
"Exam sahajalah ku ini.."
Itu luahan yang selalu keluar dari mulut ibu ku bila mengetahui yang ku akan menghadiri mana-mana peperiksaan yang dianjurkan oleh mana mana agensi khasnya kerajaan. Situasi seperti itu juga berlaku jika ibu ku mengetahui yang ku akan menghadiri mana-mana panggilan temuduga. Dengan ayat yang stereotype;
"Asyik interview je, kerjanya tak dapat juga.."
Harapnya, ia bukan doa dan ia hanyalah luahan keperihatian seorang ibu kepada anaknya.
Ya.. ku sudah hilang kira [lost count] berapa kali bilangan peperiksaan mahupun temuduga yang telah dihadiri sejak tamat Degree bertahun-tahun dulu dan tunggu satu atau dua bulan lagi, keputusan akan keluar..
// pencil pink, pemadam Ben 10 dan pencil case Thomas The Train adalah ihsan dari Amir.. Pencil box VHS ku sudah hilang entah ke mana...