Pages

Tuesday, January 22

Dinner Staff Company

Dinner ni kami rancang sebagai aktiviti berkumpulan staff tanpa melibatkan apa apa unsur dari pihak management... dan tarikh 20 Jan 2008, kami berjaya sampai dan makan puas puas kat restoran Bagan Lalang. Kalau dengan Bagan Lalang, mestinya, kami layan seafood... Owww!! untuk pengetahuan, kalau ada yang tak tau tu, maknanya, dia tak tgk forum... Sebab kami hanya bualkan perkara ni dalam forum je... http://copypaste.proboards104.com/, Kalau kat luar, sikit sikit jee...

Yang kut aktiviti ni pun tak ramai, patut tujuh belas tapi bila sampai tarikh, tinggal tiga belas... tapi, bilangan tak penting sebab yang penting bagi kami, berjaya...!!!

Apa ekk!! yang kami makan, jap... nak ingat... ok!!

4 ekor ikan kerapu (masak 3 rasa)
1 kilo lala (masak pedas)
1 kilo pepahat (masak halia)
2 kilo sotong (goreng tepung)
8 ekor ketam (masak masam manis)
3 mangkuk hidang tomyam campur
17 ekor udang goreng tepung (tak ingat la bape kilo besar gak udang nye)
4 ikan pari bakar

1 Jug air tembikai
1 Jug air oren
1 Jug air epal
1 Jug air sirap
1 Jug air teh o ais
1 Jug air kosong

3 Besen Nasi Putih









Macam biasa ku akan bawa Shima dan Amir bila ada aktiviti jalan jalan ni... Kesian Shima tak dapat makan banyak sebab Amir tak duk diam... Cuma yang ku rasa satisfy bila Amir pandai makan nasi ngan lauk yang ada pada malam tu... dia boleh layan nasi ngan ikan tiga rasa... dia makan lahap sampai satu tahap dimana kesilapan ku, lupa nak jilat tangan lepas pegang lauk lala, terus suapkan dia nasi campur ikan... tanpa perasan yang cili pedas masih terlekat di tangan ku...!! apa lagi, tersembur sembur aaa nasi bila Amir rasa pedas lala tadi... nasi tersembur campur nangis nangis manja... heheheh!! kesian dia!! Cepat cepat Shima bagi dia minum air jus oren.. ada lepas tu, dia terus serik nak makan dari tangan ayah dia... huhu!!

Bila balik, amir tidur tak sedar sampai esok pagi... Zzzzzzzzz....

2 comments:

  1. yummiesss.. mmg peberet kami pekena seafood nih.. tapi alasan paling utama yg menyebabkan kami x dpt hadir ialah mlm tu nk layan supernatural season 2... hahaha..

    ReplyDelete
  2. supernatural boleh dload aaa... activity activity ni dia macam precious, susah nak dapat dan bila depan mata kena grabbed... kalau tak... melepas..!!

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks