Pages

Thursday, June 17

SA2010 - Matchday 1

Berapa game yang korang berjaya tonton sepanjang perlawanan pertama SA2010. Ada 16 kesemuanya dari 8 kumpulan. Ku berjaya juga menonton perlawanan team yang besar atau orang melayu kata "favourite". France, Argentina, England, Germany, Netherland, Brazil dan Spain. Tiadalah banyak sangat perlawanan tu tapi cukup aa untuk kepuasan tuntutan nafsu bola yang tak terbendung.

Seperti yang ku telah katakan pada post yang terdahulu, Spain telah terlalu overated dan ini terbukti bila mana mereka tewas mengejut ditangan Switzerland satu gol tanpa balas. Ia pasti mengecewakan ramai peminat yang memilih mereka sebagai pasukan bakal juara. Jika anda lihat berita [sukan] atau slot tv yang ada hubung kait dengan SA2010, kebanyakan orang awam atau orang orang yang ditemuramah akan menyatakan, Spain akan menjadi juara. Ku masih tidak merasakan begitu...!!



Wakil dari Asia sangat membanggakan. Kita punya 3 wakil pure Asia dan 1 wakil yang bukan Asia tetapi sibuk nak pergi piala dunia. Korea Selatan dan Japan membuktikan pasukan dari Asia tidaklah terlalu teruk prestasi jika dibandingkan dengan pasukan dari Benua Oceania, Australia. Kekalahan besar dan kad merah hanya membuatkan nama Asia terjejas. Mungkin akan ada yang kata, "baru first game, lawan team kuat pula tu...", tapi perlawanan pertamalah yang akan menentukan samada mampu mara ke pusingan kedua atau tidak.

Mereka masuk bertanding dalam Asia kerana mereka complain yang mereka sepatutnya layak secara automatic selepas menjuarai kelayakan Oceania berbanding terpaksa melalui perlawanan playoff sebelum layak ke pusingan akhir piala dunia. Sepanjang playoff, mereka tidak pernah menang walau sekali pun. Tetapi ku hairan bila mana New Zealand yang pertama kali menjuarai Zon Oceania selepas Australia bertanding peringkat Asia mampu mara dan menang playoff menentang Bahrain. Dan mereka berjaya mencuri 1 mata dalam perlawanan pertama dengan Slovakia. Ia sesuatu yang baik.

Satu lagi wakil Asia, Korea Utara. Wow...!! walaupun kalah pada perlawanan menetang Brazil, mereka masih mampu mencipta jaringan. Jaringan itu sudah cukup memadamkan segala tulisan atau kata kata pundits yang telah ku baca sebelum ini. Antaranya yang mereka sebut [maaf, ku lupa magazine mana yang ku baca... tapi ia adalah antara salah satu dari banyak banyak magazine dalam www.zinio.com]: "Korea utara akan menjadi pasukan yang tidak akan menjaringkan gol", "Korea Utara akan menjadi pasukan yang paling banyak melepaskan gol" dan "mereka akan menjadi pasukan paling lemah dalam edisi SA2010". Tapi mereka membuktikan, ranking dan reputasi tidak bermakna mereka tidak mampu...!!

Ayuh Malaysia, kita maju...!!

Ok!! nanti rajin ku post lagi... Matchday 2 mungkin...!! Bergantung pada kelapangan masa dan idea...!!

Terima kasih kerana membaca...!!

Ayuh Malaysia, kita maju...!!

Read More! and Comments

Kekecewaan World Cup

Apa yang mengecewakan hanyalah satu kekecewaan iaitu kepada Radio Televisyen Malaysia [RTM] yang bukan main canang awal, sebulan sebelum pertandingan lagi. Mereka bukan main beriya-iya "saluran piala dunia anda" hingga tersiarnya beberapa slot yang mereka jangka dapat menyemarakkan lagi sambutan dan semangat piala dunia. Tetapi, mana siaran langsung jam 7:30 pm? perlawanan jam 10:00 pm? dan kenapa sepatutnya siaran langsung jam 2:00 am antara Cote d'Ivoire dan Portugal, RTM tayang perlawanan ulangan Germany dan Australia. Adakah mereka segaja untuk membuatkan sesiapa yang tidak punya Astro terpaksa melanggan untuk bagi merasai kemeriahan seperti mana yang Astro lakukan pada rancangan reality Akademi Fantasia...!! Jika tiada siaran langsung, tidak perlu canang awal2 awal... Ia hanya mengecewakan pakcik pakcik dan abang abang yang tinggal dikawasan luar bandar yang tidak mampu melanggan TV Satelite. Pasti mereka juga sedang menyumpah seranan RTM kerana harapan sekurang kurangnya menonton Korea Selatan membelasah Greece tidak kesampaian.

Read More! and Comments

Saturday, June 12

Perebutan Kejuaraan Bermula



Malam semalam, bermula pesta bolasepak terbesar dunia yang ramai sedia maklum berlangsung di Afrika Selatan. World Cup 2010. Kenapa ku macam terlambat [malam semalam], ia adalah kerana karangan ku ini di buat semasa ku sedang bekerja shift malam pada minit ke 23 perlawanan kedua antara Uruguay dan France.

Sebentar lagi, selepas selesai mengadap segala request dari client yang jauh, ku akan keluar sebentar ke kedai untuk lunch dan menonton baki perlawanan Uruguay dan France. Sekarang masih kosong-kosong, dan dua kat kuning kepada pemain France. Oh!! ku merujuk pada Livescore yang mana menjadi rujukan utama ku sejak dahulu bagi mengetahui perkembangan perlawanan bolasepak seluruh dunia. Lepas ni sapa yang tak tau, boleh aa guna. Promote free je nih...!!



Bagaimana dengan pasukan pilihan anda? Pasukan pilihan utama sama nampaknya tidak bertanding pada tahun ini, jadi perlu tunggu temasya yang akan datang iaitu 4 tahun dari sekarang, atau 8 tahun atau mungkin 16 tahun lagi. Jadi, oleh kerana pasukan pilihan saya tidak bertanding tahun ini, saya telah memilih pasukan pilihan alternative saya yang terdiri dari pasukan Italy dari Eropah dan Japan dari Asia [saya baru beli jersi pasukan Japan versi WC2010 yang baru].

Pundits, pakar-pakar analisa dan juga pengulas sukan dunia kebanyakannya memilih Spain dan Brazil sebagai pasukan pilihan merangkul kejuaraan. Mereka membuat analisa berdasarkan maklumat serta pemantauan pemain yang bermain dalam liga liga utama eropah serta pencapaian kelab. Atas dasar itu jugalah, ramai rakyat Malaysia yang ditemuramah menyatakan mereka memilih Spain sebagai juara temasya ini kerana Spain punya Torres dan Fabregas yang sangat cemerlang bermain di Barclay Premier League ataupun mungkin kerana mereka terpengaruh dengan kata kata pundits, pakar-pakar analisa dan juga pengulas sukan dunia tadi.

Bukan saya ingin memperkecilkan kemampuan mereka yang pakar tetapi mereka dan saya punya pendapat yang tersendiri. Argentina punya Messi, tapi mereka tidak akan berjaya, Portugal punya Ronaldo, tetapi mana mampu hanya dia, dan mereka mengkelaskan England sebagai pasukan gergasi, tetapi tidak saya. Mengapa? Pasukan itu terlalu 'overated'. Saya menjangkakan England akan hanya akan merasa sejauh suku akhir sahaja.

France, mereka memerlukan pemain pemain seperti L. Blanc, Pires, Viera, Zidane dan sekutu sezaman mereka jika mahu mengecap kembali kejayaan merangkul kejuaraan. Germany tidak disebut langsung sebagai antara pasukan yang bakal bergelar juara tetapi mereka masih tercari-cari rentak kemenangan seperti yang telah mereka peroleh pada zaman Beckenbauer dan Matthäus. Belanda pula selalu diangkat sebagai pasukan contender kerana keupayaan pemain mereka yang pada tahap tertinggi dan jika juara, pasukan ini akan mencatat sejarah pasukan Netherland yang pertama membawa balik Piala Dunia

Saya sangat setuju jika pemilihan Brazil sebagai juara dibuat. Meraka mempunyai pasukan yang seimbang disetiap sudut posisi. Belakang, depan, tepi dan luar terisi dengan pemain yang berkemampuan tinggi. Mereka tidak merasa goyah walaupun tidak menyenaraikan pemain hebat seperti Ronaldinho dan Ronaldo. Ini kerana, mereka punya terlalu ramai pemain yang mampu menggalas tanggungjawab bermain dan terlalu ramai itu bermaksud, pemain mereka berada di mana mana. Deco dan Amauri adalah contoh pemain hebat yang datang dari brazil tetapi mewakili negara lain.

Sekarang sudah minit ke 45 separuh masa. Tiba masa saya untuk keluar dan apa yang saya fikirkan adalah "Italy akan menjadi juara dunia..."

Read More! and Comments

Wednesday, June 2

Hobi Saya Dulu Dulu...

Satu masa dahulu, sekitar tahun 80-an, Semasa zaman sekolah rendah dulu, cikgu pernah bertanya 3 cita cita anda dan 3 hobi anda sebagai rekod peribadi pelajar sekolah. 3 hobi yang klise adalah jawapan ku yang memang pendek akal, "Polis, Askar, Bomba"... dan hampir keseluruhan pelajar lelaki memberikan jawapan yang sama ketika itu. Budak budak sekarang pasti punya jawapan yang lebih advance yang memerlukan kemampuan lidah orang putih untuk menyebutnya. Tapi ku bukan nak bercerita tentang cita cita, ku nak bercerita tentang hobi.

Apabila cikgu bertanya, apa hobi kamu, 90% pelajar dalam kelas kelas ku menjawab membaca, melukis dan bermain bola sepak. Dan bagi pelajar perempuan, sesungguhnya memasak adalah hobi klise yang selalu dijawab bila ditanya cikgu. Dan ku antara pelajar yang mempunyai sedikit kelainan dalam jawapan walaupun 2 jawapan yang diisi sebelumnya adalah klise. Apa yang pasti, ku telah berjaya menerapkan jati diri dalam menceburkan diri dalam bidang PENGUMPULAN SETEM.



Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.
Sumber

Anda juga boleh lihat kepelbagaian jenis setem di di sini.

Banyak juga koleksi jenis setem yang terkumpul, yang besar, kecil, segi empat sama, segi empat tak sama dan jenis segi tiga pun ada. Image buah, bunga, binatang dan permandangan juga banyak dalam koleksi. Jumlah keseluruhan kumpulan setem yang ku ada adalah terkumpul dalam 3 buah buku setem besar yang jumlahnya tidak dapat ku pastikan kesahihannya. Apa yang ku suka sangat tentang koleksi yang ku ada ni adalah boleh "Show off" bila bawa ke sekolah takkala "presentation" apa hobi anda. Yaa.. buku setem ku pernah dikagumi rakan sekelas atas isi kandungannya dan buku setem ku jugalah yang memberi sedikit inspirasi kepada pelajar lain dalam menceburi bidang pengumpulan setem. [cilakak!! lepas tu, diorang minta mak ayah diorang beli setem yang lebih canggih dari yang ku ada...]

Setem RM0.30 bergambar buah nanas mendominasi pengumpulan. Kerana terlalu banyak, ada juga setem yang masih elok atau berjaya ditanggal dakwat cop nya digunakan semula bagi tujuan menghantar kad hari raya buat rakan. [walaupun kad yang dipos itu penerimanya hanyalah berada selang 2 bangku dari bangku tempat duduk ku di kelas...]

Setem dari luar negara, England, United State, Australia dan New Zealand antara yang banyak diperoleh dari ibu ku. Ia diambil dari surat surat pejabat yang sampulnya sudah tidak digunakan lagi. Ada juga setem sama yang ku ada di"barter"kan kepada rakan sekelas yang punya jenis setem yang lebih canggih seperti ku telah beritahu diperenggan atas.

Ku tidak lagi meneruskan hobi ini malah ku pasti aktiviti mengumpul setem adalah antara hobi yang asing bagi remaja sekarang.

Mungkin kurang galakan ibu bapa...??

Tidak mustahil;

Mungkin juga akan diperlekehkan rakan sekelas jika mereka tahu yang salah seorang rakan mereka punya hobi mengumpul setem...??

atau pun;

Mungkin juga punya hobi yang lebih hebat seperti bermain alat muzik, contoh gitar, walau tahu petik beberapa chord mampu menarik 2 3 rakan sekelas perempuan duduk ke riba...??

Bagi ku, mengapa hobi mengumpul setem sudah hampir pupus. Jawapannya adalah mudah, tengok surat surat yang sampai kat umah ku sekarang;





CHISS...!! MANA SETEM-SETEMNYA...!!??



Read More! and Comments