je... ahaks!!Huhu.. ni bukti ku singgah kat umah dia.. ishh!! terlindung lak ACA motor rempit dia masa kat shah alam dulu-dulu.. huhu.. kalau ada sapa2 yang nak singgah berkunjung@raya kat umah, call dulu, pasal ku dah keja.. ni tengah keja aaa ni, ambil curi masa je taip2 benda ni...

Read More! and Comments