Pages

Monday, May 7

Letih, Sakit badan dan Selesema...

adoi... letih, sakit badan, selesema semua ku dapat lepas balik dari assessment ptd semalam... yang tak tahan tu sebab lari 2.4km dengan jalan yang berbukit-bukit... dah aaa tu, panas terik tak hujan... ditambah ku yang dah setahun tak berlari lebih dari 10 meter... sampai semalam takde rest terus je pergi kerja harini...

patut kerajaan galak adakan anugerah pekerja terbaik swasta untuk bagi pekerja pekerja swasta ni recognition... ini tiap tiap tahun pekerja terbaik perkhidmatan awam yang selalu cuti, boleh keluar minum dam semacamnya... saranan ku ni bukan apa, pasalnya company tempat ku kerja ni jangan harap aaa nak bagi recognition, buat aaa kerja baik macamana pun, management tak hairan... yang penting reduce cost, increase volume... memang ku kecewa...

sejak kebelakangan ni, makin banyak perkara perkara yang ku tak berapa setuju/puas hati yang berlaku kat sini...
yang menjadi persoalan, adakah perlantikan kenaikan status/pangkat diadili berdasarkan kerja?? kalau diadili berdasarkan pengalaman kerja, memang ada beberapa calon lagi yang lebih sesuai dari orang yang dilantik tempoh hari... dan kalau berdasarkan kaum, memang ku kutuk aaa orang orang yang membuat keputusan tu... yang terbaru adalah kontroversi perlantikan prod manager baru... ku yakin ramai bebudak ofis yang tak tau, sebab kalau diornag tau nanti pasti akan keluar semua perkataan tak baik dari mulut diorang... sekali lagi timbul pelbagai persoalan dari ku...

tu belum masuk pembayaran epf yang memang lambat gila masuk... kalau di periksa, company dah accrued epf payment untuk pekerja hampir 5 bulan... tak percaya korang check statement... ku berani bgtau pasal ku dah check secara online dan diakui oleh dua rakan sebelah beserta seorang supervisor cina... budak ofis kenal aaaa... dan ada satu lagi, tentang portion pembayaran, ikut kwsp, employer must contribute at least 13% and employer not more than 11%... tapi cuba korang kira berdasarkan basic salari korang... yang ni ku tak conform tanya dengan kakak admin lagi... kalau ada yang baik baik ngan kakak admin, boleh tanyakan tentang portion ni...


p/s: nan, ko recommend aa ku "Pembantu Pengurus kat Bindforce Sdn. Bhd." tu... tak sempat nak apply sibuk sangat... dah expired pun vacant tu.. huhu..!!

2 comments:

  1. apa recommend2 ni. hehe..better apply sndiri.

    ReplyDelete
  2. pak raja, hang apply la...
    pastu hang sebut la nama aku, tu sebenornya sepupu aku daaaaa..dia yang nak orang kerja kat situ tu...

    chepat lah telepon dia... chepat, chepat tanya dia....

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks