Pages

Wednesday, July 25

Oh!! isteri ku



Oh!! isteri ku yang sendat, dan ketat.. abang hari-hari melekat.

dafuq...!!? Gua pun tawan...

//Image diatas adalah viral dan diperoleh dari internet, tak tau nak kredit pada siap jadi siapa mahu, share sahaja..

Read More! and Comments

Friday, July 20

Salam Ramadhan Buat Semua..


Dengan bismillah saya mulai,
Niat dibaca dimalam hari,
Tetapkan minda tekadkan hati,
Mulakan Ramadhan tahun ini.

Puasa Ramadhan rukun ketiga,
Rukun Islam wajib kita,
Bukan menahan lapar sahaja,
Juga mulut, telinga dan mata.

Awal pagi mula bersahur,
Bersahurlah lewat sebelum azan,
Puasa ikhlas hati dan luhur,
Moga diperoleh segala keberkatan.

Solat terawih jangan tak pergi,
Demi lengkap amalan ini,
Zikir dan tahmid diselang seli,
Syukur diberi peluang lagi. 


Read More! and Comments

Monday, June 25

Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Tuan/Puan, 

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.    Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut: 

Jawatan:PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Keputusan       Peperiksaan:Anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 12/05/2012


// Suka cita dimaklumkan.. nak cuba lagi ke tidak.. nak cuba lagi ke tidak.. nak cuba lagi ke tidak.. 

Read More! and Comments

Wednesday, May 16

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41




"Exam sahajalah ku ini.."

Itu luahan yang selalu keluar dari mulut ibu ku bila mengetahui yang ku akan menghadiri mana-mana peperiksaan yang dianjurkan oleh mana mana agensi khasnya kerajaan. Situasi seperti itu juga berlaku jika ibu ku mengetahui yang ku akan menghadiri mana-mana panggilan temuduga. Dengan ayat yang stereotype;

"Asyik interview je, kerjanya tak dapat juga.."

Harapnya, ia bukan doa dan ia hanyalah luahan keperihatian seorang ibu kepada anaknya.

Ya.. ku sudah hilang kira [lost count] berapa kali bilangan peperiksaan mahupun temuduga yang telah dihadiri sejak tamat Degree bertahun-tahun dulu dan tunggu satu atau dua bulan lagi, keputusan akan keluar..

// pencil pink, pemadam Ben 10 dan pencil case Thomas The Train adalah ihsan dari Amir.. Pencil box VHS ku sudah hilang entah ke mana...

Read More! and Comments