Jumaat, 30 Nov 2007, Kuala Lumpur....
Ok.. semalam ku balik umah jam 7am... sebab malam tadinya ku keja shift malam... masuk jam 10pm balik jam 7pm!! kerja malam tak se stress kerja siang sebab tak perlu kejar masa untuk deliver edition. cuma yang tak berapa best nak kena fulfilled client request, problem dan perkara perkara yang sewaktu dengannya..!! walaupun tak berapa susah tapi ku susah nak curi curi masa untuk tidur...
semalam juga hari terakhir Shima di NSTP Bangsar. pagi tu macam biasa dalam keadaan mengantuk tahap gaban [sebab malam tu tak dapat curi curi tidur] ku p Bangsar untuk kali terakhir hantar dia ke ofis... dah takde aaa nak sarapan pagi kat kedai abang depan tu, atau kat lucky garden lagi... dan yang paling best tu, takde lagi aa ku nak p hantar dia p ofis setiap pagi.. muaahahahahaaa... [korang mesti ingat ku jahat...] muaahahahahaaa....
balik tu macam biasa, kalau dah kerja malam, mesti belasah tidur tak sedar sedar..!! bila sedar dah jam 345pm. tu pun sebab tersedar bunyi sms tanya "nak datang jam berapa"... kalau takde sms tu, mau hanyut sampai jam lima... bukan apa.. sebab Shima last day, ku dah janji nak amik dia balik dari ofis ditambah pula, dengan adanya kotak kotak barang yang perlu di bawa balik..
jam 4pm lebih sikit, ku pun gerak amik amir dulu... dia dah siap dari jam 2pm lagi kata kak ani [pengasuh]. kesian, dah lama tunggu ayah dia datang amik sampai tertidur... tapi, terpaksa bangun gak sebab ku akan terus ke Shah Alam minggu ni sebab parent ku balik Kuantan... situasi perpisahan kat NSTP tu macam ala ala sedih gak.. kawan kawan Shima ramai ramai babai masa kami gerak keluar dari situ... ku mungkin terasa tempias sikit je.. tak tau aaa tuan punya badan...!! jadi lepas ni... dia akan berada di tempat baru..!!
malam tu kami 3 beranak p makan kat luar... decide p makan kat Tesco Shah Alam... ramai juga umat yang makan kat luar masa malam tu... oh!! malamnya tu ku tak kerja sebab balik ke shift siang esoknya!! lepas makan punya makan... kami pun balik
elok keluar je keta dari parking, adalah satu kereta tu suami isteri sedang load barang masuk dalam keta diorang... seingat ku keta wira color putih...
atas tu semua intro je untuk cerita ku ni... berikut ni isi dan penutup... sambung aa baca...
pertama tama je bila ku tengok diorang, terus tersembul "uih!! banyaknya air... mineral lak tu..."!! sebab apa, adari jauh dah nampak ada dua troly sarat dengan air mineral kotak hijau... belum sempat ku nak kutuk more further... Shima bagi tau... "Eh!! nan aaa...."!! huh, sepanats kilat ku stop [kereta aaa... bukan stop kutuk!!] dan reverse!! masa reverse tu dia tak perasan lagi... mungkin dia ingat kami nak tunggu parking..!! bila ku dah buka tingkap dan bagi salam... baru dia perasa... huhu..!! maklum dia ralit lagi masukkan kotak kotak hijau yang dia beli tu ke dalam boot kereta dia.. sempat aa kami berbual beberapa minit sebelum kami gerak balik... jadi kesimpulan cerita ni, ku nak bagi tau yang ku jumpa nan.... malam tadi kat Tesco Shah Alam...
p/s: terima kasih aaa kerana bersabar dan sudi membaca cerita ku ni sampai habis... huhu! harap tak ganggu kerja ofis korang... yang benar - Rizal
xde la bersimpul pun kesimpulan awk. hehe
ReplyDelete