Selamat tinggal Selangor
Safee sah penuhi impian beraksi dalam Liga Super Indonesia
PENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan.
Penyerang 26 tahun yang masih memiliki kontrak bersama The Red Giants sehingga akhir musim ini, dikatakan akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan perkembangan itu, Isnin ini.
Sos Cili Ikan Masin
Akhirnya, sesuatu yang kita ramai tunggu. Selangor akan melepaskan juga pemain yang menjadi star Piala AFF yang dah kita bawa balik baru baru ini.
Demi pengalaman, kematangan dan wang [ini pasti], mana mana player yang dapat peluang patut zaasss.. jangan lepaskan.
Kalau beliau bermain dan menunjukkan prestasi yang baik disana, tidak mustahil, banyak lagi pemain lain Malaysia akan diintai kelab dari sana atau mungkin kelab yang lebih besar statusnya.
Jadi selamat berjaya kepada anda dan pastikan anda menjadi perintis kepada pemain lain untuk menimba pengalaman keluar.
Jadi Kelantan..!! Macamana..!? Safee Sali under contract juga.. Takkan sebab contract, tak boleh berunding dan "Kemut" Idlan Talaha yang dah terang-terang ada peluang.
Sekian