Pages

Saturday, January 6

Untitled...


Harini sabtu 06/01/07, Raya Haji dah habis, tahun baru dah lepas (pesta aaa maksud ku), tapi ku tetap kena kerja.. maklum company ni tak pernah tutup cuti sejak buka dulu.. nasib cuti raya haji dapat off..

apa lagi, bila cuti balik alor setar tengok amir.. dalam 2 bulan, memang berlaku perubahan pada dia.. kepala dah besar, otot dah develop, susu makin lahap, apa lagi.. bak kata cepat juga proses tumbesaran dia.. ibu dia maintain.. tetap cun macam dulu.. hehehhee!! "ehh.. ooo... awak dah anak satu yea". tu ayat yang akan keluar dari orang yang pertama kali jumpa dia nanti..!!

banyak juga perkara yang berlaku dalam sebulan ni.. tapi takde kesempatan nak menaip sebab terlalu sibuk.. except harini aaa.. pasal kerja tak berapa banyak, tambah2 network macam kura2..

oohhh... harini shima ngan amir balik rumah (serdang), lepas bercuti, minggu depan dia kerja.. amir? kena hantar kat rumah jiran aaa pasal semua orang kerja nanti.. tapi rasanya amir tak banyak buat perangai kut.. melainkan kalau dia lapar susu atau perut kembung.. leceh gila nak layan perut kembung dia, kejap2 nangis, kejap2 nangis.. nasib ada minyak taloon.. kurang sikit!!

kepada kawan2 yang dah melangsungkan perkahwinan, maaf aaa tak dapat hadir, yang kawin tak bagitau, macam chiss!! yang baru dapat baby.. semuanya tahniah!!
kepada kawan2 yang terkena penangan banjir di johor, "ni semua dugaan Allah".. ku rasa rumah khairizal rauob kena juga aaa.. nasib dia dah pindah kat sabah.. ekekee..

kepada shikin n husband.. terima kasih kerana datang singgah rumah masa raya hari haji haritu.. diorang pun bakal jadi mak ayah tu...

<-- Selamat Menempuh Tahun Baru -->


Nampak tak perubahan dia




Ni masa dia berumur 1 bulan




Yang ni pula, masa umur dia nak cecah 2 bulan

2 comments:

  1. wah, membesar bagai johan si amir ni yer!dah tembamz sket...mmg payah pun kalo beby kene serang kembung perut.x kire tpt & masa, dia akan nangis sekuat ati.
    welkam home shima & beby amir yea!

    ReplyDelete
  2. dia bukan takat besai bagai johan, berat pun bukan main lagi.. lenguh dah lengan bila dukung nak layan dia.. tak lama lagi silap2 dia akan lagi berat dari ibu dia.. ekekekeke...

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks