Cyberjaya 29/07/2009
Nozy meninggal accident...
kenyataan ni cukup untuk membuatkan keadaan office ku merundum bersedih sekelabu awan hujan pagi tadi. keadaan semakin emo bila semakin ramai yang mengenali Nurzihanie atau kami panggil Nozy, sampai ke office...!! Oh... hampir separuh staff lama kat sini memang mengenali arwah. Arwah adalah bekas staff disini sebelum berhenti dan bekerja disyarikat selang 2 block dari office kami. walaupun berlainan tempat kerja, kami selalu juga melambai-lambai tangan takkala arwah lalu depan opis...!! nak keluar dari cyberview kena lalu opis ku dulu...!!
acap berkata:
keta arwah terbabas & langgar pokok & berpusing 180 degree, & terlanggar keta lain lepas yg dtg dr belakang (dia ngadap keta tu..) keta terbakar & pintu terkunci dia cuba kuar ikut belakang tp x sempat keta meletup.
Tragis sungguh cara kematian... mungkin kita pernah menonton jalan cerita yang begini tapi harini, ini adalah kejadian yang benar... ku tak turun ketempat kejadian kerana terpaksa jaga status tapi untuk melihat gambar kejadian, anda boleh ke blog ini yang saya pinjam sebagai rujukan. terima kasih kepada pemunya blog ~ a WaLk To RemEmBeR ^ ~ dimana kami yang tidak ke tempat kejadian beramai ramai masuk ke blog ni untuk mendapat gambaran tentang tempat kejadian pagi tadi.
Dari cerita kawan kawan yang pergi ke tempat kejadian, selama 3 hari sebelum hari ini, arwah sangat insisted untuk merasa masakan suaminya yang sejak dari hari pernikahan tidak pernah sekalipun memasak dirumah. Voodoo nya bila malam sebelum kejadian, arwah dapat merasa juga hasil tangan masakan suaminya sambil mengeluarkan kenyataan yang memuji akan kesedapat masakan suaminya.
bunyi seakan begini,
"sedapnya abang masak, kalau macam ni, tak risaulah kalau abang tinggal seorang nanti..."
kita mungkin tidak merasakan sesuatu jika ditempat mereka, tetapi itu menjadi tanda pemergian untuk selamanya... kami di P2ionline Sdn Bhd, Cyberjaya berkongsi kesedihan bersama keluarga arwah dan berdoa semoga ruh arwah dicucuri rahmat... amin.