Pages

Wednesday, August 6

Boikotlah Dengan Cara Yang Lebih Bijak

Boikot atau pemulauan adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan.

Sumber Wiki

Maksud penerangan diatas sudah jelas menunjukkan makna "boikot" dan apa itu tindakan boikot.

Kebelakangan ini, kerap boikot dianjur atau diseru oleh orang perseorangan mahupun organisasi tindak balas atas  kerjadian / perkara yang berlaku. Antara yang panas buat hari ini adalah seruan "kita boikot produk Yahudi / Israel".

Banyak artikel serta senarai produk yang telah dikeluarkan dan ada diantara produk tersebut memang umum kita gunakannya setiap hari.

Atas pengalaman yang lepas, ku skeptikal yang aktiviti memboikot oleh orang kita (Melayu) hanyalah bersifat hangat-hangat tahi ayam. Hanya bergegar getar ketika is sedang digembar-gemburkan (sial, ku tidak jumpa perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan "Hype" English Language), tetapi lama-lama hilang lupa dan seperti tidak pernah berlaku. Jadi ku suspek, aktiviti memboikot barangan Yahudi ini juga adalah bersifat sementara.

Sudah berapa kali orang kita anjurkan aktiviti boikot terhadap restoran McDonald's dan apakah hasilnya selepas itu?? Tiada apa berlaku malahan McDonald's lebih bijak mengatasi masalah dengan merasuah pelanggan dengan burger percuma dan package makanan yang lebih murah dari biasa. Dan.. bang.. restoran penuh kembali. Power kan..

Seruan ku begini.

Jika benar kita mahu memboikot dari menggunakan produk tertentu, baiknya kita lakukan secara sendiri dan senyap. Ambil contoh kejadian yang berlaku disatu cawangan restoran McDonald's di Terengganu, tidak perlulah keluar berpiket depan restoran, kedai atau mana-mana premis yang nyata perbuatan itu menampakkan kebiadapan dan kebanganan kita sendiri.

Pertimbangkanlah juga bahawasanya, di Malaysia, penduduknya bukan hanya beragama Islam, malah sudah lama kita hidup harmoni dan sejahtera berbilang kaum. Jangan kita halang hak mereka jika mereka mahu menggunakannya sesuatu produk itu.

Memboikot itu mudah. Jangan guna, jangan beli, jangan makan. Jika ini yang dilakukan, pastinya proses boikot itu lebih berkesan. Jika kita tidak membeli dan permintaan terhadap produk itu kurang, ia secara perlahan-lahan akan pupus sepertinya restoran mahupun produk halal Islam yang telah tutup kedai kerana tiada sokongan dari pengguna Melayu Islam sendiri.

Mulakanlah membeli produk tempatan. Dasar "belilah barangan buatan Malaysia" telah lama diperkenalkan dan produk tempatan pastinya lebih maju dengan pengenalan dan pemasaran produk yang lebih baik hasil dari kritikan serta sokongan dari rakyat.

Mulakan langkah memboikot lebih bijak, jangan jadi beruk sarkis..

Sekian

Read More! and Comments

Monday, August 4

Kita Bantu Palestine Dengan Senjata Doa

Seminggu sudah bercuti untuk sambutan hari raya tahun ini seperti biasanya dirasakan seperti tidak cukup. Masih ramai rakan sepejabat yang masih bercuti atau ada yang baru hendak bercuti kerana mereka tidak mengambil cuti ketika minggu hari raya.

Isu Palestin boleh dikatakan isu paling hangat diperkatakan baik di media sosial mahupun media cetak dan elektronik. Kebanyakkan mereka (Muslim Malaysia) mengutuk perbuatan kejam yang dilakukan oleh pihak Israel. Seperti yang umum mengetahui, perbuatan ini telah mendapat kelulusan dari pihak Amerika yang umpama menutup mata tanda tiada apa berlaku.

Malang juga bila Palestin langsung tidak mendapat sokongan dari negara jiran Arab yang hanya membiarkan sahaja kerakusan penjajahan berlaku pada negara bersebelahan mereka.

Usaha bantuan telah banyak dilakukan oleh pihak negara kita dengan mengumpul dana untuk ubatan dan makanan. Ramai juga sukarelawan dan pakar dari negara kita telah terbang ke Palestine untuk menghulurkan bantuan tenaga (Motivasi, Doctor dan bukan pakar perang)

Sehingga hari ini, selepas lebih satu minggu syawal, tiada tanda tanda masalah Palestin akan selesai. Jika dihitung, barangkali sudah mencecah puluhan tahun konflik berlarutan.

Seperti yang telah diserukan pada semua, berdoalah kesejahteraan mereka di Palestin, kerana senjata paling hebat umat islam adalah pada doa.

