Pages

Monday, January 15

64 Hari Cuti Tinggalkan kerja...

Harini hari pertama wife ku masuk kerja... dan juga hari pertama jugalah baby boy ku kena hantar kat rumah kak ani yang akan menjaga dia bila mana kami semua pergi kerja...

pagi tadi mendung saja.. hujan rintik2 mungkin malam tadi dah lebat, tak sedar pula maklum letih melayan amir yang bila terjaga malam, mak aaiihhh!!.. payan nak lelap semula... sumbat aaa 2 3 botol susu + air suam, mata tetap tak lelap. yang selalu lelap mata ayah ngan ibu dia... sesekali mak tok dia bangun cover kami yang dah layu...

ok je muka si amir tu masa penyerahan dia kepada kak ani.. muka innocent je.. mungkin mengantuk dan ala-ala lali, harap-harap dia tak buat perangai dan menyusahkan kak ani tu.. dan yang penting sekali dia selamat bila berada kat rumah tu...

shima pun ku harap ok.. maklum dulu jam 830am dan lagi sampai ofis, tapi skang jam 730am dah nak kena keluar rumah.. ku pun terpaksa keluar time tu gak sebab nak hantar dia ke komuter... skang tata masa hidup kami dah berubah sedikit.. kerana penambahan program harian yang semestinya tak boleh dielakkan...

adoii.. ngantuknya...


greendazey