Pages

Wednesday, August 6

Boikotlah Dengan Cara Yang Lebih Bijak

Boikot atau pemulauan adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan.

Sumber Wiki

Maksud penerangan diatas sudah jelas menunjukkan makna "boikot" dan apa itu tindakan boikot.

Kebelakangan ini, kerap boikot dianjur atau diseru oleh orang perseorangan mahupun organisasi tindak balas atas  kerjadian / perkara yang berlaku. Antara yang panas buat hari ini adalah seruan "kita boikot produk Yahudi / Israel".

Banyak artikel serta senarai produk yang telah dikeluarkan dan ada diantara produk tersebut memang umum kita gunakannya setiap hari.

Atas pengalaman yang lepas, ku skeptikal yang aktiviti memboikot oleh orang kita (Melayu) hanyalah bersifat hangat-hangat tahi ayam. Hanya bergegar getar ketika is sedang digembar-gemburkan (sial, ku tidak jumpa perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan "Hype" English Language), tetapi lama-lama hilang lupa dan seperti tidak pernah berlaku. Jadi ku suspek, aktiviti memboikot barangan Yahudi ini juga adalah bersifat sementara.

Sudah berapa kali orang kita anjurkan aktiviti boikot terhadap restoran McDonald's dan apakah hasilnya selepas itu?? Tiada apa berlaku malahan McDonald's lebih bijak mengatasi masalah dengan merasuah pelanggan dengan burger percuma dan package makanan yang lebih murah dari biasa. Dan.. bang.. restoran penuh kembali. Power kan..

Seruan ku begini.

Jika benar kita mahu memboikot dari menggunakan produk tertentu, baiknya kita lakukan secara sendiri dan senyap. Ambil contoh kejadian yang berlaku disatu cawangan restoran McDonald's di Terengganu, tidak perlulah keluar berpiket depan restoran, kedai atau mana-mana premis yang nyata perbuatan itu menampakkan kebiadapan dan kebanganan kita sendiri.

Pertimbangkanlah juga bahawasanya, di Malaysia, penduduknya bukan hanya beragama Islam, malah sudah lama kita hidup harmoni dan sejahtera berbilang kaum. Jangan kita halang hak mereka jika mereka mahu menggunakannya sesuatu produk itu.

Memboikot itu mudah. Jangan guna, jangan beli, jangan makan. Jika ini yang dilakukan, pastinya proses boikot itu lebih berkesan. Jika kita tidak membeli dan permintaan terhadap produk itu kurang, ia secara perlahan-lahan akan pupus sepertinya restoran mahupun produk halal Islam yang telah tutup kedai kerana tiada sokongan dari pengguna Melayu Islam sendiri.

Mulakanlah membeli produk tempatan. Dasar "belilah barangan buatan Malaysia" telah lama diperkenalkan dan produk tempatan pastinya lebih maju dengan pengenalan dan pemasaran produk yang lebih baik hasil dari kritikan serta sokongan dari rakyat.

Mulakan langkah memboikot lebih bijak, jangan jadi beruk sarkis..

Sekian

No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks