Pages

Monday, December 24

Raya Haji dan Weekend

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilham... Mungkin dah terlewat beberapa hari posting ku ni untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada semua dan juga kepada jemaah yang menunaikan haji tahun ni...

Ramai gak yang bertanya:
"Raya Haji kat mana?"
dengan bangga ku jawab
"Kat ofis je..."

pagi tu, alhamdulillah, sempat sarapan nasi inpit ngan rendang bawa dari rumah dan juga sempat juga aaa keluar solat hari raya kat masjid MMU... pagi pun tak ramai staff yang datang pun sebab kebanyakannya dah tukar schedule masuk jam 11am... jadi, bila habis kutbah semua, dalam 930am ku masuk ofis semula... balik!! ikut hati nak je buat 10jam PH, tapi lapar lak... ekekek!! lagipun esoknya ku cuti 2 hari... rasanya yang paling seronok haritu mestinya orang orang yang buat kerja kerja korban...

ku ingat lagi masa zaman sekolah dulu... kat kuantan, kampung mama ku, kami ada buat korban... berapa ekor tak ingat tapi yang ku ingat ku tolong pegang ada 1 ekor lembu ni, ganas gilo... walaupun kuat dia meronta tapi akhirnya kalah juga dengan kelicikan fikiran manusia mematahkan segala goyangan badan kaki kepala kononnya lembu tu fikir boleh lepas aaa... bila dah menyerah [@dia letih barangkali] dia diam dan menunggu saja... mungkin dia tahu nasib dia lepas tu... masa juga aaa kalau tgk mata lembu tu, kita akan rasa sangat kasihan dan kalau boleh nak batalkan hasrat korban tu... bukan apa, sebabnya sebelum lembu tu disembelih, ku dah tgk mata lembu tu, sayu macam menangis...!!

tu baru lembu... bayangkan macamana situasi dan perasaan Nabi Ibrahim terhadap anaknya, Ismail?!!

ok...!! aktiviti jumaat malam sabtu pula lebih berkisar pada aktiviti malam ngan kawan lama... sempat lagi kami p jam kat SS18 subang... dah 7 tahun tak buat aktiviti ni, rasa kekok pun ada... rasa nervous pun ada... maklum bila dalam keadaan macam tu, pastu nak kena conviced kat diorang yang ku masih terel macam dulu [chewaahhh...]!!

sabtu, macam biasa aaa... kalau cuti mesti akan bawa wife dan amir jalan jalan!! jadi semalam kami p jusco bukit raja... banyak gak benda yang dibeli walaupun pada asalnya rasa nak cari 1 barang je...

harini ahad... ku kerja shift malam... huhu!! ni tgh kerja aa ni...