Sekian

Read More! and Comments

Tuesday, May 27

China dah export Panda, Apa kata kita export Orangutan

Nampak..??

Kita nampak..

Kita nampak permainan negara China

Bila sebut bangsa Cina, memang tidak boleh disangkal yang mereka ini didatangkan dengan DNA dan otak 'perniagaan'. Oleh kerana itu, kita tak boleh marah jika mereka lebih kaya, lebih senang dari kita.

Panda..

Nampak..??

Tengok image bawah ni.


sos: gambar ambil dari internet


Nampak..??

22 negara yang meminjam Panda dari China, dan terbaru Malaysia yang menjadikan bilangan penyewa adalah 23.

Dengan alasan menjalin hubungan baik sesama negara, kiralah berapa setahun China dapat duit sewa hanya dengan Panda (ambil contoh satu negara USD 1Mil).

Kita ambil contoh senario ini dan ubahkannya kepada Orangutan. Orangutan kira rare hanya ada di Malaysia dan Indonesia.

Malaysia ada hubungan baik dengan hampir semua negara di dunia termasuk negara yang kita katakan haram. Dan jika kita ambil langkah seperti mana yang negara China buat, kita sewakan Orangutan kepada negara-negara berkepentingan dengan alasan:

- Tanda hubungan baik sesama negara
- Menggalakkan pembiakan
- Boleh mengurangkan kos operasi

Selain itu, kita dapat membantu mengurangkan perbelanjaan rakyat negara yang menyewa Orangutan kita dari berhabis wang untuk datang ke Malaysia semata untuk melihat Orangutan di sini..

Klausa juga kita buat seperti negara China, Orangutan (tidak kira yang disewa atau yang dilahikan) adalah hak milik Malaysia. Segala infrastruktur dan kos operasi penjagaan ditanggung negara penyewa seperti yang bakal Malaysia belanjakan untuk Panda (kos penjagaan dijangka mencecah RM20 juta).

Dan sekarang, ambil contoh kata 23 negara menyewa Orangutan dari Malaysia termasuk China, dan kadar sewaan setahun adalah USD 1mil setiap negara.

Setahun Malaysia mampu memperoleh RM73.6 (USD 1 = RM 3.2) setahun.. Selamba je kerajaan keluar BR1M tanpa gunakan duit rakyat.

Nampak..??

Pandaikan China buat duit..!!??


**Kalau nak buat kena buat sebelum pihak negara Indonesia keluarkan Orangutan copyrighted..

Sekian

Read More! and Comments

Wednesday, May 14

Huawei Honor 3C Dah Sampai

Honor 3C adalah model telepon terbaru keluaran Huawei. Boleh Google untuk mendapatkan specifikasi dan semua maklumat tentang model ini.

Serius sangat, Honor 3C adalah set yang murah jika dibandingkan dengan spesifikasi yang ditawarkan. Ia juga berbaloi jika dibandingkan dengan spesifikasi telepon bimbit keluaran jenama utama. Oleh kerana itu, ia memerlukan ketahanan mental untuk memastikan set ini dapat diperoleh kerana untuk menjadi pengguna awal set ini bukan sesuatu yang mudah.

Ku dah ada, dah sampai cuma belum boleh masuk kad sim. Telepon ini menggunakan kad sim micro dimana ku sekarang menggunakan kad sim versi lama yang bersaiz lebih besar.

Ku dah pergi ke kedai telepon rakan sekolah dan tunjukkan kad sim yang ingin dipotong. Malangnya, rakan sekolah ku kata,

"Aiyoo.. ini tak bolehlah.. ini sim 20 tahun dulu punya, chip pun rapat sampai hujung."

Ku mengiyakan sahaja apa yang dia katakan walau hakikat sebenar, kad sim ku hanya berumur kurang banyak 13 tahun sahaja.

Solusinya, perlu tukar kad sim di pusat servis telco yang berdekatan.

Sekiranya ada pengguna lain yang telah mendapatkan set ini dan menghadapi masalah penggunaan Youtube dibawah ini adalah solusi dan langkah penetapan untuk memastikan aplikasi tersebut dapat beroperasi dengan sempurna di set Honor 3C anda.

- Pergi ke Settings > About Phone> picit Build Number sehingga opsyen developer keluar di menu. kemudian;
- Pilih Developers > Tandakan kedua Force GPU Rendering dan Disable HW Overlays
- Pergi ke Settings > Power Saving > pilih Normal.

*Sumber tetapan dari Lowyat Forum.

Sekarang, cuba mainkan Youtube dalam format HD. Jika masih tersekat-sekat, tak tahu pula nak buat apa lagi kerana penetapan diatas berjaya di set ku.

Pada yang berminat nak dapatkan set ini, boleh berebut-rebut di website Huawei.

Selamat mencuba..!!



Read More! and Comments