Thursday, December 24
Haji dan Hajjah Sudah Pulang
Tanggal 12 December 2009, dalam jam 2028, penerbangan yang membawa jemaah haji termasuk ibu ku telah selamat mendarat di KLIA [Kuala Lumpur International Airport]. Ramai juga orang yang berpusu dibalai ketibaan untuk menunggu serta menyambut ahli keluarga yang pulang dengan penerbangan tadi.
Rumah blackout jam 6pm masa kami baru bersiap nak untuk ke KLIA
Seperti yang dirancang, kami menggunakan KLIA Express dari Putrajaya untuk ke sana. Ianya bertujuan untuk memberi pengalaman pada Amir bagaimana rasa naik keretapi sedang dirumah dia terlalu asyik dengan mainan Thomas and Friends serta movie Thomas and Friends yang terdapat dalam Youtube. Oleh kerana pengalaman pertama, Amir kelihatan macam takut takut dan diam je. Tangan tak lepas atas peha ayah dia, takut jatuh kut sebab keretapi tu banyak berhayun kekiri dan kanan sepanjang jalan.
Amir kelihatan takut takut
Sempat dinner Burger King aje budak ni...
Tiket takde laa mahal sangat, dewasa RM6.50 dan Amir, ku tak pasti berapa harga tiket sebab yang tukang beli tiket adalah Shima sementara ku pergi park kereta. Nak best lagi, parking pun percuma...!! Ku memang suka kalau ada benda benda yang percuma ni, almaklum, kira macam rezeki terpijak juga aa... Kata pasal percuma ni, anda pergilah masuk ke mana mana bahagian grocery di Jusco seluruh malaysia pada hari minggu, pasti masuk lapar, keluar kenyang dan ia antara perkara paling seronok dilakukan sepanjang menghabiskan masa pada hari minggu...!!
Perkara yang paling tak seronoknya pula bila, kena kerja pada cuti umum dan pada hari cuti hujung minggu... haaaiii...!!
Antara barang dagangan yang dibawa balik
Labels:
Personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
You may leave your wise comments here... Thanks