Pages

Friday, February 18

Apa Kejadahnya Nama Bisnes Kalau Macam Ni..

Ku jarang buka email akaun Yahoo yang ku buka lama dulu demi untuk dijadikan backup mail jika berlaku apa apa masalah pada mail utama.

Kerana jarang-jarang buka, bila sekali buka, terdapat banyak email sampah yang perlu dibuang. Dalam banyak-banyak, ku tertarik dengan satu mail yang bertajuk "Automatik Untuk Anda".

Ayat mail ni memang macam lain macam, itu yang buat ku tertarik untuk klik untuk baca. Berikut isi email tersebut.

Rahisa Duit Internet Paling Mudah

Maukah anda bisnes yang hanya setup sekali dan diurus 6 bulan sekali?

tak perlu pening-pening kepala.
Bukan MLM
Bukan Direcselling
Bukan sistem berlevel
Bukan bisnes cari downline
Tak perlu jumpa orang
Tak Perlu ajak kawan
Bukan Forex
semuanya automatik
maklumat lanjut di
http://tinyurl.com/penipuharamjadah

Demmit.. buang masa ku [perkataan pertama pun dah salah taip]. Tapi, dalam demmit tu, ku klik jugalah pautan yang diberi. Tujuannya, untuk menkaji, apa yang dikatakan bisnes oleh orang ni.

Demmit.. Demmit.. sekali lagi ku terganggu selepas masuk ke promo site dari link yang diberi. Kalau fikiran ku kurang waras, memang ku rasa kenyataan dibawah ni sangat berbaloi...

- tak ada laman web untuk di bina atau di selenggara.
- tak ada produk untuk di cipta atau dalam simpanan.
- tak ada promosi yang perlu di lakukan.

Demmit.. Demmit.. Demmit.. sumpah ku tak pernah jumpa bisnes yang ada jaminan seperti yang diberi...

ANDA DI JAMIN TAK PERLU:-

tak perlu laman web
tak perlu produk
tak perlu promosi
tak perlu jumpa orang
tak perlu jawab email
tak perlu call atau sms


Selama ku belajar ambil periksa UPSR, SPM, DIPLOMA dan DEGREE, memang tak pernah ada dalam subjek ada bisnes seperti yang diatas.

Memang bangang tahap tapir laa kalau ada yang percaya tentang benda ni.

- Kalau nak kaya pun, ikutlah jalan yang betul untuk kaya.
- Kalau nak cari wang sampingan pun, biarlah sumbernya dari yang sahih
- Kalau mahu berniaga, biarlah lengkap akadnya - Kalau mahu keberkatan dunia dan akhirat, kajilah halal haramnya.

JANGAN BIARKAN MATA KABUR KERANA PESONA WANG.

Satu lagi konsep bodoh yang ku peroleh dalam site seperti URL yang diberi adalah;

TAK PERLU KERJA tapi akan dapat KEUNTUNGAN 100%.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal
demm.. ku dah mula suka dengan quote diatas.

yang benar,
Saya yang ter'demm'ed