Pages

Sunday, January 27

Semalam...

Apa yea... Oh!!

1. Ku selisih ngan Estnora kat lift Jusco Seri Kembangan semalam.
2. Pertama kali amir rasa sakit tersepit pintu... Menjerit sakan dia!!
3. Makan 2 keping roti canai kuah kari ikan dan nescafe masa rehat 3am.
4. Beli Vacuum baru
5. Makan Pizza Hut masa lunch.




Ada 36 Hari lagi tarikh ko post posting ni untuk kita sama sama vote untuk Kuala Lumpur termasuk dalam 1 dari bandaraya dalam monopoly yang akan dikeluarkan atas nama tajuk HERE & NOW : THE WORLD EDITION. Sebelum ni KLCC dah termasuk dalam seven wonders list baru dan sekarang, kita sama sama vote untuk Kuala Lumpur jadi Satu dari petak dalam monopoly edition baru ni... Cepat sebelum tarikh tutup...

Sila vote kat sini: www.monopoly.com

Read More! and Comments

Saja ku buat list lagu yang terpaling selalu ku dengar pada masa sekarang ni... Memang ada macam lagu dah lama tapi, lagu lagu lama membangkit nostalgia... Tu belum campur stream lagu lagu rock kapak lagi...

Made In Malaysia
Bittersweet - Perfect Match
Hujan – Pagi Yang Gelap
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada
Meet Uncle Hussain - La La Kerjalah
Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu

International
Ungu - Kekasih Gelap
Foo Fighter - Pretender
Weezer - Perfect Situation
Micheal Buble - Sway
Ash - Lost In You

Lepas ko tengok, ada tak lagu yang dalam list tu yang ko pun ada layan... Layan selalu yea, bukan boleh layan...

Bittersweet - A Perfect Match

Oh...
Are you ready now
The trains are ready to go
But you're still busy talking crap and cheap on the phone
So make up your mind
Or else you'll never know
(So) What's going to be next
We'll go to lunch or go to bed
(We'll go to lunch or having sex)
The minute you call me I'll be down here on my own
So make up your mind
Or else you'll never know
It's either me or you
Don't ask me coz I don't have a clue
Maybe I'll just leave you there and make it on my own
So make up your mind
Or else you'll never know

C/o
The feelings that we've shared
The money that we carry
Doesn't go
With the flow
It has to change somehow you know
The feelings that we've shared
The money that we carry
Doesn't go
With the flow
It has to change somehow you know

Read More! and Comments

Tuesday, January 22

Selepas Puas Bertapa

lama dah ku tak merajinkan diri menaip sesuatu untuk diupload ke dalam blog ni... Tapi sementara ku ada masa yang sedikit ni, ku taipkan je aaa...

apa yea...

macam biasa... Setiap hujung minggu kalau ku tak kerja, kami akan amibil kesempatan bawa amir keluar jalan jalan sambil membei barang. Tempat tuju yang pasti adalah jusco... yang terbaru, kami p jusco balakong... Hehe!! Takde aa cari barang beriya pun, tapi ada je barang yang kami jumpa dan beli...

Paling mahal bila Shima beli roti yang harga berbelas ringgit. Ku tak tau pun roti tu harga macam tu, cuma bila dah sampai rumah, dah rasa roti tu macamana, baru tanya harga... Terkejut gak aaa bila kata roti harga berbelas ringgit tu... Dan berberapa harilah pagi ku, bersarapan dengan roti berbelas ringgit. Bukan apa takut kalau lama tak makan, berkulat, dahhh rugi...

Yang best tu, masa kat ofis, bila staff tgk ku layan roti tu, ada yang buka cerita kata, diorang beli dengan harga dua puluh ringgit. Fuh!! lagi mahal, kira Shima beli lagi murah aaa.. berbelas jeee... Heheheee...

Baru baru ni, kelmarin, kami jalan lagi...!! Mydin usj... Hehehe.. Kami kalau keluar memang cari shopping complex je... Sejuk ada aircond..!!

Sepanjang tempoh bertapa ku, ada 2 lagi aktiviti besar yang berlaku selain jalan jalan ni...
1. Dinner Company [SINI]
2. Dinner Staff Company [SINI]
3. Image [Kena p ofis, Photoshop kat rumah ni ada problem...]

Additional:

Bawah ni ku sertakan image Amir yang sempat dirakamkan masa keluar jalan jalan tu...

Masa Krismas kat ??... tak ingat lak...


Kat Mcd Serdang...


Merenung fikir, "Bila aaa dapat peluang datang main kat sini lagi"


Dalam troli jusco


Dalam troli Mydin




Kat ofis ada batch intern baru... Semua gadis gadis, Lelaki takde pun. Diorang dari Unikl.. Salah sorang tu nama dia syima... hehehe!! Manis juga budak ni... Heeeheee...


Read More! and Comments

Dinner Staff Company

Dinner ni kami rancang sebagai aktiviti berkumpulan staff tanpa melibatkan apa apa unsur dari pihak management... dan tarikh 20 Jan 2008, kami berjaya sampai dan makan puas puas kat restoran Bagan Lalang. Kalau dengan Bagan Lalang, mestinya, kami layan seafood... Owww!! untuk pengetahuan, kalau ada yang tak tau tu, maknanya, dia tak tgk forum... Sebab kami hanya bualkan perkara ni dalam forum je... http://copypaste.proboards104.com/, Kalau kat luar, sikit sikit jee...

Yang kut aktiviti ni pun tak ramai, patut tujuh belas tapi bila sampai tarikh, tinggal tiga belas... tapi, bilangan tak penting sebab yang penting bagi kami, berjaya...!!!

Apa ekk!! yang kami makan, jap... nak ingat... ok!!

4 ekor ikan kerapu (masak 3 rasa)
1 kilo lala (masak pedas)
1 kilo pepahat (masak halia)
2 kilo sotong (goreng tepung)
8 ekor ketam (masak masam manis)
3 mangkuk hidang tomyam campur
17 ekor udang goreng tepung (tak ingat la bape kilo besar gak udang nye)
4 ikan pari bakar

1 Jug air tembikai
1 Jug air oren
1 Jug air epal
1 Jug air sirap
1 Jug air teh o ais
1 Jug air kosong

3 Besen Nasi Putih









Macam biasa ku akan bawa Shima dan Amir bila ada aktiviti jalan jalan ni... Kesian Shima tak dapat makan banyak sebab Amir tak duk diam... Cuma yang ku rasa satisfy bila Amir pandai makan nasi ngan lauk yang ada pada malam tu... dia boleh layan nasi ngan ikan tiga rasa... dia makan lahap sampai satu tahap dimana kesilapan ku, lupa nak jilat tangan lepas pegang lauk lala, terus suapkan dia nasi campur ikan... tanpa perasan yang cili pedas masih terlekat di tangan ku...!! apa lagi, tersembur sembur aaa nasi bila Amir rasa pedas lala tadi... nasi tersembur campur nangis nangis manja... heheheh!! kesian dia!! Cepat cepat Shima bagi dia minum air jus oren.. ada lepas tu, dia terus serik nak makan dari tangan ayah dia... huhu!!

Bila balik, amir tidur tak sedar sampai esok pagi... Zzzzzzzzz....

Read More! and Comments