Pages

Monday, July 20

Malaysia's two-goal wonder Yahyah [Amri]

Malaysia's Mohd Amri Yahyah will share the spotlight with Michael Owen after he scored two goals against Manchester United.

The match would have been written off by even the most die-hard Malaysian supporter, as they took on the English Champions.

Yahyah, however, proved them wrong.

By scoring the only two goals for his side, the midfielder gave Malaysia a respectable score-line of two goals to three.

The 28-year-old had gained cult status in his country in 2002, when he scored a golden goal for his club Selangor in the Malaysian Cup Final against Sabah.

Adept in many positions, the Malaysian international has played as a winger, midfielder, defender and striker.

In 2005, Yahya guided his club to the Malaysian treble - Malaysian Premier League, Malaysian FA Cup and Malaysia Cup.

He has scored 36 goals for his club since he joined the side in 2001.

After his heroics for Malaysia in the game against the reigning English champions, Yahyah's name will now be etched in football fans' minds outside Malaysia.

Source: ESPNSTAR



Our standard of game is way far from Man Utd but THIS is something that we should proud... All red shirt are waving and cheering for blue shirt goals... Now, eager to wait for second game result...

Read More! and Comments

Tuesday, July 14

KEBODOHAN YANG TERLAMPAU....

‘Mat pancut’ kena cekup depan pintu



SEORANG lelaki dibawa polis selepas ditahan penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Sejak tiga bulan lalu penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih di sini dilanda kehairanan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ di depan pintu rumah mereka.

Hampir 15 penduduk pernah menjadi mangsa apabila cecair yang menimbulkan bau kurang menyenangkan dan tidak diketahui asal-usulnya itu mengotori rumah mereka.

Akhirnya misteri itu terjawab kelmarin selepas penduduk memberkas seorang pemuda berusia 22 tahun yang mempunyai hobi pelik iaitu suka melakukan onani di depan pintu rumah orang.
Seorang penduduk, Chong Chee Kong, 32, berkata, mereka menahan pemuda berasal dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir itu pada pukul 9 malam kelmarin selepas hampir dua bulan melakukan intipan.

Katanya, sebelum ditahan, pemuda itu dilihat mengekori dua wanita yang tinggal di tingkat tiga dan apabila mereka masuk ke dalam rumah, dia berdiri di depan pintu lalu melepaskan nafsunya.

Sumber: Kosmo


**Apakah yang difikirkan dalam fikiran pembuat itu??

Read More! and Comments

Friday, July 10

Tukar Rancangan...!!

Selalu petang petang macam ni jarang ada orang call ku...
Hello... Assalamualaikum... Long...!! suara angah dari hujung talian.
Huh...!! Waalaikumsalam... Ku termengeluh sedikit gara gara membetulkan kedudukan duduk dari baring...!! Di rumah yang ku sewa sekarang ni pun bukan ada sofa atau settie tapi hanyalah hamparan tilam nipis yang kami letakkan dihadapan untuk menonton televisyen...!! Bukan tak mahu beli, tapi setakat rumah sewa, tak perlu nak equip perabot perabot yang kelak akan menyusahkan...!! maksudku, salah satu kesusahannya adalah takkala proses memunggah barang bila nak pindah kerumah baru.

Ada apa...??
Along malam ni ada buat apa apa...?? Ada nak pergi mana mana...??
Ada... tapi nak kenapa...?? Ku berkeras untuk mengetahui tentang kenapa soalan tu diajukan sedangkan malam tu ku telah plan untuk membawa Shima untuk pergi makan satay di Kajang [bukan satay Haji Samuri yeaa..!!]
Gini, mama ajak pergi makan... pergi makan kat Tasik Idaman...!!

Huh...!! Tasik Idaman...!!?? ku pernah juga dengar tentang tempat ni tapi tak pernah pergi...!!
Tasik Idaman kat mana ngah!!? ku terpaksa bertanyakan soalan ini kerana ku memang tak tau langsung jalan nak pergi kesini...!!
Kat Bangi...!! huh!! lagilah ku confuse...!! Dah lama juga aaa ku menyewa kat SS7 Bangi ni tapi tak pernah lak jumpa atau terserempak tasik yang bernama Tasik Idaman sepanjang Tour of Bangi yang pernah ku lakukan...!!
Tempat tu kat area kak Ngah belajar kereta dulu, jalan nak ke Sungai Buah...!!
Oh!! La... kat Bangi Lama ke...!! Patut laa tak pernah jumpa tasik nama cam gitu kat Bandar Baru Bangi...!!
Nak pergi tak...!!?? Tapi malam ni along nak bawa kak Shima pergi makan satay...!! Ala... tu satay, ni IKAN BAKAR...
Ku tak semena-mena goyang dengan kenyataan ikan bakar yang disuarakan oleh angah...!! mmm...
Selepas seketika...
Ok...!! OK...!! Along pergi... selepas mendapat persetujuan Shima untuk membatalkan rancangan Satay untuk join pelawaan ikan bakar...!!

Uiii mak aaii...!! Biar betul... Jauhnya...!!
Itu perkataan yang pertama keluar dari mulut ku selepas kereta kami baru sampai tang corner lipat depan Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)...!! Apa bila sampai ke simpang masuk ke Tasik Idaman, semua keluhan atau perasaan keluhan hilang... Maklum dah nak sampai...!! Sempat juga ku agak agakkan, Mungkin jalan ni lah Ben gunakan berulang alik dari rumah ke ofis kerana jarak antara Tasik Idaman ke Dengkil adalah dalam lingkungan 10KM...

Ku tidak punya expectation yang tinggi keatas tempat ni tetapi bila sudah menjejak kaki kesini, kekaguman wujud dengan sendiri...!! Untuk merasainya... korang kena pergi sendiri...!!


**p/s: Kepada Shima, "Terima kasih kerana Sudi membatalkan plan dan kita pergi makan satay pada lain sesi yea...!!"



Read More! and Comments

Wednesday, July 8

Hilang kawan...

Rizal, kau tau tak pasal kak Ina...??
Huh...!?? ku terpinga sebentar bila diajukan soalan macam tu. Pula tu ianya diajukan dengan nada yang serius yang tak macam ada sesuatu yang serius telah berlaku...!!
Betul ke kau tak tau ni...!!
Ahh...!! Soalan susulan tadi tu telah membuatkan ku makin kaget...!! Cashier di counter terus melakukan kerja mereka tanpa menghiraukan perbualan kami...!!
Tak tau aaa kak, kenapa...??
Kak Ina dah takde...
Dalam pemikiran ku, oh!! kak Ina dah kena trasfer ke branch lain kut...!!

Melihatkan ku yang seakan terpinga dan keliru...
Kak Ina dah takde... Dia dah meninggal...!!
Innalillah wa inna ilaihi roji'un [betulkan sekiranya ejaan ini ada kesalahannya...]
Beberapa tahun lalu, Kak Ina pernah keguguran semasa mengandungkan anak yang pertama...!! Selepas beberapa tahun, Kak Ina mencuba lagi, tetapi kali ini bukan sahaja meragut nyawa anak kandungannya, tetapi percubaannya kali ini telah meragut nyawanya...!!

Tergambar lagi wajah senyuman gembira yang tidak menampakkan kegelisahan tentang kesihatannya semasa kali terakhir ku berjumpa kak Ina 2 bulan lepas...!!
Dah lama dah... adalah dalam 1 bulan setengah...!!
Huh!! 1 bulan setengah...?? Maknanya hanya beberapa hari sahaja selepas ku berjumpa kak Ina, dia dah takde...!!
Tak sempat ku nak bertanya, 1 lagi soalan menyusul... Nak tau apa sebab dia meninggal...!!??
ahhh...!! Seperti tahu je soalan tu yang akan ku ajukan...!!

Kan dia pragnent... dia... [ku tak dapat nak tangkap jelas butir butir yang di ceritakan kerana ku seakan bergegas setelah cashier memulangkan voucher transaction yang di proses tadi...] Apa yang mampu ku fahami adalah...!! Terdapat darah beku yang telah menghalang darah dari bergerak masuk ke jantung...!! Dan ku andaikan yang punca kematian adalah kerana kegagalan jantung untuk berfungsi...!!

Jom... Panggil ku kearah Shima dan Amir yang tadinya menunggu ku selesai urusan...!!
Aiikk...!! kejapnya...!! kata tadi nak berborak...!!??
Sebelum kami sampai, ku telah beritahu Shima yang ku nak jumpa abang Wan atau kak Ina dibank dan dalam perjalanan balik kerumah, ku beritahu tentang kenapa urusan tadi lebih cepat dari yang disangka...!!

Terima kasih banyak banyak... Kak Inalah antara staff yang banyak membantu ku semasa ku dalam latihan perbankan atau Englishnya adalah banking training selama 6 bulan...!! Banyak ilmu dan nasihat yang ku peroleh dari dia...!! Banyak juga kegembiraan yang telah dikongsi. Ku masih ingat lagi, betapa dia dan staff lain sangat gembira bila ku bawa album gambar gambar majlis kahwin ku satu ketika dulu dan kak Ina jugalah orang yang paling teruja nak lihat gambar untuk kali pertama selepas kelahiran Amir. Tapi, ku tak sempat nak berkongsi kegembiraan menyambut anak pertama buat kak Ina...!!

Apa yang ku terkilan, ku tak dapat nak mengotakan kata ku pada kak Ina yang ku nak tambah akan apply loan baru atas nama dia kerana gara gara, GAJI KU MASUK LAMBAT NAK MAMPUS...!!

Semoga kak Ina tenang dalam persemadian dan rohnya dicucuri rahmat...!!

Al-fatihah

Read More! and Comments