Seminggu sudah bercuti untuk sambutan hari raya tahun ini seperti biasanya dirasakan seperti tidak cukup. Masih ramai rakan sepejabat yang masih bercuti atau ada yang baru hendak bercuti kerana mereka tidak mengambil cuti ketika minggu hari raya.
Isu Palestin boleh dikatakan isu paling hangat diperkatakan baik di media sosial mahupun media cetak dan elektronik. Kebanyakkan mereka (Muslim Malaysia) mengutuk perbuatan kejam yang dilakukan oleh pihak Israel. Seperti yang umum mengetahui, perbuatan ini telah mendapat kelulusan dari pihak Amerika yang umpama menutup mata tanda tiada apa berlaku.
Malang juga bila Palestin langsung tidak mendapat sokongan dari negara jiran Arab yang hanya membiarkan sahaja kerakusan penjajahan berlaku pada negara bersebelahan mereka.
Usaha bantuan telah banyak dilakukan oleh pihak negara kita dengan mengumpul dana untuk ubatan dan makanan. Ramai juga sukarelawan dan pakar dari negara kita telah terbang ke Palestine untuk menghulurkan bantuan tenaga (Motivasi, Doctor dan bukan pakar perang)
Sehingga hari ini, selepas lebih satu minggu syawal, tiada tanda tanda masalah Palestin akan selesai. Jika dihitung, barangkali sudah mencecah puluhan tahun konflik berlarutan.
Seperti yang telah diserukan pada semua, berdoalah kesejahteraan mereka di Palestin, kerana senjata paling hebat umat islam adalah pada doa.
Sekian