Pages

Wednesday, November 21

Gitar Baru... Fuyooo...

ni lah rupanya benda yang diuar-uarkan dalam blog shima. korang boleh p check, tapi takde aa uar secara grand pun.. ahaks!! ku malas nak bagi tau pun tapi sebab dia dah ter'announce', ku semangat aaa nak tunjuk...

korang boleh tengok aa perbezaan gitar lama ku ngan yang baru tu... sound jangan cerita tapi rupa bentuk takde aa beza sangat walau harga memang beza aa... tu pun berkat pertolongan rakan ku zakri, dapat aa discount yang berpatutan... nasib budget tak lebih sikit, kalau tak menang angkat LP std dah haritu... hehehee!!!

nanti ku bagi tau aaa apa yang ku dapat dan akan buat ngan gitar ni... sdg cari resepi kat internet... cuma nak implement recepi tu yang tak berkesempatan lagi, sebab masa yang terhad...

jadi, kepada yang memang teringin nak memiliki sesuatu tapi masih mengidam... you go for it!!

Brand Lama

Head baru... clone gibson [gitar romie sebenarnya ni...]


Body lama [gitar romie sebenarnya ni...]


Gitar lama[gitar romie sebenarnya ni...]

Brand Baru

Head Baru


Body baru


Gitar baru



p/s: ok!! ku nak balik... nak amik mem... oh satu lagi... kepada yang memang teringin nak memiliki sesuatu tapi masih mengidam... you go for it!!


Read More! and Comments

Taip apa yang terlintas jee...



memang 2 3 minggu ni ku sibuk. tak sempat nak mengarang entry untuk blog. dengan issue yang bertambah kat office dan macam macam perkara luar yang perlu di selesaikan.. kalau korang pernah kerja kat tempat ku kerja ni tau aaa... kalau bagi 8 hari seminggu 30 jam sehari pun belum tentu cukup masa. kadang kadang nak pergi kencing pun kena delay dan tahan sebab keadaan yang memerlukan ku sentiasa ada pada waktu tersebut.. cuma buang air besar je aa ku surrender, maaf aaa nak tahan...

pertamat-tamanya, syabas kepada shima kerana akan memulakan kerja di tempat yang baru... harap environment baru akan membikin anda lebih matang dan berpengalaman... cuma yang tak berapa syioknya, tempat kerja tu masih kat area kuala lumpur... dan tempat kerja baru ni kalau nak pergi ngan kereta, boleh sakit jiwa dibuatnya... takpe.. rezeki kat situ, nak buat camne...


lagu paberet amir... oligo coco.. oligo coco..!!

untuk anak lelaki ku, amir, selamat menyambut tahun pertama kehidupan... insyaAllah ayah ibu takkan lupa membekalkan kamu ilmu untuk hidupan dunia dan akhirat... oh!! tarikh lahir dia 12 november lepas... takde sambutan apa pun, cuma belikan cake 1/2kg ngan lilin 1 batang.. tu pun lilin ibu dia yang tiup.. huhu..!! yang paling best, birthday pertama dia ni je dah dapat laptop sebiji... korang bayang aa bila umur dia dah 10 tahun...??


image ni diambil masa kami p makan A&W kat PJ... dia layan tu...

tahniah kepada yus... dia dah bertunang!!

apa lagi ek??!!

rasa buntu lak nak menaip time kerja ni... sebab tak leh nak straight fikir apa yang nak ditaip... kejap orang panggil, kejap orang datang, keja tu kejap ni... huhu!!

ohh!! ku ada terbaca komen nan dalam blog shima, dia kana nak beli drum... wow!! ku boleh recommendkan ko kat kedai yang ku beli gitar haritu... tapi member ku zakri aa tolong deal kalau ada..!! ko bgtau berapa budget yang ko rasa ko mampu... pastu boleh aa kita jam bawa lagu beatles... ko kan boleh jadi "ringgo star". fuuhhh!! tak perlu buat band... jam suka suka pun dah cukup puas hati.. tapi kalau nak bikin band, lagi best!!

ikutkan memang banyak perkara lagi yang berlaku tapi memang tak leh nak fikir balik apa dia.. eekkeke!! kalau kat rumah ada aa masa sikit, tapi lagi tak leh nak fikir... sebab skang dengan masa yang sikit tu ku gunakan untuk layan game football manager 2008..!! best siot... game ni akan membuatkan si pemainnya akan terus main dan main dan main... tapi takde aaa ku straight main tak buat benda lain.. kalau keadaan memerlukan memang berenti aa... kalau surfing pun tak lama sebab tangan asyik nak tekan football manager 2008 je... sapa sapa yang layan game tu, moh aa p kat forum ni...

ok... nak balik!! amik mem!! ciao...!!



ni ku update lain: harini masuk hari ke 3 amir tak berapa sihat... demam dia makan ubat surut, lambat makan panas... doakan dia semoga cepat active semula sebab skang dia sedang dalam keadaan lembik... insyaAllah, kalau tak baik lagi dalam 2 3 hari ni, kena p jumpa doctor semula aaa... takut kena sakit lain pula...



Read More! and Comments

Thursday, November 8

Meet Uncle Hussain

Ini takde kenana mengena ngan mat ngai. tapi ini adalah local band yang sedang meningkat naik... enjoy!!





Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya bonekan yang enkau sering mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahlah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua


Read More! and Comments

Tuesday, November 6

Happy Diwali....



Happy Deepavali to those who celebrate it..

Read More! and Comments

Monday, November 5

Groooowww.... Should Try



Great flash game...

Read More! and Comments