Pages

Tuesday, September 1

RON95 naik harga

Tak sampai sebulan kereta ku dituangkan dengan petrol RON95 [ia diperkenalkan pada 13 Mei 2009, tapi masuk petrol station baru beberapa minggu rasanya] ni yang harga pengenalannya RM1.75. Ramai yang memberi maklum balas positive tentang pengenalan petrol yang harga lebih murah ni. Tetapi, mulai hari ini September 01, 2009, harga seliter RON95 telah naik sebanyak RM0.05 [tunjuk 0.05 bagi nampak macam sikit je].

Bagi pengguna, ia mungkin satu kenaikan yang mungkin tak memberi kesan kerana sebelum ini, kita telah terbiasa membeli petrol yang berharga RM1.95 dan masih kurang 0.15 dari harga yang telah kita bayar...!!

Tapi apa yang di takutkan... Adakah kenaikan ini akan membuatkan harga barangan pasaran dan harian akan naik...?? kita pernah dikejutkan dengan kenaikkan harga petrol yang mendadak dan pada masa itu, segala jenis barangan keperluan naik mendadak juga... Kita juga telah disajikan dengan permainan pemimpin, untuk meraih undi, harga minyak diturunkan juga secara mendadak sebelum pilihanraya... tetapi...!! Nasi Pataya kat Terminal Cyberjaya yang dinaikkan ke harga RM4.50 dari harga asal RM4 tetap tidak turun hingga sekarang bahkan isi kandungannya semakin berkurangan dari yang asalnya...!!

Harga petrol naik atau turun, kita rakyat juga yang suffer...!!
Dah laa gaji Julai tak dapat lagi ni...

rujukan

1 comment:

  1. 1 malaysia.. rakyat didahulukan.. itu lar maksudnya petrol dinaikkan. huhu!

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks