Pages

Wednesday, December 30

Kenapa Tahun Baru Mesti Ada Azam...!!??

Azam adalah perkataan yang sinonim dengan pertukaran dari tahun lama ke tahun baru, dan bermula dengan mungkin hari ini atau beberapa hari lagi, orang akan sibuk memperkatakan tentang azam sempena penukaran dari tahun 2009 ke 2010. Tapi tulisan bukanlah untuk menceritakan tentang azam kerana memang sejak dari bertahun lepas [mungkin 12-13 tahun dulu], ku tak pernah mempunyai azam tahun baru kecualilah ku sentiasa berniat untuk...

[MEMPERBAIKI DAN MEMPEKASAKAN IBADAT]

Itulah niat setiap tahun ku yang ku rasa sangat penting dan tiada lain yang ku harapkan bila setiap tahun berubah. Apa yang ada hanyalah rencana dan rancangan dalam menghadapi tahun akan datang...!! Apa yaa rancangan yang perlu diatur dan apa yaa tarikh tarikh penting yang perlu ku ingat untuk tahun hadapan..!!? Bagaimana dengan perancangan tahun 2009 ku...?? Ada yang mencapai sasaran dan ada juga projek yang perlu ditangguh... tangguh oleh kerana keadaan kesibukan dan masa yang membataskan proses perlaksanaan.

Ada jugalah perkara perkara yang boleh kata besar juga yang masih dalam perancangan dan perbincangan, andai segalanya berjalan lancar, memang ianya akan menjadi sesuatu yang hebat untuk kami. Hebat tu boleh digambarkan seperti sesuatu yang orang lain fikirkan tetapi lain sebenarnya yang kita sedang usahakan. Ku yakin, pasti ada kalangan pembaca terlintas memikirkan yang kami membuat perancangan penambahan ahli keluarga...!! Yaa... mungkin ada pembaca yang dah memikirkan sedemikian sedangkan kami perlu pastikan perkara yang masih dalam perancangan dan perbincangan ini menjadi sebelum kami melangkah ke perancangan yang lebih besar... maksud besar tu adalah besar sebesar besarnya...!!

Ku pasti akan memberikan perkembangan sekiranya perlu dan satu harapan ku pada tahun baru ini...

Bonus, Increament dan Gaji yang stabil...!!