Pages

Tuesday, November 14

Kelahiran Yang Tak Disangka

Dalam jam 7 am, ahad, 12 Nov 2006, ku yang memang ingat nak tidur lagi sebab keja masuk jam 11am telah dikejutkan oleh wife ku yang dalam keadaan cemas. Dia tak perlu kata banyak-banyak sekadar “keluar air ngan darah” je dah cukup mencemas ku walaupun sepatutnya ku mamai dulu! Pantas ku bangkit bersiap hantar dia ke hospital serdang.

Lama gak menunggu keputusan hasil pemeriksaan hospital dan dalam jam 1030 am baru ku dimaklum yang wife ku akan dihantar ke wad untuk pemeriksaan lanjut… masa proses menunggu tu, mak ku buka aa cerita sikit-sikit pasal pengalaman dia dulu. Dia suspect air “ketumban” atau “ketuban”? ku tak tau yang mana, korang pilih aa… air wife ku dah pecah.. Maybe tak lama wife ku akan deliver!!

Dalam hati macam tak mau percaya bukan apa, tarikh dan bulan yang sepatutnya wife ku deliver baby ni dalam belas-belas hari bulan pada bulan 12 nanti.. jadi ku cuba bertenang gak pujuk hati, maybe tak kut!! Maklum aaa, persediaan yang ku dan wife buat untuk sambut baby ni sangat lah sikit.. maklum ada masa lagi untuk kami mencari barang yang belum ada.. huhu!!

Ku ke office juga lepas wife ku dah masuk ke wad.. sempat aa siapkan power1 special section 16 page sebelum ku keluar lunch sekejap.. tengahari tu ku makan lunch kat open house urin… dua kali tambah juga nasi dia walaupun wife dah masuk wad… urin ada kata gak, kalau air tu pecah, makna tak lama aaa.. ku tetap buat-buat tak percaya gak.. huhu..

Allah Maha Kaya.. on the way balik ke ofis tu, dalam jam 4 pm, ku terima call dari cik, dia kata shima dah masuk dewan bersalin, nurse dah izin suami untuk masuk sekali.. bila dah dengar camtu, cepat2 ku buat u turn balik ke hospital walau ofis lagi beberapa kilometer je lagi nak sampai… sampai hospital call heri dulu kata tak balik ofis simpankan beg..

Masuk je dewan bersalin, tengok wife ku sedang sorang-sorang menahan sakit… sebagai suami, tugas ku masa tu adalah untuk bagi comfortable pada dia. Walau ku tau dia dalam sakit tapi ku cuba bercerita, berlawak sikit untuk dia lupa kejap pada sakit dia tu.. hingga satu tahap bila dia mengerang dan kata “macam nak keluar”… melompat lagi ku panggil nurse bidan masuk check dah start saat tu… tengok kesakitan, kepala keluar sikit, kata-kata semangat ku dan kata-semangat bidan, memang pengalaman yang sangat berharga pada ku dan wife ku…

Alhamdulillah, selepas berjuang dalam rasanya tak sampai 15 minit, tepat jam 5.06 pm, ahad, 12 Nov 2006, baby ku selamat dilahirkan.. hilang semua rasa sakit, cemas takut tadi… hanya air mata kegembiraan bila ku menyaksikan “eh! tu baby ku”... ku tak sangka walau belum cukup bulan dalam kandungan, dia dah beriya-iya nak keluar cepat-cepat berjumpa ibu dan ayahnya. Bersoraklah juga seluruh ahli keluarga ku dan keluarga acik yang setia menunggu di bilik menunggu bila ku keluar dan sampaikan berita gembira ni… tak lupa juga berita ku sampaikan ke mentua ku di alor setar dan hingga ke Negara jepun..

Ta’kala ku menaip cebisan ni, wife ku sedang mengharung malam pertamanya bersama baby di hospital... Alhamdulillah, wife ku pun sihat sahaja, baby pun kelihatan sempurna dan ku harapkan tak berlaku apa-apa yang buruk memandangkan baby ku lahir tak cukup bulan… Ku rasa dah cukup aa kut… skang ku nak pergi cari ilham nak letak nama yang terbaik untuk dia pula… Syukur…!!

ni yang ku baru upload

- Kegembiraan selepas kelahiran

- 1 jam selepas dia sampai ke dunia




Nama Penuh: Raja Muhammad Amir Bin Raja Shahrizal

19 comments:

  1. tahniah.....
    anak lelaki ke pompuan
    apa nama baby...

    ReplyDelete
  2. tahniah!!!!

    comel sungguh baby ko. cam ibunye la. ade sikit2 iras ko kat hidung nye kot
    tahniah lagi sekali

    nurul nanako @-->---

    ReplyDelete
  3. heppinya..

    alhamdulillah ibu dan anak selamat. insyaAllah dua2 sihat..

    Another little caliph arrived!

    ReplyDelete
  4. Ahamdulillah dan tahniah!

    InsyaAllah dua2 ibu dan anak sihat... :)

    Another little caliph arrived!

    ReplyDelete
  5. eeeiii... comelnyee... meh kek pokcik meh.. alalalalalaaaa... :P

    - MiGRaiN™ -

    ReplyDelete
  6. tahniah kapda pak raja dan kak shimra,

    karna sudah mendapat waris yang pertama dariNYa...
    tu la dia...

    semoga hangpa akan murah ruzki dan mendapat ruzki yang melimpah-limpah...jaga anak hang baik2.. itu amanah Allah untuk kita...

    ReplyDelete
  7. kepada pak raja, hang dah jadi bapak
    kepada kak shimra, hang dah jadi mak...

    kepada mak dan pak, anak dah laher nie... selamat menjalani kehidupan sebagai satu keluarga.

    bestnya ... kepada baapk2 dan mak2 hangpa mesti dah dapat pangkat baru iaitu "Tuk Wan" dan "Tuk" dan "Nenek"

    Tahnaih ye...

    ReplyDelete
  8. belah ku, anak ku panggil neneknya "nyaie", panggil datuk dia "tok". kalau belah shima neneknya panggil "tok" dan datuknya panggil "tok wan"..

    dia panggil korang semua "uncle" atau "aunty".. ok kee??

    mr_rizal

    ReplyDelete
  9. Tahniahlah......

    kalau panggil nenek 'nyaie' kenapa panggil datuk 'tok' tak panggil 'yaie'

    hehe......
    ^_^

    ReplyDelete
  10. tu bahasa panggilan orang jawa..

    mr_rizal

    ReplyDelete
  11. org jawa pon ada jugak panggei 'mbah' kat tok depa...
    hehehehe

    panggei pakcik pon ok la pak raja...
    asalkan rock

    ReplyDelete
  12. tahniah ko kusut..akhirnya bukan sudah kawin rupanye ko dapat buat anak jugak ye...haha..aku ingatkan toyol tak leh kawin ngan manusia kuikuikui..senang2 contact aku at 0193593522

    ReplyDelete
  13. tahniah ko kusut..akhirnya bukan sudah kawin rupanye ko dapat buat anak jugak ye...haha..aku ingatkan toyol tak leh kawin ngan manusia kuikuikui..senang2 contact aku at 0193593522 shuk

    ReplyDelete
  14. huh!! perkara sunat?? contoh...

    mr_rizal

    ReplyDelete
  15. Anonymous dengan ayat yang kusut tu macam shuk hamden jee.. betul ke?? lama tak jumpa orang tua ni sejak last jumpa kat kenduri kawin wan + elisia

    mr_rizal

    ReplyDelete
  16. thank you for the information.. harap boleh kongsi dengan pembaca lain..

    mr_rizal

    ReplyDelete
  17. tahniah tahniah...

    selamat la sudah satu perkara.. itulah benda yang tak pernah kita lalui sebelom nie...

    idup pak raja dan kak shimra...
    aku dah tunang woi...

    tgk fotopages aku..

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks