Pages

Tuesday, January 19

Kelakar tahap dewa...

Hilarious...
[Amaran keras... tidak digalakkan menonton movie ini diofis kerana takut berlaku gangguan kepada rakan rakan sekerja lain...!!]




Happy watching

Read More! and Comments

Friday, January 15

Saya Sudah Ada Space Gambus Experimental



Space Gambus Experiment adalah CD terbaru dalam koleksi ku. CD ini ku terima didalam tray bersama dengan slip gaji bulan December tahun lepas yang duitnya tidak dapat dipastikan bila akan ku peroleh dan CD ini adalah CD pertama yang untuk tahun 2010 yang ku beli.

Tilisan ni ditulis atas dasar ku sebagai seorang pendengar muzik dan dari deria rasa yang tak seberapa hebat. Cukup untuk memberikan gambaran tentang isi kandungan rilisan ini.

Lagu pertama memang lagu pembukaan pengenalan yang tepat...!! Ia seakan membawa pendengar menyusur ke satu pengembaraan. Sepantas dalam kepala ku terbayang, jikalau lagu pengenalan ni dipersembahkan dengan visual cahaya atau laser berserta asap pentas yang menimbulkan effect yang hebat, pasti ramai yang agaknya akan terpukau dengan kombinasi keduanya...!! Itu sekadar imaginasi ku...!! Yang menariknya, selepas separuh perjalanan lagu diputar, baru ku sedar, tajuk lagu pertama ni adalah Pengembaraan Cahaya...

Track lagu seterusnya membawa ku melayari, berkhayal dan berimaginasi.

Mendengar intro trak tiga, membuatkan ku terasa seperti tak tau dimana. Ohh!! Mungkin seorang bidadari yang berpakaian serba cantik, berambut panjang dan menutup separuh mukanya sedang memberikan tarian dengan lintuk bahasa badan yang lembut dan mempersonakan...!! Adakah khayalan ku sudah terlampau...!!? tidak...!! mungkin anda lain yang mendengar punya imaginasi yang berlainan dari ku.

Bunyian gamelan dalam Trak nombor tujuh mengingatkan ku pada satu peristiwa dimana satu masa dulu pernah ku dihalau pengawal Perpustakaan Universiti Sains Malaysia menunjukkan bakat mengetuk caklempong diruang pameran yang telah bertag dibawahnya "sila jangan sentuh". Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1998.

Ada pula bahagian riff dalam 7 Ruang Kosong yang mengingatkan ku pada lagi Kiss By The Rose, lagu tema filem Batman Forever. Ia mungkin secara kebetulan dan tidak ketara langsung dan ia hanya dapat dikesan bila sampai pada note tu dimainkan...!!

Keseluruhannya boleh disimpulkan, CD ini tidak akan dapat diperoleh dimana mana kedai munjual CD dan Cassette seluruh negara dan juga sudah pasti tiada lagu lagu yang tersenarai didalam album ini akan diputarkan dicorong corong radio popular yang mentafsirkan sendiri mereka nombor satu Malaysia. Alasannya, artis ini bukan dari Indonesia [lagu takde standard] ataupun mereka mampu menggunakan alasan fakta yang tiada vocal dalam lagu [walau ada sedikit bait-bait percakapan dalam beberapa lagu]. Itulah lumrah artis Malaysia terutama yang bersifat DIY.

Kepada anda yang sedang mencari cari album atau lagu lagu diluar kebiasaan halwa pendengaran, saya sarankan album ini. Explorasi kombinasi bunyian alatan moden yang digarapkan dengan alatan muzik traditional mampu mencetuskan perasaan tenang dan jauh, seakan jauh berada di space.

Dapatkan CD Space Gambus Experimental disini

Juga boleh dapatkan bonus tracks secara percuma [B side]

Terima kasih Space Gambus Experiment
Selamat Maju Jaya

Read More! and Comments

Tuesday, January 12

Hujung Minggu Yang Panjang


Minggu lepas, hujung minggu, adalah hujung minggu yang sangat sibuk untuk ku bulan ni, bukan apa, hujung minggu ni adalah satu satunya hujung minggu yang ku dapat untuk bulan ni berbanding bulan bulan yang lepas...!! kenapa, sebab ramai staff dah blah, jadi yang tinggal ni laa yang kena sesah...!! kalau ada tempat sapa sapa yang ada vacancy, sila aa beri tau ku sebab ku pun rasa macam nak tukar kerja je skang ni....!!

Kami menuju ke Chocolate Fair yang berlangsung di MidValley sepanjang hujung minggu lepas... Ada yang sempat pergi atau tak? Takpe aa kalau tak sempat pun rasanya tak rugi sangat sebab acara ni rupanya takde aa besar, kebanyakan exhibitor pun banyak pengusaha yang kecil kecil atau pun persatuan persatuan yang buat dan pasarkan hasil coklat secara DIY. Kiranya, acara ini bagus untuk mereka mempromosi product yang mereka ada. Kami hanya berada di dewan pameran tak sampai 30min tapi tetap bawa balik dua, tiga pembelian.



Kereta belakang tu 125k je tu...

Kami juga meluangkan masa ke Taman Desa Rhu, Seremban menghadiri perkahwinan rakan kerja Shima. Tahniah kepada pasangan pengantin, tak ingatlah pula nama pasangan.





Kami sempat gak singgah ke nilai3 semasa dalam perjalanan balik dari kenduri. Itu pun sebab takde orang kat rumah. Maksud ku, mentua dan pakcik makcik ku takde dirumah dan mereka juga keluar menuju ke Nilai3. Pertama kali ku sampai ke sana masa pembukaan Nilai3 tiga bila mana orang yang datang berpusu ramai gila. Dah tak ingat tahun bila masa tu sebelum tiba tiba Nilai1 meletup letup dengan bisnis kainnya. Sekarang Nilai1 dah tak happening, dan rasanya orang pun dah boring...!!

Masa sampai ke Nilai3 tu, memang terkejut aa pasal pesat dan banyak sungguh kedai yang ada [banding masa ku datang dulu] dan kami terus menuju ke satu bahagian komersil yang berbumbung di tengah [tak tau nak explain macamana]... Menarik memang menarik, tak berapa terik bila panas dan tak berapa panas bila hujan cuma bahang udara je aa tak tahan...!!


Tengah-tengah ada arcade


Playground pun ada

Barang dagangan dalam tu sama je, baju, kain, beg, langsir dan barang barang stereotype Nilai3 yang mampu membuatkan ku cepat boring... Boring menunggu sebenarnya...!! Nasib ada arcade dan playground untuk ku melepaskan bosan menunggu process orang orang perempuan memilih barang.


Aksi anak anak bermain

Dirumah, ada 2 perkara utama yang dalam perancangan kami. 1 adalah, process penerimaan hadiah dari cik dan acik yang dibeli dari Japan semasa mereka melawat Aisha holiday lepas. Wow...!! Hebat...!! hadiah yang kami dapat memang hebat... [Nantilah ku story kalau rajin] dan yang ke-2, kami sangat menunggu siaran langsung Juara Lagu ke-24 malam nanti...


Antara barang yang dibawa pulang dari Japan

Wow... Serious, persembahan penyanyi generasi baru yang memang membarukan penampilan AJL. Pentas memang cantik dengan background LED, cantik masa Aizat persembahkan lagu Pergi...!! Tu tak campur gimik Hujan, Bunkface yang mempamerkan expresi remaja, dan kebanyakkan penyanyi lain yang membawa prop dan penari yang ramai yang sebelumnya banyak di'conqure' by Noraniza Idris... Syabas...!! Lagu yang menang, ku tak mo komen sebab ku bukan pandai teknikal musik, main musik pandai tapi teknikal, hancur.

Satu yang ku hampa sikit bila baca kenyataan Tomok tentang alasan TV3 menukarkan giliran akhir dia dengan Faizal Tahir... Alasan Faizal Tahir akan beri impact persembahan ku rasakan alasan nonsense kerana undi adalah muktamat, dan sepatutnya perkara ini tak terjadi. Hasilnya, dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, persembahan Faizal Tahir tak mencapai jangkaan yang di jangkakan... Mungkin sistem bunyi yang tak balance sebab masa Faizal Tahir nyanyi, musik lebih kuat dari suara keluar dari speaker TV...

I Go [Original Version]


Kau Pergi [Juara AJL24]


Tahniah kepada komposer yang menang dan artis yang memberikan persembahan. Esok lusa ku tulis lagi...!!

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau?????

Ambil aa ni, lagu kacip bulan lepas...!! serious, kalau ku tak kerja shift malam, sure ku takkan tahu atau tak terdengar langsung lagu ni...!! Lirik lagu ni lagi kelakar dari lagu lagu grup Senario yang pernah ku dengar dan lepas ku dengar lagu ni, ku lebih appreciate lagu lagu Senario...!!



Read More! and Comments

Tuesday, January 5

Putrajaya Night Marathon



Tarikh: Saturday, February 6, 2010
Masa: 8:00pm - 11:00pm
Lokasi: Putrajaya
16 kategori (Lelaki & Perempuan)
42KM, 21KM, 7.7KM & 5KM (Fun Run)

Peta laluan larian

Pusat Pendaftaran
1. Perbadanan Putrajaya Lobby [borang]
Mon-Fri 10:00AM-5:00PM

2. F.T.A.A.A Office, 2nd Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur [borang]
Mon-Fri 9:30AM-5:30PM
Saturday 9:30AM-2:00PM

3. Online

Maklumat lanjut sila klik sini

---------------------------------------

Ku dan Shima sudah "success register", kami akan bertanding dalam acara larian 7.7KM, sekarang tinggal nak angkut t-shirt je lagi sebelum acara berlangsung. Mungkin adik ipar, Lob dan sepupu wife ku, Nasiah pun akan menyusul untuk mendaftar. Andai ada antara anda yang berminat, masih sempat lagi untuk mendaftar dan meramaikan majlis. Apa yang menarik, larian ni dibuat pada malam hari, sejuk, mungkin lepas hujan, jadi tidak terlalu letih untuk bangun pagi dan berlari seperti pada acara acara larian yang lain.

Harap harap ku boleh sampai ke garisan penamat sebelum Calvin sampai memandangkan itu hari dia macam betul betul je nak lari sampai habis dalam acara 7.7KM... Dalam game boleh aa weeii... ekekeke!! saja ku provoked supaya dia panas dan semakin bersemangat... Ni kalau Fared baca pun mungkin dia berkobar gak ni... harap fitness Fared bertahan 10 min je...!! lalalaa....

Kalau ada sesiapa yang nak berjalan bersama kami dalam acara lumba lari, sila PM ku..!! kita boleh set jumpa kat garisan penamat...

Gambate...

Read More! and Comments

Friday, January 1

10 Finest Malaysian Album of the Decade's

The most significant local albums that shook the music scene in the Noughties.

THE best Malaysian albums that were released during the last decade, you ask? When one lives in a country where nothing musical is ever properly documented, coming out with such a list is equivalent to pulling a needle out of a haystack.

As someone who has been extensively and aggressively documenting the development of Malaysian music, it’s always a pleasure for me to please. Fret not, as unlike any other great music “documentist”, educating readers is my penchant, so the 10 albums presented here were carefully picked on how they steered, influenced and changed the Malaysian music industry, consumers and enthusiasts. Combined with the credibility factor and music critic’s snobbery, allow Yours Truly to present the list of the best Malaysian albums released during the Noughties (in no particular order).

For full reciew, here

Below is the list of album:


Butterfingers – Selamat Tinggal Dunia
EMI Music
2004


Search – Gothik Malam Edan
Neo Gendang Records/Life Records
2006


Datuk Siti Nurhaliza – Transkripsi
Siti Nurhaliza Productions /SRC
2006


Too Phat – Plan B
Positive Tone/EMI Music
2001


Malique – OK
Qarma Musiq/Warner Music
2008


Elyana – Bicara Mata Ini
FMC
2005


Hujan – ABCDEFGHUJANOPQRSTUVWXYZ
Noh Phrofile & FMC
2008


Faizal Tahir – Aku.Muzik.Kamu
Monkeybone Records
2007


OAG – Opera Radhi-O Friendly
Positive Tone/EMI Music
2002


Spider – Aladin
NAR Records
2002

==============================================

Geezz... I've only own 2 out of 10 albums picked by article author, Mr. Adly Syairi Ramly which is Selamat Tinggal Dunia and Aladdin in my collection and have considered [dulu laaa] to add ABCDEFGHUJANOPQRSTUVWXYZ and Aku.Muzik.Kamu to my cd's collection but naaaa... Tak jadi beli...!! So guys, u may now consider to find and adding out those album on the list to your collection... Oh!! just wondering, where they put KEMBALI...!!??

"Guna sebelum ia kembali guna, Sebelum tarikh luputnya" - Cuai, Butterfingers

==============================================

Read More! and Comments