Pages

Friday, July 20

Salam Ramadhan Buat Semua..


Dengan bismillah saya mulai,
Niat dibaca dimalam hari,
Tetapkan minda tekadkan hati,
Mulakan Ramadhan tahun ini.

Puasa Ramadhan rukun ketiga,
Rukun Islam wajib kita,
Bukan menahan lapar sahaja,
Juga mulut, telinga dan mata.

Awal pagi mula bersahur,
Bersahurlah lewat sebelum azan,
Puasa ikhlas hati dan luhur,
Moga diperoleh segala keberkatan.

Solat terawih jangan tak pergi,
Demi lengkap amalan ini,
Zikir dan tahmid diselang seli,
Syukur diberi peluang lagi.