Pages

Friday, May 31

Azroy The Dashingmen Di Pentas Festival Belia Negara 2013



Buat julung-julung kalinya selepas 7 tahun, ku dapat menikmati cuti hujung minggu yang konsisten dan paling nikmatnya, cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu menjadikan cuti ku agak panjang dari biasa. Seriously, bila tiba hari isnin berikutnya, rasa kemalasan amat menebal dalam hati dan fikiran. Sekarang, ku agak faham bagaimana rasa menghadapi sindrom monday blues.

Pada May 24, 2013 bersempena cuti hari Wesak, Band Azroy The Dashingmen telah mendapat jemputan untuk beraksi dipentas .com (Citra Orang Muda). Ia dianjurkan oleh kumpulan Utusan dan acara music 3 hari telah dijayakan oleh hampir 70 band / artis tidak kira yang popular mahupun yang langsung tidak dikenali seperti band Azroy The Dashingmen.

Ia adalah satu pengalaman yang memenatkan. Masa berada dipentas persembahan hanya mengambil masa selama 10-15 minit sahaja manakala masa persiapan (latihan, perbincangan sambil ngeteh, sound check dan process menunggu) mengambil masa berjam-jam. Walau bagaimanapun, ada rasa keseronokan dan sedikit kepuasan.

Azroy The Dashingmen hanya diberi kebenaran memainkan hanya dua lagu walaupun pada asal jemputan, kami diberikan masa untuk bermain 3 buah lagi. Dua lagu yang dipilih pada saat 30 minit sebelum menaiki pentas adalah Sesuatu dan Porak Peranda. Azroy The Dashingmen ada membuat lathan untuk satu lagi lagu, Waited For You, tapi tidak mengapa, mungkin ia untuk acara yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Azroy The Dashingmen, sila layari URL seperti dibawah.





Read More! and Comments

Monday, May 6

Keputusan Muktamad Dan Harap Diterima Dengan Tenang


Keputusan pilihanraya umum ke-13 sudah muktamad, keputusan sudah diketahui dan kita semua boleh sambung kerja yang tertangguh sebelum pilihanraya.

Pastinya akan ada raut wajah kepuasan dan raut wajah kekecewaan terpahat pada wajah individu yang benar-benar mengikuti perkembangan pilihanraya. Pagi ini, dikala ku menulis posting ini, pasti ramai, tidak kira dipejabat, bersarapan dikedai-kedai mamak atau diruangan siber, berbicara tentang keputusan mahupun kontroversi yang berlaku pada hari mengundi yang berlangsung semalam, May 05, 2013. Ku berani bertaruh sepinggan nasi ayam, pasti tiada langsung yang akan bercerita tentang kemenangan Chelsea terhadap Manchester United dalam kejuaraan liga Inggeris yang mana keputusan kemenangan itu bakal membuatkan 'Interim Manager' Chelsea berasa lebih lagak dari sebelumnya pagi ini.

Membaca 'News Feed' akaun Facebook ku malam semalam dan sedikit untuk pagi ini, hampir 80% posting yang dibuat rakan-rakan adalah berkaitan dengan pilihanraya. Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi disitu. Ada yang sempat bergambar ala-ala 'gathering' dengan rakan lama, ada rakan ku yang menghantar gambar jari telunjuk yang berwarna seakan lebam tersepit pintu bilik air dan ada yang lebih banyak berkongsi maklumat-maklumat benar serta barangkali palsu untuk dibaca oleh rakan-rakan mereka. Semua itu hak mereka dalam menggunakan media sosial yang tiada batasan.

Paling tidak masuk akal bilamana ku membaca tentang 'Sup Telinga' pilihanraya. Ramai yang mahukan ia menjadi kenyataan walaupun ku pasti ia tidak akan dizahirkan. Pada firasat fikiran ku, hairan, ada juga pemimpin kita yang akalnya pendek, sependek akal budak-budak sekolah. Jika tidak cerdik pun, janganlah membuat cabaran yang akhirnya menyerlahkan ketidak cerdikkan dan seterusnya memakan diri sendiri. Barangkali, itu mungkin menjadi penyebab beliau kalah bertanding kali ini.

Terdapat juga kenyataan yang mengatakan pihak Suruhanjaya Pilihanraya tidak berlaku adil. Ramai yang mengatakan terdapat karung peti tambahan dihantar lewat, Blackout dan juga kiraan semula yang tidak adil. Ku perlu ulas tentang ini kerana terlalu banyak versi tuduhan dan jalan cerita sehingga tuduhan yang tersebut kelihatan seperti direka-reka. Seperti yang ku telah katakan, ku akan berikan kepercayaan kepada pihak berwajib untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Ku juga percaya, mereka melakukannya dengan adil dan saksama.

Terima kasih kepada petugas pilihanraya yang bertungkus-lumus bekerja dari awal pagi hingga lewat malam demi kelancaran proses hari pengundian.

Perkara yang paling melucukan adalah bilamana ada berita mengatakan sekumpulan warga Bangladesh ditahan dan dihalau konon ceritanya mereka ini adalah sebahagian dari pengundi berdaftar. Tiada siapa yang dapat membuktikan kenyataan tersebut sehingga kini. Mohon jika ada, bagitau ku. Mereka kata ada video, tapi ku tidak boleh menontonnya ketika ini. Jika ia benar berlaku, ia adalah sesuatu yang sangat patut ditegah. Tetapi bagaimana jika sekumpulan warga Bangladesh itu hanya berniat untuk keluar bersiar-siar hujung minggu? Kita sedia maklum, mereka memang menjadikan KLCC sebagai 'Port' sosial hujung minggu mereka. Dan mungkin ada logiknya jika mereka beramai-ramai berjalan menuju ke arah pusat mengundi kerana disana, didepan sekolah, adalah tempat hentian mereka menunggu bas.

Apa pun mulai hari ini, keputusan kiraan sudah selesai. Jika ada rasa tidak kepuasan hati, itu adalah normal. Mana mana pertandingan pun pasti berlaku begitu. Jika punya bukti untuk dijadikan kes, harap bangkitkan sekarang. Tidak perlu panjangkan cerita sampai pembaca nanti meluat.

Diharapkan juga, calon yang tidak berjaya tidak putus asa, kerja kuat lagi, buktikan yang anda berwibawa dan layak untuk menang bertanding pada pilihanraya yang akan datang dan pada calon yang telah menang, anda memegang tanggungjawab besar kepada rakyat. Jalankan tanggungjawab anda dengan bersih, saksama dan ikhlas.

Sekian.

Read More! and Comments

Friday, May 3

Jom Kita Mengundi.. Jom Kita Mengundi..


Warga kota dan bandar terutamanya Kuala Lumpur telah mula meninggalkan kota dan bandar memandangkan tinggal beberapa hari lagi (2 hari kiraan bundaran paling tepat) akan berlangsungnya pilihanraya umum Malaysia yang ke-13. Pastinya yang ditunggu adalah keputusan parti manakah yang bakal menerajui negara untuk tempoh lima tahun akan datang. Seperti sebelum sebelumnya, hanya dia parti atau kumpulan besar yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Barisan National terdiri dari percantuman 3 parti, UMNO, MCA dan MIC manakala Pakatan terdiri dari Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Pertembungan antara parti kali ini boleh dikatakan agak sengit memandangkan kekuatan antara 2 kumpulan parti yang disebut diatas agak hampir sama. Tidak dilupakan juga calon dari parti bebas yang bakal memecah undi dibeberapa kawasan yang mereka daftar bertanding.

Terlalu banyak kontroversi yang ditimbulkan dari pihak yang bertanding. Tidak kira dari pihak kerajaan sekarang mahupun dari pihak pembangkang. Bukan hanya di Facebook malahan di blog, di forum-forum, pelbagai cerita yang kadangkala tidak logic atau luar dari persekitaran pemikiran manusia dapat diperoleh.

Fungsi 'sharing' yang terdapat dalam laman sosial Facebook banyak memainkan peranan dalam penyebaran cerita kontroversi. Paling baru sudah pastinya berkenaan penggunaan dakwat yang bakal dicalit ke jari setiap pengundi demi memastikan tiada pengundi berulang akan berlaku. Ia juga telah jauh tersebar ke media cetak dan elektronik dan pastinya, bakal pengundi sudah maklum tentang itu.

Diharapkan juga agar penyokong mana mana parti yang bertanding tidak membuat huru-hara pada hari pengiraan kertas undi. Pihak yang berwajib sudah cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala keperluan yang telah diminta. Juga tiada gangguan yang akan dicetuskan dengan niat yang tidak baik. In Shaa Allah, pihak berwajib akan melakukan kerja mereka dengan adil dan saksama.

Bagi pengundi,

diharapkan mereka, sudah tentu melihat pemilihan bakal pemimpin dilakukan dengan pertimbangan yang paling tinggi. 5 tahun bukanlah masa yang sekejap, jika pemimpin yang dipilih adalah dalam golongan yang kurang berkelayakkan, pengundi sendiri yang akan merasa nikmatnya.

Pertimbangan yang ku maksudkan, biarlah ianya ditimbang-tara dengan adil, bukan kerana mereka datang dari mana mana parti tetapi lebih kepada pertimbangan terhadap individu bertanding itu sendiri. Mengundilah dengan yakin dan tidak mengikut emosi. Pilihlah orang yang mampu memimpin kawasan anda agar kawasan anda dapat ditambah baik, maju dan selamat. Ku katakan kawasan kerana proses membuang undi ini melibatkan pemilihan wakil kawasan kita.

Lupakan dahulu tentang siapa yang akan menjadi menteri mahupun perdana menteri, kerana kertas undi kita tidak mampu untuk sampai hingga ke pemilihan undi untuk siapa yang akan naik menjadi perdana menteri.

Jika sekalipun yang menang dikawasan anda nanti adalah datangnya dari seorang calon parti bebas, tetapi beliau mampu menyelesaikan masalah kawasan, membantu penduduk setempat dan bersedia mendengar keluhan penduduk.. Itu adalah yang sebaiknya. Secara automatisnya, kita telah memilih calon pemimpin negara yang berwibawa.

Sekian.

Read More! and Comments